Friday, July 29, 2011

Ramadhan Al Mubarak

Alhamdulillah kita semua masih bertemu dengan bulan kemuliaan ini. Bulan yang penuh barakah di mana Allah membuka seluas-luasnya langit untuk hambanya mendekatkan diri pada Penciptanya. Semoga amalan pada bulan ini lebih baik dari tahun yang lalu dan semoga keinsafan yang terus berkekalan sehingga akhir hayat.

Kita selalu sahaja kesal dan sesal setelah apa yang ada di depan mata telah pergi. Pendek kata, kita sentiasa tak nampak apa yang kita ada di kala ini. Kita hanya menyedarinya setelah ia pergi atau di ambil orang. Begitulah resam manusia.

Di bulan Ramadhan ini, kita lebih menitik beratkan persediaan menyambut syawal hingga terlupa kelebihan yang ada pada bulan Ramadhan. Kita bertangguh dalam bertadarus demi menyediakan juadah raya yang lazat. Kita lalai dalam membasahkan bibir dengan zikrullah, kerana kita lebih bahagia mendendangkan irama Hari Lebaran.

Sesungguhnya kita jarang bersyukur dengan apa yang kita miliki. Kita lebih senang mengejar sesuatu yang masih belum kita tahu rencananya. Semoga Allah menjentik hati kita yang sentiasa leka ini agar kita sedar bahawa Rahmat Allah sangat besar di bulan Ramadhan ini. Semoga Allah menggerakkan lisan kita agar sentiasa damai mengalunkan ayat-ayat suci Al Quran. Moga Allah meringankan jasad kita untuk berjaga malam dalam mendamba kasih sayang yang hakiki. Moga kita kuat melawan gelojak nafsu dan telunjuk syaitan.

Agar kita tidak sesal andai ini Ramadhan terakhir kita. Agar kita bangkit dari kealpaan dan keasyikan duniawi. Amin, Ya Rabbal 'Aalamin....

Tuesday, July 26, 2011

Kampung Itu Mendamaikan

Kami baru je sampai dari kampung. Cuti 4 hari semestinya sangat singkat bile kehadiran kita diperlukan untuk dua keluarga kan. Tapi kami cuba seboleh mungkin untuk penuhi kewajipan kami sebagai seorang anak& menantu.

Kami sampai di Manek Urai jam 4.30 pagi. Kakak-kakak saya dari Johor dan Paloh Rawa dah sampai lebih awal. Bila Princes Najla sedar yang ibunya dah balik, langsung tak nak berenggang.Hehehe....rindu juga rupenye yek. Tapi buat2 'macho' tanak tanya pasal ibu. Kata Cik Dahnya, dia langsung tak bertanya pasal saya. Tapi selalu sangat nyanyi lagi 'Ibu Egkaulah Ratu Hatiku' macam iklan nespray tu. Pandai betul anak ibu expresikan kerinduan melalui melodi ye. Senyum sorang-sorang saya dengan kerenah budak kecik ni.

Saya hanya sempat berehat sekejap sahaja. Lepas solat Subuh, kami terus sibuk dengan kenduri kesyukuran atas kejayaan Hero Malaya kami. Dia pernah cakap nak buat makan-makan untuk keluarga dan kawan-kawannya. Saya memang suka kenduri kendara. Suka sangat dengan semangat dan gelagat orang-orang yang datang merewang. Macam-macam cerita dan gurau senda. Saya yang jarang sangat duduk di kampung ni hanya tahu berborak je. Nama tu, hanya sebahagian je yang saya tahu. Tapi kalau berborak memang macam kenal lama jek. Seronok sangat suasana macam tu.


Lain padang, lain belalangnya. kalau kat kampung kami, mak cik2 datang melenggang bawak pisau di tangan. Ye la, selalu sangat pisau tak cukup kan. So, kene la bawak pisau sendiri. Kalau majlis kesukuran macam yang kami buat ni, biasanya berkilo2 gula kami dapat. Kekadang ada jugak yang bawak susu pekat dalam tin tu. Gula yang masa majlis kahwin adik saya haritu pun belum habis lagi. Boleh buat stok untuk setahun tu. Hehehe....memang la setahun sebab mek ngan abah je dok rumah kan. Bila kami nak balik kampung mek bagi kami berkilo2 gula yang orang sedekah tu.

Kambing ni dikerjakan oleh hero Malaya, Mr Abe dan abang ipar saya. Abah plak tugasnya hanya tukang sembelih je. Si teruna baju merah tu tolong sikit2 je. Baru tingkatan 2. Buat apa yang orang suruh jela. Saya suka kalau abah saya yang sembelih sebab daging tu tak bau sangat. Sebelum sembelih dia wajib mandi dulu, sabun & syampu semua skali. Then dia pastikan dia tak berpeluh. So, tugas menumbangkan kambing tu dia bagi arahan jela. Katanya tula petua kalau tak nak daging kambing tu berbau.

Yang paling seronok tentunya kanak-kanak. Dapat jumpa sepupu sepapatnya. Kecoh berlari sana sini. Suka tengok gelagat kanak-kanak riang ni bermain. Kejap2 ada yang gaduh dan menangis. Tak lama kedian baik semula. Alam kanak2 memang sangat membahagiakan. Bila mintak tolong kerja yang ringan2 mulut muncong sebab tak boleh main. Emm...

Belum habis kenduri kami dah balik kampung Mr Abe kat Tumpat pulak. Ayah s(FIL) seorang guru di Sekolah Jerek di daerah Gua Musang. Cuma hari minggu dia akan balik. So, kami terpaksa balik ke Tumpat untuk bersama ayah. Kalau tak, tak sempat jumpa ayah. Dia pun nak jumpa jugak cucu perempuannya ni.

Ayah ada tanam pokok salak. So, kami ke kebun dan tinggalkan Najla dengan Tok Mok nya. Ye la, kalau dah beronak duri cenggini cemana nak bawak si kecik tu. Alhamdulillah, dapat la seguni kecil hasilnya. Tapi berapa ketul je dapat bawak balik KL sebab dah singgah sana sini. Harusla kami bahagikan rezeki yang Allah dah bagi ni kan.


Friday, July 22, 2011

Labu


Comelkan gambar ni? seronok saya tengok hasil tanaman saya yang secotet ni di samping tanaman lain. Nampaknya walau campak-campak je boleh dapat hasil jugak. Benih yang baik, kalau jatuh ke tanah boleh dimakan hasilnya. Tapi kalau jatuh ke laut hanyut la. Hahahha....suke2 hati tukar bidalan yek.

Ini jenis labu kuning. Adik bongsu saya suka sangat makan cekodok labu. Lepas ni boleh la makan cekodok labu selalu yek. Housemate saya la yang ajar cara nak buatnya. Sangat la senang kalau nak buat. Just rebus labu tu, taruk garam sikit. Then lenyekkan dan campur dengan gandum, gula dan air. Senang sangat kan. Saya dah tua-tua ni baru tahu yang labu boleh buat cekodok. Memang sedap.

Saya cuba google tentang khasiat buah labu ni. Rupanya sangat banyak. Selain untuk di makan boleh juga diguna untuk rawatan kesihatan kulit. Labu sangat kaya dengan serat, vitamin dan mineral yang membantu menjadikan kulit lebih cerah dan muda berseri. Boleh juga di buat masker dengan campuran bahan tertentu. Campuran labu+madu+serbuk kulit kayu manis boleh merawat kulit kering.Emm.....boleh try ni.

Kalau agak-agak takde sayur nak masak saya boleh petik pucuknya untuk masak lemakkan? Dulu masa saya masih di bawak ketiak mek saya, pucuk ubi keledek selalu jadi mangsa bile saya tengok takde sayur dalam peti sejuk.

Tapi yang paling saya suka adalah lepat labu. Si hero tu pon suka sangat dengan lepat labu. Sebab tu masa dia tamat latihan kami bawak untuk bekal.

Thursday, July 21, 2011

Tetamu Bakal Family Members

Sepupu saya yang belajar di UIA telefon cakap nak datang rumah untuk kenalkan bakal tunang. Ooo....baru tahun dua dah nak kawen ye? Gatai.....hehe...tapi saya tak kisah. Jodoh itu aturan Yang Maha Pencipta. Cepat atau lambat Dia yang tentukan. Dari berkawan lama-lama baik kahwin je kan. Tapi kenelah pandai bawak diri bila dah menjadi isteri orang. Yang penting sama-sama support untuk tamatkan pengajian.

Dieorang datang waktu petang. Haruslah saya tak masak nasi. hanya bubur hitam yang saya hidangkan. Bolehla kan. Hehehe....sebenarnya saya memang gabra sket kalau ada orang nak bertandang. Sebab saya ni bukan pandai pun masak. Kekadang belek2 dulu buku resepi nak usha apa masakan yang simple dan sedap. Simple itu penting okeh. Hahaha....

Malamnya saya kalut pulak nak masak untuk makan malam sebab awalnya dieorang cakap tak nak makan malam kat rumah. Tapi bile dah leka berbual sampai jam 9pm macam tak wajar pulak tak masak. Saya masak simple giler. Ayam goreng berempah, kangkung goreng dan asam pedas. Yang best nya dieorang ni makan sampai licin. Bertambah2 lagi. Tak sempat saya nak snap gambar. Kalut & berdebar weh. Ini je yang sempat snap

(Asam pedas ikan patin)

* Abang cakap kalau saya masak kalut2 masakan saya jadi sedap. Kombang lobang idung mok cik.

Wednesday, July 20, 2011

Berpisah Sekejap

Sunyi betul, hanya bunyi suara dari kotak TV dan suara Mr Abe yang kedengaran. Tak pernah rasa sesunyi ini. Rupanya sangat kosong kita rasa bile merindui. Aduhai......asyik nak tengok gambar die je.

Kalau dia ada becok je mulut kecik tu mintak itu-ini. Nak tengok Yogi Bear la, nak susu la, nak telur rebus la. Alahai buah hati ibu. Tidur malam jangan termimpi-mimpi ibu ye. Jangan ngigau panggil nama ibu. Kawan dengan Ayah Chik & Cik Dah. Tok mek ngan Tok Babah tak usah cakap la. Mesti menjerit punye tengok Princess ibu ada depan mata tanpa diberitahu dulu yang dia akan 'dikirim'.

Ibu menyusul hari Jumaat ni. Tiga hari dua malam je kita berpisah kan. Ibu yang tak keruan.Hehehe.....Cik Dah cakap adik relax je. Tak tanya pon pasal ibu. Ooo....tak ingat ibu ye.

Si kecik ni kalau die tak tengok saya takpe. Tapi jangan sebut or tanya pasal saya. Kang kalau die tanya or cari susah jadinya. Saya jela yang fikir camtu sebenarnya. Huhuhu....Agaknya macam mana la ibu-ibu yang kene tinggalkan anak berminggu2, berbulan2 or bertahun2. Mesti jiwa mereka sungguh kental. Berpisah dengan anak bukan sesuatu yang mudah. Saya rasa saya tak boleh tinggalkan dia sampai berminggu-minggu. Apatah lagi untuk rasa kehilangan......Ya, Allah...Saya tabik spring pada ibu2 yang tabah dalam berpisah dengan anak2. Dan Tabik spring untuk kakak2 saya yang merasakan lebih dari apa yang saya dan ibu2 lain rasa. Semoga Allah menguatkan semangat mereka dan merahmati mereka dunia dan akhirat.

Buat anak ibu yang kuat dan tak manja itu, jangan nakal2 kat kampung ye. ibu ni tak lekang tengok gambar anak ibu je. Luv u sayang .....

Friday, July 15, 2011

Graf Iman

Sudah menjadi resam makhluk bernama manusia. Saat diri dirundung kelam, hati membungkam hiba, diri akan dekat dengan Allah. Setiap hari dan masa akan merintih kepada Allah mengharapkan belas ihsannya. Saat dan ketika ini lah diri akan terasa dekat dengan Pencipta. Keangkuhan dan kegoan diletak serendah-rendahnya dan terasa tidak iangin bangkit dari sujud. Deraian air mata mengharapkan hidayah Allah bagai ubat penenang yang amat mujarab. Alangkah indahnya saat bersendiri bermonolog dengan Sang Pencipta.

Berpisah dari sejadah bagai mengundang rindu yang tidak keruan. Gelap pekat malam bagai panorama yang mendamaikan jiwa. Jasad dan jiwa hanya untuk Allah Sang Pencipta. Tiada lagi keindahan dan keasyikan dunia yang bersisa di hati.

Namun, bila Allah telah meleraikan segala gundah di jiwa, melapangkan segala kesempitan dan kekusutan yang menyelubunyi diri, adakah masih semanis itu ibadah kita? Adakah rindu kita kepadaNya masih hebat sama seperti saat kita benar-benar memerlukanNya?

Manusia.....makhluk yang sentiasa lupa dan lemah. Graf iman yang sentiasa ada saat turun dan naiknya

Tuesday, July 12, 2011

Batuk Oh Batuk

Sekarang memang musim batuk. Budak-budak kat office ni pun dah berapa ramai yang kena. Tapi yang masih lagi teruk sayalah. Dah 3 minggu dok batuk ni. Nak cakap pun susah, nak gelak lagi la tak boleh. Merah padam muka menahan batuk. Saya tak pernah dapat batuk yang berpanjangan macam ni. Pergi jumpa doktor dah 2 kali. Kali pertama saya ke klinik favourite saya, klinik Seri Indah di Taman Samudera.

Klinik ni jugak klinik yang memang Najla suka. Sebab dia boleh main-main kat sini. Amboi, kemain suke lagi. Satu klinik boleh dengar suara dia. Dah tak ingat sakit dah kalau dapat main ye.

Kali ke dua saya ke HKL. Najla pon dah dijangkiti virus batuk & demam. Dah 2 kali batuk-batuk sampai muntah. Kesian anak ibu. Biarla ibu yang batuk nak. Sayang ibu cepat sembuh ye. Tidur malam pun tak berapa nak lena dah anak ibu ni. Kene standby tuala, air, basin kat sebelah tempat tidur. Takut-takut dia termuntah lagi.


Walaupun batuk, dia sangat aktif. Asyik ajak main je kerjanya. Sampaikan kami ni risau tengok dia gelak2 then batuk2 macam nak muntah. Kalau tak dilayankan kesian pulak.

(Gambar blur okeh.sebab dia sangat aktif. Nak snap gambar pon payah. Seronok main ngan abang Aiman & Abg Sam ye.)

Friday, July 8, 2011

Popia Kraker Rangup

Sambil bersantai-santai tengok TV tangan saya dok sibuk gulung kulit popia ni. Dah lama sangat saya tak buat popia kraker. Tetiba je rasa nak makan. Adakah aku mengidam? Hahaha....takde maknanye. Baru je boleh solat nih. Berangan je sebab najla dah selalu mintak adik kan.

Kalau sesapa nak buat benda ni untuk raya nanti pun boleh. Sangat senang. Saya pun bawak datang ofis pagi ni. Asyik nak mengunyah je kejenye. Mane badan tak macam tong drum. Adohai....

Keje yang agak ambil masa hanya nak menggulung kulit popia ni. Tapi ok le sambil2 kita tengok TV tu. Tau2 je dah habis satu bungkus kita gulung. Sambil main ngan ank2 pon boleh. Sambil saya gulung ni 3 keping dah didermakan kepada Princess Najla untuk di lunyaikan. Dah bosan dia main2 nak di makannya. Sabo jela. Dah la tadi buat benda tu jadi facial mask la, balut tangan kaki la. last2 tengok benda tu ada kat mulut dia lak. Emmm....sedap katanya.

Bila dah habis gulung macam gambar belah kanan kat atas tu, next adalah kerja menggunting kecil2 secara serong macam gambar sebelah kiri tuh. Senang kan. Saya paling suka gunting benda ni. Tatau la kenapa. Macam syok lak gunting benda alah ni.

Dah siap semua tu tinggal nak goreng je. Tapi jangan goreng dalam minyak yang panas sangat. Sebab benda ni cepat masak. So, bila panas dia tu sedang2 je dah boleh masukkan dah. Bila kerja menggoreng ni jangan nak menyambil buat kerja lain. Sebab cepat je masak dan kena selalu kacau2 atas dapur tu.

Tapi kalau sambil nak blend gula & oat boleh. Sebab blend boleh kita tinggalkan kan? Terpulang la nak manis takat mana. tapi kalau boleh jangan la manis sangat. Banyak sangat dah penyakit kat dalam dunia ni. So, kurangkan gula dalam makanan dan tambah manis dalam senyuman je lah.

Ok, bila kulit popia tadi dah masak, angkat dan toskan minyaknya. Bila agak2 dah suam2 sket dan minyak dah turun, boleh la kita salut kulit popia ni dengan gula & oat yang dah di blend halus tadi.

Dah masak je Najla datang bawak mangkuk mintak ngan saya. Sedap je dia riba mangkuk depan lap top sambil tengok Boboiboy.

Thursday, July 7, 2011

Adik Nak School

Hampir setiap hari saya akan melalui sekolah ni. Awal-awal dulu saya selalu bagitahu Najla ini school. Tengok kakak ngan abang belajar. Best kan? Dia mesti cakap adik tak nak school. Tak best. Agaknya sebab tak de playground kot. Hehe.....

Tapi sejak 2-3 menjak ni dia selalu cakap 'adik nak school'. Lega sket hati ibu ni. Risau jugak kalau esok-esok dia susah nak pegi sekolah. masih terfiki-fikir lagi samada nak hantar ke tak die ke sekolah next year. Tak lama lagi dia akan genap tiga tahun dah. Kalau 4 tahun rasanya dah sesuai nak hantar sekolah kot. Tapi kami belum decide lagi.

Saya pun suke tengok cikgu-cikgu sekolah ni. Semua pakai purdah. Comel je nampak. Sekolah PASTI tu under PAS kah?Sebab saya nampak ada bendera PAS.

Tapi yang merisaukan saya belakang sekolah tu ada sungai ni. Walaupun tak cetek tapi saya agak risau kalau saya hantar Najla sekolah kat sini. Sebab budak-budak ni kita tak boleh jangka apa yang akan mereka lakukan. Emmm.....banyak jugak benda nak fikir kalau nak hantar anak ke sekolah kan?

Tuesday, July 5, 2011

Mendamaikan


Macam duduk di kampung. Pagi-pagi kalau tak set alarm pon takpe. Suara angsa dah cukup untuk kejutkan saya. Kalau time sakit kepala or time hangin ngan najla rasa cam nak salotape je muncung depa nih. Tapi kadang-kadang je rasa cam tuh.

Paling saya suka tengok itik ni berenang. Kejap-kejap bontotnye tertonggeng ke atas. Comel jer nampak.

Kerja anak dara saya pulak ni la. Asal celik mata je 'nak tengok rabbit'. Bila saya sibuk berkebun, cabut rumput sana sini diepun sebok gak cabut rumput. 'Rabbit nak makan' katanya. Paling saya suke cara die panggil rabbit tuh 'rabbit comel....mari'. Kekadang saya terpaksa cari rumput di luar pagar semata-mata nak bagi rabbit nih atas permintaan Najla.

Boleh di katakan tuan punya rabbit ni tak payah nak bagi makan kalau weekend. Pengembala sambilan ni memang akan bangun pagi and cari rumput untuk rabbit dieorang. Terasa jugak nak bela binatang bila tengok Najla ni suke kat binatang. Tapi kang takut menyusahkan plak kalau nak tinggal balik kampung.

Dah boleh tuai

Gambar di ambil fresh dari ladang sekangkang kera tepi rumah ye. Cantik je tengok kacang parang ni begayut kat para yang setinggi pinggang saya tuh. Macam sayang pulak nak di ambilnya. Tiap-tiap petang balik dari kerja saya ngan Najla mesti datang mengintai pokok ngan bunga kacang parang ni.


Moh le makan kacang parang. Menu dinner kami weekend lepas. Seronok menuai hasil tanaman sendiri. Dua biji je dah cukup untuk makan kami 3 beranak + sorang lagi Cik Dah yang jadi tukang masak. Emm....sodap2 Cik Dah masak.



Hiris nipis-nipis macam ni baru best. Sebab kacang ni agak keras. Kalau nak makan bijinya saja pun boleh. Tapi kene tunggu dia besar lagi la. Yang saya tahu hanya makan sebagai sayur macam ni je. Si kecik tu sebok bersilat dengan kacang parang ibu ni ha.

Gambar dah masak tak sempat ambil ye. Sori ...

Friday, July 1, 2011

Di Kala Hujan

Tajuknya macam tajuk lagu or drama ye. Hehehe.....ini boleh kata aktviti wajib Mr Abe kalau hujan betul-betul lebat. Kalau takde guruh or kilat memang saya benarkan. Tapi kalau ada kilat tu memang saya tentang habis-habisan. Katanya jimat air kalau buat macam ni. Tak payah nak simbah-simbah dah. Air hujan je dah cukup. Kedokut !!! hehehe......


Saya tetiba je rasa nak ajak najla joint main hujan gak. Tak pernah lagi saya bagi dia peluang main hujan. Ingat masa kecik-kecik dulu saya selalu je main hujan. Seronok yang amat. Kunun-kunun nak Najla rasa seronok jugak lah. Ni kalau atok2 die tengok ni mesti marah punye. Hehehe....Najla dah baik demam ye atok2 sekalian.



Mula-mula mintak payung. Konon tak nak basah la. Tapi bile tengok ibu pun tak pakai payung terus tak nak guna payung jugak. Tapi budak ni asyik suruh ibu cuci kaki die je. Dah main kat tanah mestila pasir naik kaki nak oi. Dia ni memang tak boleh langsung kalau kaki kotor. mesti terus nak cuci.

Jadi tak lama sangat la Najla main hujan. Tak sempat lencun pun. Air sebaldi tu dok habis wat basuh kaki die je.