Friday, April 29, 2011

Mertua Vs Menantu

Hehhehe......ini bukan cerita di TV ye.


Tetibe di hari Jumaat yang indah ni nak jadi motivator macam Dato’ Dr Fadhilah Kamsah lak. Emm….Dr Hayati pun saya suke jugak. Sangat lembut dan tersusun je kata. Best kan orang-orang yang banyak ilmu ni. Banyak pahala dapat. Dengan kata-kata sahaja mereka dapat mendidik masyarakat. Dapat mencairkan hati yang keras menjadi lembut, merubah dunia gelap kepada kehidupan yang tenang berpaksikan hukum Tuhan. Bagi saya nilai mereka lebih tinggi dari pemimpin yang dok sebok mencari salah parti lawan. Ops…saya bukan pengkritik politik. Gostan…gostan…


Insya Allah malam ni kami sekeluarga akan balik kampong. Tak sabar rasanya nak jejak kaki ke Tanah Serendah Sekebun Bunga ni. Kali ni kami balik ke kampong Mr Abe, Tumpat. Bulan Mac lepas kami dah balik Manek Urai untuk majlis wedding adik saya, so kali ni kami bayar hutang family Tumpat la plak. Orang Tumpat pun rindu jugak kat kami. Ye dak Tok Mok & Tok Ayoh?


Saya ni jenis yang jarang guna istilah father in law or mother in law. Bagi saya ibu & ayah suami adalah sama seperti ibu dan ayah sendiri. Kekadang istilah 'mertua' mewujudkan satu jurang antara kita dan mertua. Mereka yang melahirkan suami kita. Suami yang kita cinta dan berlindung di sebalik tubuh sasa mereka. Jadi, adalah wajar untuk kita menyayangi mereka sama seperti ibu dan ayah sendiri. Tiada beza antara keduanya.

Dan jangan kita sentap tak tentu arah kalau kita jatuh di tangga ke 2 atau ke tiga di hati suami kerana yang pertama adalah ibunya. Itu Allah yang perintahkan. Dan saya rasa itulah sebabnya sangat penting untuk tidak meletakkan beza antara ibu kandung & ibu mertua. Supaya kita sentiada bersedia untuk mendahulukan ibu suami kita.

Tapi makhluk Allah si syaitan tu memang jahat. Akan sentiasa menggoda kita. macam-macam bisikan yang akan digunakan untuk mempermainkan hati kita. Jadi sama-sama lah kita mohon perlindungan dari Allah. Moga iman kita kuat dan tidak mudah termakan hasutannya.

Alhamdulillah saya dianugerahkan ibu & ayah mertua yang sporting dan sangat baik. Mereka lah insan-insan yang sentiasa mendoakan kebahagiaan kami. Merakalah insan yang akan keluar mencari itu dan ini bila kami beritakan akan pulang ke kampung. Mereka yang sangat susah hati kalau dikatakan cucunya Najla tidak sihat. Merekalah yang sentiasa dan selalu memberi kata semangat diwaktu kami mengadu domba. Semoga Allah melindungi mereka dalam rahmat dan keberkatannya.

Dan buat mek & abah, kalian juga adalah ibu dan bapa yang sangat hebat. Menantumu yang nakal dan selalu kene marah ini juga menyayangimu seperti dia menyayangi ibu dan ayahnya. Mek, mok, ayah & abah adalah kekuatan kami. Semoga Allah melindungi kalian sentiasa.

Thursday, April 28, 2011

Bendi Oh Bendi

Tengok gambar di atas membuatkan saya senyum sendiri. Vangga ooo......tak lama lagi boleh la masak bendi. Fresh dari ladang. Dalam kepala dah pikir macam-macam nak masak ni. Nak letak dalam asam pedas boleh, singgang boleh, kari pon boleh jugak kan? Huh !!! cara fikir tu macam boleh petik sampai sebakul. Tapi sebenarnya ada lima bijik jer. Kuikuikui.....

Sejak keluar dari alam sekolah atau lebih tepat lagi renggang dari ketiak mek, inila kali pertama saya kembali berkebun. Masa sekolah dulu memang mek saya tanam untuk makan dan jual. Jadi selalu la dapat makan sayur yang fresh. Alhamdulillah, kalau Allah izinkan saya boleh rasa hasil yang saya tanam sendiri. Tak sabar pulak rasanya ni ha.

Harap-harap takdela 'si kontot' tu datang menyondol lagi. Mek saya tak bagi cakap banyak pasal benda nih. Takot makin menjadi-jadi. Orang tua memang banyak pantang larang kan. Tersalah cakap pun tak boleh. Jadi, kita ikutkan jelah.

Yang kat bawah ni pulak gambar pokok kacang parang. Ada tiga pokok. Nampak cam subur je. Dah menjalar naik kat kayu yang saya pacak kat situ. Kami sama-sama tak pandai buat pancang. Main pacak je kayu kat situ. Dah la kayunye pendek je. Tatau la cemane nak adjust tu.



Giveaway : Bagaimana Menggalakkan Anak Membaca Buku

,


Kalau nak sertai sila klick sini ye


Harini saya rasa macam nak cuba menyertai giveaway buat pertama kali. Seronok kan berkongsi cerita anak-anak. Lain padang lain belalangnya. Dalam mendidik anak ni tiada silibus macam kita belajar di sekolah. Tiada garis panduan khusus yang boleh dijadikan rujukan. Jadi, atas kebijaksanaan kitalah dalam membentuk pewaris kita ni. Yang pastinya setiap ibu bapa pasti inginkan yang terbaik untuk setiap anak yang dilahirkan. Kecuali ada segelintir manusia yang gelap hatinya yang sanggup rogol anak, buang anak, jual anak dan banyak lagi la tindakan yang tak masuk akal.

Saya akui saya lambat bertindak dalam merangsang anak dari aspek pendidikan walaupun saya mengetahui bahawa seawal usia anak di dalam kandungan lagi ia dah boleh di rangsang. Sama juga dalam kes breastfeeding. Asyik lambat sedar je saya ni kan? Harap-harap lepas ni saya dah tak terlepas point-point penting dalam membesarkan buah hati saya.Hukhuk...

Sedang belajar Iqra

Saya percaya pembelajaran boleh berlaku di mana sahaja. So, tak kirala di mana kami berada saya akan cuba memberi input yang berguna. Kalau di dalam rumah,saya kira pembelajaran agak formal dengan alat bantuan mengajar tu semua. Kalau dalam kereta saya suka mengajak si kecik tu menyanyi nursery rhythm, kenalkan warna-warna yang ada disekeliling dan mengajarnya mengenal abjad dan nombor dengan membacakan no pendaftaran kenderaan. Kanak-kanak sangat suka dengan muzik dan warna-warna terangkan. Sebab tu saya suka cari lagu-lagu yang senang dan ada unsur pendidikan. Antara lagu kesukaan Najla lagu ABC, mari mengira, Mengira dalam bahasa arab, bangau oh bangau & twinkle2 little star.

Ok, mari kita tengok beberapa alat bantuan pernafasan eh..eh..pembelajaran yang saya gunakan untuk membantu Najla. Alat bantuan tentulah membantukan?heheh...



Saya belikan blok yang ada abjad dan nombor. Kiranya ini untuk ajar dia menulislah. Kalaula tulisan sayang ibu ni cantik macam blok nikan bagus.

Poster ni memang sangat penting. Letak kat laluan utama ye. Senang sket nak test. "Nak snack? Tunjuk dulu mane 'C'. 'C' untuk...COMEL. Sapa comel? Ibu comel !!! yeay....'C' untuk ...COMOT. Sapa comot? Najla !!!! hahahah....."

Drawing paper & magic pen. Harini bagi pen merah, esok biru plak, lusa itam, tulat kuning ...blablabla.....


Flash Card. Setakat ni baru ada 2 jenis. Satu untuk 'opposite' - yang ni beli kat Mydin dan satu lagi flash card dari Your Baby Can Read Lift The Flap card yang saya beli online.

Ni yang saya kategorikan apa sahaja yang boleh dijadikan alat bantuan mengajar. Kat atas tu saya ajar dia tulis nama sendiri, buat 'five' dan macam-macam. Tapi yang nampak kat situ adalah pancaindera yang ada kat bahagian muka. Muke sape yg kiut Najla lukis ni? Hehehe....

Najla jugak ade beberapa koleksi CD, ada CD Adik Pandai, Nursey Songs Vol 3 & 4, YBCR dan Bismillah. Yang paling dia suka Cd adik pandai.

Wednesday, April 27, 2011

Mee Bandung Serba Kekurangan


Saya bukan blogger masakan ye. Saya masak asal boleh telan jer. Janji Mr Abe boleh telan. Kan bang? Jadi kalau nak cari masakan best-best yang canteek je presentationnya kena bukak blog otai masakan la ye.

Princesss Najla memang sangat suka makan makanan yang jenis mee ni. Kalau saya goreng mee memang boleh tengok dia mengadap pinggan tu lama-lama. Tapi kalau nasi or makanan lain puas memujuk nak suruh dia makan. Silap hari bulan sampai berkejar-kejar or sampai ibu kene buat-buat merajuk baru dia nak nganga. Dalam hati mesti dia cakap '...nyampah la ibu ni. nak paksa orang makan lak. Geget tangan die kang...'. Agaknye ler...

Mee bandung ni first time saya buat. Tak plan pon nak masak mee bandung. Tetiba tengok dalam fridge ada udang ngan mee. Terus saya nak cube. masak untuk makan malam. Tapi takde la sesedap Mee Bandung Muar Abang Hamid kat Pasar Gombak tuh. Bagai dikata serba kekurangan kan. Udang kering takde, sayur takde, daun sup & daun bawang takde, bawang goreng pon takde jugak.

Tapi yang best nya Najla makan baaanyak. Siap kutip lagi mee yang jatuh dari pinggan. Baju semua comot amat. Hampir-hampir kene mandi lagi skali. Mr Abe biasalah, memang tak berapa suka jenis mee berkuah ni. So, sepinggan je tak bertambah dah. Adik saya Cik Dah cakap best. Kembe idong kawe semeta. Walaupun seba kekurangan orang kate best. Alhamdulillah.

Tuesday, April 26, 2011

Mengajar Anak Menabung

Menabung itu satu tabiat yang baik kan? Sekarang anda masih ada tabung? Kalau masa kita kecik-kecik dulu wajib ada tabung kan? Mak ayah kita mesti sediakan tabung sorang satu.

Waktu saya kecik-kecik dulu saya ada tabung buluh dan botol bedak. Tapi tabung tu tak pernah penuh pun. Kalau mek takde mula la dok korek-korek tabung tu. Kalau agak berat tu mula la nak berlagak. Sebulan ntah berapa kali saya kira. Nak berlumba-lumba sapa yang lebih banyak. Pastu sorok tabung bawah katil. Takot ada orang ambek. Hehehhe....seronoknya time tu. Kat tabung buluh tu siap ukir corak bagai nak soh cantik.

Untuk si kecil Najla ni pun saya sediakan tabung untuk dia. Saya nak didik dia dari kecil untuk berjimat dan ajar dia tentang financial planning. Perancangan dan pengurusan kewangan sangat penting kan? bila saya rasa handbag saya dah berat dengan syiling saya tugaskan dia untuk masukkan dalam tabung. Kekadang sampai abeh tempat saya korek nak bagi dia syiling coz she keep asking for coins. Bersemangat nak menabung si kecik ni. Bagusla anak ibu ni. Sambil-sambil tu saya cuba bagitahu dia untuk bezakan nilai rm 0.10, rm 0.20 dan rm 0.50. Pembelajaran itu boleh berlaku dimana dan dalam apa saja cara kan?

Esok-esok kalau tabung ni dah penuh boleh ibu belikan rantai untuk Najla ye. Kalau tak cukup kita gi goda Abi soh dia top up k. Berehhh....

Monday, April 25, 2011

Minuman Menambah Kesuburan

Sayakan memang dah bersedia nak mengandung lagi. Nak bagi Najla kawan. Nak merealisasikan impian breastfeeding saya. Tanpa baby cemane nak realisasikan impian tu kan? Jadi kami kenelah berusaha bersungguh-sungguh.

Kakak saya bagi petua untuk minum air ni. Saya tatau apa namanya. Yang saya tahu ianya sungguh sedap dan Mr Abe pun suka. Nak buat sangatlah senang. Meh saya share ye.

- 7 biji kurma (buang biji)
- 2 biji epal hijau
- 2 sudu susu (kalau tak suka manis tak perlu letak)
- ais (kalau nak sejuk)

Campur dan blend semua bahan di atas dan kemudian tapis. Ready untuk 2 orang. Senang kan?

Semoga Allah merestui impian murni ini. Saya ingin sekali merasa hebat seperti ibu-ibu menyusu yang lain. Amin ....

Sunday, April 24, 2011

Kami Di Sarakids Open Day


Bersemangat saya nak menghupdate blog hari ni. Kami baru je balik dari Gathering ibu-ibu menyusu & Open Day Sarakids di Shah Alam. Sangat best dan tahniah saya ucapkan pada seluruh warga Sarakids. Nasib baik la ada mama zara di sana. Muka-muka lain saya kenal depa melalui blog je. Tapi depa tak kenal saya. So, agak malu-malu kucen sket la saya ngan depa.

Entry sebelum ni saya ada war-warkan Pak Nil akan turut serta kan? Saya mintak maaf banyak-banyak ye. Pak Nil tak hadir hari ni. Mungkin berita yang saya dapat tu belum confirm sepenuhnya., tapi saya dah gi citer. So, saya mintak maaf banyak-banyak k.

Walaupun tanpa kehadiran Pak Nil tetapi majlis tetap meriah. Pn Watie dari GBOB memang sangat pandai menghidupkan majlis. Seronok tengok semua yang datang berbaju pink, merah & hitam. Masa pelancaran breast pump keluaran Sarakids, anak puan Farah keluar dengan naik kuda dan datang peluk mummynya. Time tu tetiba saya jadi sebak. Hampir menitis ait mata. Tataula kenapa. Spirit of breast feeding sangat bergelora dalam jiwa saya time tu. Menyesali kekurangan ilmu saya sebagai seorang ibu kerana menyogokkan anak saya dengan susu lembu. Yang saya perasan si mc Pn Watie tu pun menitis gak airmatanya. Huhuhu.....tambah saya sayu bila lepas nyanyi lagu penyusuan susu ibu Mr Abe bisik kat telinga saya "... pasni ibu pun kene nyusukan anak tau ...". Ibu janji abang. Kalau Allah izinkan kita untuk dapat anak seterusnya, saya akan berusaha sepenuh hati saya untuk menyusukan anak kita. Doakan kita cepat dapat second child k.Hehehe ....

Najla dengan spek hitamnya. Tak mao bukak. Kunun glamer la tuh. Malu weh orang lain tak pakai spek itam pon nak oii. Pujuk-pujuk die nak la letak atas kepala. Tengok la gambar kat bawah lak. Eksen sungguh ............

Siap ambil tag celebrity yang orang tampal kat kerusi lagi tau. Aduhai anak ibu ni. Cumel la ....

Bila mc umum untuk buat penyusuan serentak Najla pun sebok nak menyusu jugak. Saya dengan segan silunya keluarkan botol susu. Tutup ngan kain sebab malu kat orang nak. Anak yang lain menyusu dengan susu asli. Kamu lak dengan susu pinjam. Dah namanye perhimpunan ibu-ibu menyusu kan. Malula saya bila anak saya menyusu botol. Maaf nak ye, ibu terlambat dapat ilmu.

Saya curik-curik ambil gambar Pn Su - Lunatots ni. Segan nak gi tegur. Macam secret admire la plak saya ni. Curik-curik je. Pandang-pandang, jeling-jeling dari jauh jela.

Tak lama pas tu saya tetiba je jadi berani tegur dia. Sungguh peramah mummy yang comel ni. Beborak ngan dia macam dah lama kenal. Melalui dia la saya kenal lampin kain moden. Sungguh best anak saya ber Cloth Diapers dan banyak duit dapat jimat. First jumpa dia teka saya lebih muda dari dia, tapi sebenarnya saya tua setahun dari dia. So, saya lagi kiut la ye Su? Ahaks, suke acik kenal awak tau.

Semua orang nak bergambo dengan Pn Farah. Saya selit-selit jela mane yang boleh nampak muke. Janji ada muka saya dengan Pn Farah.Hehehe......

Akhirnya dapat jugak saya bergambar in person dengan Pn Farah. Dia sangat bizi hari ni. Tak sempat nak berborak bertanya khabar. Tapi sempat berborak sekejap dengan husband Pn Farah sebelum balik. Sopan sungguh dia meminta maaf atas segala kekurangan majlis anjurannya. Katanya kedatangan peserta 3 kali ganda dari yang mendaftar. Tak heran la bila tak cukup kerusi. Yang mendaftar 200 lebih je, tapi yang datang lebih dari 600. Tahniah atas penganjuran yang sangat meriah dan hebat. Kalau kita nak puaskan hati semua orang memang susah. Bagi saya bukan senang yang control crowd yang seramai ini.

Ni la mama zara, ibu muda yang dah beranak dua. Pandai menjahit lak tuh. Nanti ajar akak menjahit ye. Hehehe....tengok tulisan 'mama zara' kat bajunya itu? Dia buat sendiri tau. Comel...sapa nak tempah boleh la cari dia.

Ni antara mama, mummy, ibu dan ummi yang datang. Sangat ramai sampai tak muat stage nak bergambar. Cameraman pulak sampai panjat-panjat kerusi nak ambil gambo.

Ini pulak dua insan yang beraja di hati saya. Tanpa mereka saya takkan ada dalam majlis ni. Tanpa mereka saya juga takkan sedar bahawa susu ibu itu adalah anugerah yang sangat hebat yang hanya Allah berikan kepada sesiapa yang bergelar ibu. Terima kasih Mr Abe yang sangat sporting melayan saya hari ni. Abang suami yang hebat kerana menyokong ibu untuk menyusukan anak-anak abang kelak. Semangat dan kata-kata perangsang abang sangat diperlukan dalam merealisasikan impian kita. Terima kasih sayang.....

Friday, April 22, 2011

Era dan saya di pagi hari

Salam Jumaat semua. Pagi Jumaat yang indah dan cerah hari ni di Gombak. Harap-harapnya tak hujan la petang karang. Dah 3 hari saya balik lrumah pukul 7 pm lebih sebab tunggu Mr Abe yang stuck dalam hujan. Maklumlah, kami ni merempit je. Mr Abe memang tak suka bawak kereta gi kerja. Kesian jugak kat si kecik Najla yang tak sempat bermanja lama-lama ngan ibu dan abinya.

Aktiviti yang paling saya gemar buat pagi-pagi bila sampai ofis adalah on radio. Saya memang tertunggu-tunggu slot 'Can I Help U' dan 'Cayang Die' di radio Era. Memang saya suke sesangat. Yang Can I Help U tu memang akan buat saya gelak sorang-sorang. Terbayang-bayang jugak kalau la orang buat dajal kat saya macam tu tatau la cemane saya rase. Sebab saya memang 'teror' giler berbahasa Inggeris. Abes semua aku tibai sat lagi. Tak kira dah grammer nye cemane. Janji jalan jer. Hehehe.....

Paling best dengar celoteh anak-anak kecil dalam slot 'Cayang Dia' tu. Bijak sungguh anak-anak kecil tu. Harapnya Princess Najla pon akan petah bercakap. Jangan cakap yang bukan-bukan dan buat orang sakit hati dah la. Indahkan dunia ni kalau dapat anak yang bijak bercakap dan sentiasa buat hati kita bahagia.

Bila dah masuk pukul 9 am saya dah tak ambil kisah sangat dah ngan radio tu. Kekadang tak on pon radio. Sunyi sepi bilik ni ha. Sejak dari belajar saya memang tak suka on radio kalau saya study. Jadi melekat sampai saya kerja habit tu.

Thursday, April 21, 2011

Pegi Jauh-Jauh Ko 'Pencabul'

Pagi ini saye sedeh tapi takde la sampai menitis air mata ni. Ada makhluk yang tak di undang merayau-rayau sekitar rumah saya. saya tak suke die...tak suke....haram jadah !!!! errr....kasar giler bahasa ku ini. tapi tak salah. Sebab...sebab...memang die haram pon.

Tengok la apa dah jadi pada 'kesayangan' saya. Mereka telah 'dicabul'. Yela, belum jadi anak dara lagi la kite kata kalau muda macam tukan? Sebab mereka tu 'baby' lagi. Belum akhil baligh lagi tau. Pokok ubi kayu tu baru berumur 2 minggu. Yang pokok nenas ni pulak baru seminggu. Ish...ish...ish..





Kesiannye.....pencabulan telah berlaku ke atas tanaman saye. Huhuhu.....tunggang langgang dah ropenye ni. Nanti saya betulkan k. Jangan risau, saya tetap jaga korang. Jangan give up untuk terus hidup k. Sayapon takan mengalah dengan 'pencabul' tu. Nanti kita fikirkan ikhtiar supaya korang tak diusik lagi. Sayang korang.

Wahai makhluk Allah (b*b*) korang main la jauh-jauh k. Gi la cari makan kat dalam hutan tu. Kesian kat kami ni tau. baru nak berbudi pad tanah korang da kacau. Dah..dah...gi jauh-jauh k.

Wednesday, April 20, 2011

Masak Hari Minggu

Weekend lepas ada tetamu yang bertandang. So, saya ajakla makan malam kat rumah sama-sama. Oleh kerana dia ibu yang sedang mengandung anak sulung dan memang suke makan, saya masak agak spesel la untuk dia. Saya buat ikan stim. Jangan la kutuk saya okeh. Masak stim tu kire special la tuh sebab biasa saya masak goreng je lauk-lauk ni. Hehehe......Lagipun Mr Abe kurang minat sangat dengan masak stim ni. Dia suka yang garing-garing je. Jadik kalau nak yang garing harusla yang digoreng kan?



Seronok saya tengok mak buyung tu makan. Saya buat 2 ekor untuk 5 orang makan. 1 ekor tu saya ngan die je ratah. Memang berbaloi-baloi la masak untuk mak buyung ni. Lagipun ikan ni segar lagi. Mek saya bawak dari Johor. Ikan ni ditangkap di empangan. Jadi rasa dia lebih baik dari ikan yang dibela. Tu pon ada lagi kat dalam fridge tu ha. Tatau la bile nak abehnye. Nak masak apa lagi ye? Kena bukak web or buku resepi la jawabnya. Takan la saya nak goreng je hari-hari.

Sebelum tu, makan tengah hari saya bakar cencaru sumbat. Orang kelantan panggil 'Ike Khonge'. Masa kat sekolah dulu budak-budak asrama panggil ikan jaket. Emm...ikan pun ade gelaran jugak ye. Bab-bab bako ni saya serah kat Mr Abe. Nak hidupkan api pun sikit punye susah sebab jarang masak bako-bako nih. Hehhehe....tapi memang best la. Rencah dia pulak saya lebihkan cili api. Makan pulak panas-panas. Memang mengancam la


Tuesday, April 19, 2011

Penangan Gulai Tempoyak

Gulai tempoyak oh gulai tempoyak...keranamu aku tepaksa MC tau. Sayang punye pasal saye ngabehkan jugak gulai yang dah masuk hr ketiga tuh. Sayang ooo nak buang. Mek saya yang masak tu. Bukan selalu boleh makan yang ibu kite masak kan? Sudahnya ntah berapa kali saya terpaksa berulang alik ke toilet.Huhuhu....

Walaupun MC, saya tak hantar Princess Najla ke rumah pengasuh. Saya bayangkan kalau saya full time house wife mestila anak saya tetap saya jaga walaupun saya sakitkan? So, baik saya jaga jugak. Dah kebetulan memang dok rumah kan. Kalau dok rumah sorang-sorang pon boring jugak. Jadi baik la saya mengabihkan mas dengan Najla. Masa bersama anak itukan sangat indah.

So, apa yang kami buat bersama agaknya yek? Saya ajar dia mengenali warna. Ini kali pertama saya kenalkan water colour pada Najla. So, dia agak excited bermain dengan 'air' yang berwarna warni tu. Macam seronok je tengok die bermain dengan brush dan benang tu. Yang penting, bila dah siap sila kemas semua ye nak.

Kenapa biru + merah Najla jadi hitam tu? Ayoo....main celup je semua colour ye

Celup benang dalam colour- letak atas kertas di tengah2 -lipat - tarik benang = corak yang macam-macam. Takde benang kait, benang jahit pon jadilah.

Nanti ibu simpan dalam fail ye nak. Bila ibu tanya ini colour ape? semua dia cakap yellow. Adohai

Thursday, April 14, 2011

Nak Jumpa Pak Nil Tak??




Wahai ibu-ibu & bapak-bapak, saya dah tak sabar nak ke event ni. Anda tanak ikut serta? Saya rasa masih ade ruang kosong lagi yang boleh di isi. Saya tak kenal siapa-siapa pun di sana. Tapi saya nak pegi jugak. Sebab saya baru di bukakan pintu hati oleh Allah untuk mendalami dunia penyusuan susu ibu. Susu yang terbaik untuk anak-anak kita. Yang tiada ciptaan sesempurna khasiatnya. Jadi saya ingin mengenali ibu-ibu yang hebat ini. Ingin menyelami cabaran dan perjuangan mereka dalam memberi yang terbaik buat anak-anak.

Kita berlibur sambil berkongsi ilmu. Boleh juga beriadah dan berjumpa Pengacara paling popular Pak Nil a.k.a Aznil Hj Nawawi. Mesti semua kenal kan? Itu desas desus yang 100% boleh dipercayai yang saya baca dari blog momy lyna. So, farah,kalau saya dah pecah lobang maafkan saya ye. Hehe...saje pancing..

Jadi apa lagi, jom la mendaftar. Tak kira anda yang menyusukan atau tidak, anak dara atau bujang, anda boleh datang. Ilmu itu untuk kita semua. Walaupun bukan untuk amalan harian kita, boleh juga dikongsi dengan insan-insan di sekeliling kita kan? Saya tak dibayar untuk mempromosikan apatah lagi mendapat komisyen. Tapi ini adalah atas kesedaran saya sendiri. Supaya ibu-ibu yang lain tidak terlewat seperti saya.

Untung-untung muka anda boleh masuk TV & Majalah. Sebab program ni akan mendapat liputan media cetak & elektronik. Masuk Malaysia Book of Record la katakan - Perhimpunan terbesar bagi ibu-ibu menyusu. Kalau ada luck boleh menang hadiah cabutan bertuah lagi.

Jadi anda jenguk-jenguk la ke blog Pn Farah untuk pendaftaran & info lanjut ye.

Wednesday, April 13, 2011

Insan Istimewa II


Selamat pagi ye semua. Kat Gombak sejuk je pagi ni. Katak dok riang je menyanyi. Ni la suasana yg membuatkan hati saya damai setelah agak terganggu dengan keputusan tuan rumah lama untuk tak nak pulangkan deposit kami semalam.Takpela, da bukan rezeki kami. Allah kan ada.

Ok, saya masih berhutang tentang sambungan entry saya yang lalu. So, hari ni hajatnya nak tunaikan la.

Insan ke dua ini dilahirkan tahun lalu dan perginya juga dalam tahun yang sama. Malah nafasnya hanya dapat dihela untuk 3 minggu sahaja. Saya sendiri tak sempat langsung menatap wajahnya. Hanya mengenali rupanya melalui beberapa gambar yg sempat dirakam. Anak kecil ini diberi nama Ainur Najmina. Pemergian nya kerana dia tiada langsung sel otak. Hanya air yang terdapat dalam kepala.


Semasa dalam kandungan lagi kami telah dimaklumkan akan masalah yang dihadapi nya. Kami berusaha dengan mengadakan solat hajat beramai-ramai tetapi ketentuan Allah itu tetap tidak berubah. Allah inginkan penyeri syurga ini bersedia lebih awal untuk menanti ibunya di sana.

Saya kagum dengan perjuangan ibu anak kecil ini. Sejak dimaklumkan kandungannya bermasalah, dia tidak pernah berfikiran negatif. Malah dia bertekak dengan doktor tentang kaedah kelahiran yang bakal dihadapinya. Ada seorang doktor yang memantau kandungannya mahu dia bersalin secara normal walaupun menyedari saiz kepala Adik Najmi besar dari bayi biasa. Mana mungkin dia dapat dilahirkan secara normal. Malah dia juga berkeras tidak mahu menadatangani surat rujukan ke HUSM Kubang kerian.

Dengan penuh pasrah ibu ini beralih kepada doktor lain dan setelah di rujuk ke HUSM ternyata doktor pakar di sana mengesahkan adalah mustahil untuk kakak saya bersalin normal. Alhamdulillah pembedahan berjalan lancar. Walaupun saya ada bersama kakak sewaktu Najmi dilahirkan, tetapi saya tak dapat melihat Adik Najmi kerana dia terus di pindahkan ke NICU.


Setelah dua minggu berulang-alik ke HUSM dari Machang akhirnya pada minggu ke 3 doktor membenarkan Adik Najmi di bawa pulang untuk dia bersama ahli keluarganya. Alhamdulillah, keluarga terdekat dapat melihat adik Najmi walaupun masa yang diberikan oleh Allah hanya sekejap. Setelah beberapa hari berada di rumah, Allah telah menjemputnya kembali. Saya menerima berita pemergiannya jam 4 pagi . Saya bertolak agak lambat dan waktu perjalanan yang agak panjang dari KL ke Machang tidak memungkin kan untuk saya membiarkan dia menanti kehadiran saya. Saya merelakan dia pergi walaupun tak sempat melihat wajahnya.


Dia sedang berbahagia di 'sana' bersama temannya yang baru. Ye,teman yang baru kerana sepupunya juga turut tidak sabar untuk menjadi ahli syurga. Cerita pemergiannya telah saya postkan di sini. Berbahagilah wahai Ainur Najmina & Che Wan Wafa. Tunggulah kehadiran ummi kalian di pintu syurga. Wajah comel kalian tetap di hati Cik Sah.

Monday, April 11, 2011

Dia Yang Kerinduan



Semalam hari minggu yang agak memenatkan. Kami tak sempat berkebun sebab ada orang yang rindu-rinduan. Ada orang yang buat2 tanya " esok k.sah buat apa? tak nak jalan-jalan ke Gopeng ke?" Hoh! jalan-jalan ke Gopeng? Tergagap-gagap mak cik jawap "Oooo...gi sane eh? Boleh-boleh" Tapi sebenarnya saya sendiri tak sure Mr Abe nak pegi atau tak. Tapi naseb baik la Mr Abe bagi green light. Thank you so much Mr Abe. Dats why la i love you ssyang....sporting!!!

Pukul 10.00 am kami gerak dari rumah terus ke Ipoh Parade. Nasib baik tak sesat. Tu la kali pertama kami sampai ke Ipoh. Tapi kena tanya-tanya orang jugak la sebab malu bertanya sesat jalan kan? So, kami tak sesat sebab tanya orang.Heheh...tapi berpusing2 jugak la nak mencari sebab salah masuk jalan.

Najla yang gedik soh ibu ambil gambo. perasan comey la anak ibu ni.

Dah sampai sana orang yang nak jumpa pulak takde. Dekat setengah jam baru dia telefon balik. Nak bagitahu arah kami parking satu hal pulak sebab dia pun 'baru keluar sangkar'. Adohai....segala land mark yang ade saye sebut-taman dating, Majlis Bandaraya Ipoh, menara ada kubah bla...bla...bla.....pusing-pusing akhirnya dia dapat jugak cari kami. Time ni la baru terasa rumitnya kalau takde handphone. Si dia tak leh bawak handphone selagi dalam tempoh training. Sebab tu setiap public phone haritu akan ada sekumpulan orang yang berbaju kemeja putih, tali leher hitam/merah berkasut kilat sedang bergayut. Hehehe....first time dapat outing mestila pulun telefon mak ayah, kawan2 dan aweks kan?

Najla terkejut tengok Ayah Chik yang bertukar jadi hitam legam. Langsung tak nak senyum. Padahal dulu pantang nampak Ayah Chik mesti nak suruh timang tinggi-tinggi. Tapi semalam langsung tak nak dekat. Dah nak berpisah barulah Ayah Chik boleh dukung kejap.

Macam-macam cerita Ayah Chik pasal suka duka di kem. Tapi yang bagusnya semua Ayah Chik ambil positif. Buat kebal telinga jela kalu ada bahasa yang 'gedebomm' tuh. Tentera mestila tahan maki kan? barulah betul Hero Malaya Abah. Masa dia kecik-kecik abah selalu panggil dia Hero Malaya. Dulu abah pernah rakam dia nyanyi lagu ape tu yang lirik dia start dengan ' inilah barisan kita...' apetah tajuknya saya tak ingat. Tapi sayangnya tape tu dah hilang ntah kemana.

Di tangga Masjid dengan kawan2 yang lain.

Perubahan yang buat saya terharu, Ayah Chik yang ajak kami gi solat kat Masjid. Alhamdulillah, setakat ni dia dah lekat sembahyang. Semoga berkekalan la ye dik. Dan dia pon berazam nak berhenti merokok sebab dalam kem memang tak boleh merokok langsung.


Ayah Chik skuad leader tau. Sebab tu neck tie dia warna merah. Abah bangga je bila K.Sah cerita yang anak die dalam kalangan 16 orang yang terbaik dari 390 orang.

Najla senyum terpaksa je bila Ayah Chik nak bergambo dengan dia.

Pegang ibu kemain kuat lagi. Muka Ayah Chik bulat sebab berat dah bertambah 5 kg. Orang lain turun berat die ni naik plak. Ape ko makan dik oi?

Friday, April 8, 2011

Tok sir Vs Tosei


Male marin kawe tubek jale2. Sebenarnyo nak cari kasut di Kedai Bata hok New Arrival tuh. Masuk kedai ke 3 doh kawe gi smale tapi tak dok jugok. Hot sungguh kasut pattern hok kawe cari ni. Meme sales girl tu royat kasut pattern hok kawe cari tu cepat abeh. Kawe siap tinggal no telefon lagi ko sales girl tu suruh royat kalu kasut tu sapa. Nok bedo'oh benar ni. Lamo doh kawe tok raso lagu ni. Tok tahu lah bakpo ye kawe kene sangat. Keno cari tepak lain la jugok ni bele-bele. Tok leh arak ko sales girl tu jah. Takutnyo dio tok ingat.


Doh kecewo bare hok cari takdok tu Mr Abe ajok la gi make kedai mamak. Teringin nok make roti nan dio kato. Kami pon gi la kedai mamak hok ado dekat2 situ. Sore pekerja tu mari la amek odar. Tengoh doh bice nok make gapo tu kawe sebut la perkataan tok sir. Tok ingat doh oyat tok sir ko gapo. Pah tu mamak tu repeat la order. dale senarai order tu dio masuk item tosei. Kami badi tengok masing2. Bilo pulok la kami order tosei. lepah dio g kami dok pakat gelok. Ruponyo dio ingat kawe oder tosei bilo sebut tok sir tuh. Huhuhu......keno beringat kalu kecek berlainan dialek ni. Kalu dok, buleh jadi saloh pehe. Bayok lagi dialek kito hok kalu ebut ore luar buleh saloh pehe. Keno beringat la tu smula-smula.

Thursday, April 7, 2011

Insan Istimewa


Salam siaran. Eceh macam pengacara la plak kekdahnya. Ingat tak saya pernah cakap yang saya nak buat entry pasal insan2 istimewa dalam keluarga saya dalam entry ni? Mereka memang istimewa sebab dipelihara Allah dari segala dosa. Dan mereka juga telah menempah tiket ke syurga buat ibu mereka.

Insan istimewa yang pertama lahir 10 tahun dulu. Maksudnya sekarang ni dah darjah 4 la yek kalau dia bersekolah. Dia lahir ke dunia ni bukan keseorangan. Lahirnya berteman dengan kakaknya. Kami semua memang teruja sangat sebab pertama kali nak menerima ahli keluarga yang kembar.

Sewaktu dalam kandungan tiada apa-apa yang lain. Normal macam kandungan yang lepas kata kakak saya. Cuma saiz perut jela yang besar sebab kembar kan. Mereka dilahirkan secara normal di Hospital Besar Sultanah Aminah Johor Bharu. Sewaktu itu saya masih lagi belajar di tahun 2 UTM. Si kakak lahir dengan selamat dan sihat. Perbezaan masa dengan si adik agak jauh iaitu hampir 40 minit. Si adik mengalami kesukaran dan lemas dalam proses kelahiran. Doktor terpaksa menggunakan vacum untuk mengeluarkan si adik dan dia terpaksa di tahan di NICU. Si kakak dinamakan Sayyidatun Nafisah & si adik Sayyidatun Nusaibah.

Tiada apa yang lebih menggembirakan bagi si ibu apabila melahirkan anak melainkan keselamatan dan kesempurnaan sifat anak yang dilahirkannya. Tetapi takdir Allah mengatasi segalanya. Ibu ini diuji dengan seorang anak yang tidak sesempurna anak lain. Si kakak normal dan si adik sehingga kini perlu diuruskan segalanya oleh ibu dan dia umpama seorang bayi. Saraf otaknya tidak berfungsi dengan sempurna. Dan dia tidak pernah meniarap, apatah lagi merangkak dan berjalan. Dia juga tidak pernah menyakitkan hati kerana dia tidak pernah berkata-kata. Subhanallah.....

KAibah akan senyum kalau orang panggil. Dia paling suka kalau ada baby di sebelahnya.


Setiap kali saya melihat wajah kakak saya ini, hati saya dipagut sayu. Pengorbanannya dalam menguruskan dan membesarkan anak yang seramai 7 orang ini sangat besar. Kelahiran si kembar yang merupakan anak ke tiga dalam adik beradik telah mengubah corak kehidupan mereka sekeluarga. Ibu ini mengakui, diperingkat awal susah untuknya menerima hakikat tentang anugerah Allah ini. Sehinggakan dia pernah berasa malu untuk keluar berjalan-jalan kerana pasti kehadirannya akan menjadi perhatian. Alhamdulillah, hasutan syaitan itu tidak lama menguasai mindanya. Lama kelamaan dia menerima sepenuh hati kehadiran kakak Aibah dan dia tidak betah berjauhan dengannya dalam jangkasama yang lama. Malahan jika memandang ke bawah, ada orang lain yang lebih berat ujiannya dari apa yang diterimanya. Alhamdulillah ........


Sejak kehadiran Kakak Aibah, tidur kakak saya tidak pernah lena. Jauh sekali untuk mendapatkan rehat yang cukup. Di waktu malam Kakak Aibah selalu terjaga dan selalunya dia ingin di pangku. Tidur sambil memangku anak adalah rutin bagi kakak saya. Malah pernah beberapa kali Kakak Aibah hampir terlepas dari pegangan kakak saya.


Untuk menyuap makannya juga bukan calang-calang orang. Kebiasaannya proses menyuap makan Kakak Aibah mengambil masa lebih kurang sejam. Jadi tidak hairanlah kakak saya selalu tertidur semasa menyuap Aibah. Kalau tak kena kekdahnya mungkin makanan akan disembur keluar. Sebab itu tiada orang yang boleh menyuapnya melainkan Kakak saya. Dia tahu bila masanya Kakak Aibah perlu disendawakan dan bagaimana untuk memangkunya supaya dia selesa. saya pernah cuba untuk menyuap bubur padanya tapi kebiasaannya tak pernah habis. Kakak saya perlu ambil alih.

Si Kembar adalah yang berbaju putih & baju hijau

Saya memang respect kakak saya yang sorang ni. Pernah satu ketika orang membuat fitnah kepadanya. Kata mereka kakak saya mendera Aibah kerana selalu kedengaran suara budak menangis. Alhamdulillah kebenaran berpihak pada kakak saya setelah orang Jabatan kebajikan sendiri melihat keadaan Kakak Aibah. Saya percaya, kalau diserahkan pada orang lain untuk menjaga Kakak Aibah untuk sehari pun belum tentu mereka sanggup

Semoga Allah terus memberi kekuatan dan ketabahan kepada kakak saya untuk melalui hari-hari mendatang. Menguruskan anak yang ramai dan masih kecil ditambah dengan anak yang tergolong dalam golongan OKU bukan sesuatu yang mudah. Semga Allah merahmati keluarga kakak saya.

Masa Gambar ini di ambil, si putera belum lahir. Anaknya 6 perempuan dan seorang lelaki

Oleh sebab cerita saya tentang kakak Aibah agak panjang, maka saya postpone dulu cerita 2 insan lagi dalam next entry k. Tunggu.....

Wednesday, April 6, 2011

Renew Lagi


Hari ni lesen memandu saya tamat lagi. Dah masuk tahun ke 5 rasenye kerja saya hanya renew lesen jer tiap-tiap tahun. Bawak keretanya dok jugak. Keinginan ada, tapi keberanian tu agak kureng. Ntah bila la saya ni nak berani. Mr Abe selalu gak membebel & tanya bila saya nak bawak kereta. Saya cakap sayakan dah ada driver yang hebat. Hehehe...kene bodek sket barula tak panjang die membebel.

Bukannya apa, saya ni tanak menyumbang kepada statistik kemalangan jalan raya tuh. Hari-hari baca paper mesti ada berita kemalangan jalan raya. Tu yang buat saya seram. Baru-baru ni suami Zizie Izette lak cakap pemandu perempuan ni penyumbang kepada kemalangan jalan raya. Betol ke? Bukan orang lelaki lagi 'hebat' ke? So, saya tanak la menjadi mangsa tuduhan itu. Lagipun sayang kerete tu kalu calar balar ke, kemek sana sini ke. Kan abang kan? Nanti abes duit abang nak kene repair balik. Kuikuikui....

Insya Allah satu masa saya akan memandu jugak. Doakan saya ye Mr Abe. Tapi kalau ajar saya jangan bekeng2 tau.

Monday, April 4, 2011

Rajin Betul

Saye kan seorang petani sambilan sekarang ni. Jadi ms luang saye mestilah berada di kebun saye kan? Macam kebun sy tu luas sangat jek bunyinye. Sile skip membaca ayt ini sekiranya ingin termuntah membacanya k. Hehehe....

Saya ada seorang pembantu yang sangat la rajin menolong saye. Asyik mengekor je kat belakang. Sampaikan saya nak mencangkul pun kene hati-hati takut tercangkul kaki yang cumel tuh. Aduhai...anak ibu ni. Rajin sampai besar k.



Hausnya dia. Orang pakai sarung tangan dia pun nak pakai sarung tangan jugak. Mane jari sayang? Nanti ibu belikan yang kecik untuk sayang ye.

Kalau kami biorkan abesla daun pokok manggis tu di bedalnya dengan cakar tuh. Suara ibu takan ada sopan sintunnya kalau bekebun dengan princess ibu ni.

Sifat rajin diteruskan sampai dalam rumah. Alhamdulillah, abes basah bawah sinki tuh. Takpela nak. Janji sayang ibu ni dapat belajar banyak benda. Ibu takan sekat selagi ia tidak membahayakan. Keep exploring dear.


Ini hasil tanaman weekend lepas. Nampak tak pokok bendi tu senget sikit. Tu penangan buah hati saya lah. Di libasnya anak pokok ibu. Sambil-sambil tu boleh ajar dia - " ini pokok bendi, ini pokok terung"

Buat masa sekarang, ni la sahabat baik saya. Cangkul, cakar, kasut but & sarung tangan. Tangga tak termasuk hokeh.

Sambil bercucuk tanam saya ajar Najla subjek Alam & Manusia.- rantaian makanan. Tapi Sekarang ni dah takde subject tu Kan? Dah tukar pada subject sains agaknya. Seronok betul dia bila saya ajar dia nyanyi lagu Bangau Oh Bangau. Buat suara yang macam-macam & gaya yang kelakar. Mesti jiran rumah saya ingat saya dah 'mental' kalau nampak gaya saye. Janji we have fun togather kan dear. Mr Abe pun joget sama. Lets sing the song ....

Bangau oh Bangau

Bangau oh bangau mengapa engkau kurus?
Macam mana aku tak kurus ikan tak mahu timbul
Ikan oh ikan Kenapa tak mahu timbul?
Macam mana aku nak timbul rumput panjang sangat
Rumput oh rumput Kenapa panjang sangat?
Macam mana aku tak panjang kerbau tak makan aku
Kerbau oh kerbau Kenapa tak makan rumput?
Macam mana aku nak makan perut aku sakit
Perut oh perut mengapa engkau sakit?
Macam mana aku tak sakit makan nasi mentah
Nasi oh nasi mengapa engkau mentah?
Macam mana aku tak mentah kayu api basah
Kayu oh kayu mengapa engkau basah?
Macam mana aku tak basah hujan timpa aku
Hujan oh hujan Kenapa kau timpa kayu?
Macam mana tak timpa kayu katak panggil aku
Katak oh katak mengapa panggil hujan?
Macam mana aku tak panggil ular nak makan aku
Ular oh ular Kenapa nak makan katak?
Macam mana aku tak makan memang makanan aku, memang makanan aku