Monday, February 28, 2011

Tak Suka Pindah-Pindah

Assalamualaikum & salam ceria.

Badan ni masih penat. Masih lenguh-lenguh. Aduhai...bila la agaknya penat ni akan habis. Hujung minggu ni saya agak bizi. Nak update blog & jenguk-jenguk FB pun takde mood. Nak ambil leave sayang plak cuti tanpa sebab. So datang jugak la kerja walaupun penat. Abang saya asek cakap da tanak pindah-pindah dah. Penat....saya pun tak suke. Tak tahula cemane orang yang jenis pindah tiap-tiap tahun tu.

Sejak saya hidup bersama Mr Abe, ni la kali pertama kami pindah. Dulu masa anak dara nak pindah senang aje. Saya cuma bawak diri dan beg pakaian je. Dalam 2 hari dah siap kemas. Tapi bila dah berkeluarga ni, mak aii....banyak jugak rupanya barang kami. Rasanya kami ni takde la banyak perabot pon. Tapi lori 3 tan tak boleh muat satu trip. Haishhh....Sampah ke hape kami simpan dalam rumah ni yek? Hehhe....

Tak tahu barang mane dulu nak kemas


Rumah yang baru ni agak sempit dari rumah dulu. Walaupun kami sayang rumah dulu tapi terpaksala pindah bila tuan rumah nak buat operasi anai-anai secara besar-besaran. Dah nasib orang menyewa kan. Terpaksa la pindah. Rumah tu sangat la luas. Dapur tu boleh buat satu lagi bilik. Saudara mara pun suka datang rumah tu sebab selesa. Tapi yang sekarang ni...sob..sob...isk......Lepas ni Najla dah tak dapat main basikal dalam rumah lagi ye. Yang paling sedeh, tiada ruangan khas untuk Najla macam di rumah lama dulu. Takpela ye sayang. Pembelajaran boleh berlaku di mana sahaja kan.


Sabar ye nak. Nanti ibu ngan abi cuba cari rumah kita sendiri k.


Naluri orang kampung memang kuat dalam hati saya ni. Rumah baru yang kami cari ni pun dalam kawasan kampung jugak. Segala jenis binatang ada. Itik la, angsa, ayam, arnab & yang paling best bunyi cengkerik di waktu malam. Sapa yang penakut memang tak boleh datang rumah ni agaknya. Saya pun penakut jugak. Benda yang paling saya takut kat rumah ni .... sila lihat di bawah ok...

Kenapa la kau bukan tokek?

Apa tu ye? Tokek ke? Mengkarung ke?....ia adalah seekor cicak. mak aiii besonye. Ini bukan first time saya tengok cicak sebesor ni. Tapi saya memang dari dulu alahan@geli dengan cicak. Tak kira la beso atau kecik. Kalau tokek kompem saya tak geli kan? Hahaha.....terbayang-bayang kalau ia adalah seekor tokek. Harus berbuat sesuatu supaya dia tak masuk rumah lagi ni.

Thursday, February 24, 2011

SABARLAH AYAH




Entry ini saya tujukan khas buat semua insan yang bergelar ayah, abi, baba,papa,daddy, appa, bapak atau apa saja panggilan oleh anak-anak anda. Kekadang ur wife pon akan panggil anda macam tu kan? saya pun sama. Sebelum ni saya buat entry khas untuk ibu. So, adil la kan.

SABAR. Senang je nak sebut perkataan ni. Tapi tak semudah untuk kita laksanakan. Manusia yang normal telah dianugerahkan Allah dengan pelbagai perasaan dan emosi. Kekadang hati kita berbunga riang, kekadang kita akan jadi sangat sensitif, cemburu, marah dan ada ketikanya blur. Hebatkan Allah itu. Kekadang hanya dengan Expresi muka sahaja orang dah dapat mengagak emosi kita ketika itu. Tapi kekadang kita meletakkn emosi itu pada tempat yang salah. Kita mengeluh pada sesuatu yang tak sepatutnya.

Anak itu merupakan satu anugerah dan dalam masa yang sama ia juga satu ujian. Saya pasti setiap suami ingin bergelar 'ayah'. Ingin punya bukti 'kelakian' dan kemampuannya memberi zuriat bagi meneruskan kesinambungan generasi. Kalau tidak, takan ada lelaki yang bagi alasan untuk berkahwin lebih dari satu kalau isterinya tidak dapat melahirkan zuriat kan? Alasan itu memang kukuh. hehehe.....


Dalam kegairahan untuk bergelar ayah itu adakah kita telah benar-benar mempersiapkan diri kita? Bersediakah telinga kita untuk menahan bingitnya tangisan si anak kecik? Bijakkah kita memujuknya di kala tangisnya makin menjadi-jadi? 'Tangan' kah penyudahnya bila anak degil tidak mendengar kata? Cuba kita sama-sama duduk dan fikirkan sejenak.

Tanggungjawab seorang ayah tidak selesai dengan hanya menyediakan keperluan & kebajikan si anak. Mendidik dan mengasuh anak tidak boleh hanya diserahkan kepada si ibu sahaja. Tanggungjawab itu seharusnya sama-sama di pikul. Kerana mereka adalah bukti kasih & cinta antara si ayah & si ibu. Dalam Islam kita telah di ajar cara-cara untul bergaul dengan anak-anak kita. Ada ketikanya kita perlu menjadi kanak-kanak seperi mereka, ada kalanya kita perlu menjadi kawan & pendengar yang setia dan ada kalanya kita perlu bertegas.


Kadang-kadang si ayah terlalu cepat melenting. Anak itukan ibaratnya kain putih. Segalanya atas kebijaksanaan kita untuk menghasilkan corak yang menarik padanya. Jadi, berfikirlah sebelum bertindak. Sekiranya anak masih kecil, sudah tentunya dia tidak mengerti apa-apa. Perasaan ingin tahu mereka sangat kuat. Perkembangan otak kanak-kanak sangat hebat apatah lagi di usia 3 tahun ke bawah. Malah lebih hebat dari seorang saintis ulung. Jadi biarkanlah mereka meneroka asalkan tidak bahaya. Jangan melenting bila mereka sepahkan mainan, jangan bengang jika mereka rosakkan barang kesayangan anda. Bersabarlah, istighfarlah di saat perasaan marah menguasai diri. Kitalah yang harus bijak mengawal keadaan. Kitalah yang mesti mengambil kira susunatur barang-barang di rumah agar tidak mudah di capai oleh si anak. Nasihatilah anak dengan penuh kasih sayang dan baritahulah dengan berhemah kenapa dia tidak boleh buat begitu dan begini. Dan jangan lupa beritahu mereka akibat jika mereka berbuat apa yang kita larang.

Sekiranya anak meragam kenal pastilah kenapa mereka berbuat demikian. Mungkin diapers basah, mungkin perut kembung dan mungkin juga ada kehendak mereka yang tidak dipenuhi. Sekiranya anak meragam kerana kehendak tidak diperolehi, cubalah alih perhatian mereka dengan sesuatu yang lain. Tidak semestinya apa yang anak minta perlu dipenuhi. Jadi ambillah pendekatan diplomatik. Gunakan psikologi untuk mengawal mereka. Sabarlah ayah, perangai mereka ini tidak akan berterusan. Mungkin esok mereka jadi anak yang sangat mendengar kata. Peluklah mereka. Cium lah mereka. Sentuhan seorang ayah adalah pengubat resah si anak.

Percayalah, ganjaran yang besar menanti bagi setiap ayah yang membesar dan mendidik anak dengan penuh sabar. Saya teringat ceramah Ustaz Kazim yang menyatakan ragam anak merupakan kifarah buat ibu dan ayah. Allah itu sangat penyayang. Dia menghapuskan dosa ibu & ayah dengan cara mengujinya dengan ragam anak-anak. Maka bersabarlah. Berdoalah semoga ayah tabah dan kuat menerima ujian Allah. Anak itu satu anugerah yang istimewa ayah.

* Buat Mr Abe, sayang akan menyokong & menbantu abang dalam mendidik anak-anak kita. Mereka adalah benih yang kita semai. Semoga di hari esok, mereka berdiri sebagi pokok yang kukuh dan mengeluarkan buah yang manis dan ranum. Amin...






Follower Pertama

Selamat pagi semua. Syukur pada Allah masih diberi peluang untuk menyedut oksigen lagi pagi ni. Alhamdulillah masih sihat walafiat dan mampu melangkah mengikut haluan. Saya tak dapat bayangkan kalau Allah tarik segala nikmat yang diberikan ini. Sedangkan kalau Allah uji dengan sendawa yang tak lepas tu pun kita dah rasa tak selesa. Apa lagi kalau ujian yang lebih besar dari itu. Ya Allah, semoga diri ini sentiasa mensyukuri segala nikmat Mu dan sentiasa melaksanakan perintahMu dengan ikhlas.

Hari ni saya keluar rumah seawal 7.45 a.m. Waktu ni memang awal bagi saya kerana perjalanan ke tempat kerja hanya memakan masa 15 minit dan waktu kerja saya akan bermula jam 9.00 a.m. So, saya ada masa nak jenguk-jenguk blog & Fb saya. Inilah untungnya kalau tempat kerja dekat dengan rumah. Tinggal di Gombak ni tak banyak sangat jalan yang jem. Sebab tu saya suka tinggal kat sini. Masih ada kawasan yang belum dicemari dengan pembangunan atau dengan kata lain 'kampung' yang sudah tentu menjadi pilihan saya.

Hari ni bukak je blog saya tengok saya dah ada sorang follower. Alhamdulillah ada jugak yang sudi menjenguk. Terima kasih ya wani . Tipulah kalau saya kata saya menulis blog untuk saya sahaja dan bukan untuk orang lain baca. Kalau tak, buat apa saya register dalam domain blogsport ni kan? Saya ingin berkongsi apa sahaja di sini dan ingin punyai lebih ramai kawan. Kekadang kawan di alam maya ni lebih baik dan jarang mengguris hati. Sebab bila kita menulis kita akan berfikir dahulu. Tak sama macam bercakap yang mana kita akan terus cakap apa yang ada dalam fikiran kita. Salam ukhuwah untuk semua dan semoga saya akan punyai lebih ramai kawan nanti. Yang penting, saya mengharapkan kawan yang ikhlas dan boleh menegur kekurangan diri saya dan 'aku menulis bukan kerna nama' (hehe..lirik lagu sape ni? papa rock kot. dah lupa)

Wednesday, February 23, 2011

Kenapa Serbomokniko?

Hahaha......hanya orang-orang yang tertentu je yang tahu maksud perkataan ni. Tetibe je saya rasa nak cerita tentang tittle blog saya. Yela, mungkin ada sesetengah orang yang singgah kat blog saya ni tertanya-tanya maksudnya. Ianya bukanlah bahasa luar negara atau bahasa bombastik dalam sastera Melayu. Cuma satu perkataan yang biasa diucapkan di negeri kelahiran saya, Kelantan The Red Worrior. Apakah rasionalnya saya letak gelaran pasukan bola sepak itu?Heheh....saje suke-suke.

Apa maksud serbomokniko ni ek? Jap eh saya pikir jap apa maksud yang tepat untuk perkataan ni. Emm...'semua ada' atau bolehkah dimaksudkan 'rojak' atau apa yek ? Boleh la kot tu. Kalau dalam loghat Kelantan yang paling sesuai 'ado blako'. Dah boleh faham kan? Esok-esok saya pon tatau anak saya tahu ke tak maksud perkataan ni. Saya pilih word ni sebab dalam blog saya ni saya akan tulis apa sahaja yang saya rasa nak tulis. Pasal keluarga saya, kewangan, mungkin masak-masak atau apa-apa sahaja maklumat umum yang ingin saya kongsi. So, takde klasifikasi untuk blog saya ni. Yang pasti segala post tentang caci maki ke, mencarut ke hape takde ye.

Balik pada tittle blog saya ni, sebenarnya anak-anak muda di Kelantan pun dah jarang guna perkataan ni dalam perbualan harian mereka. Kebanyakannya golongan senior je yang masih guna. Loghat Kelantan ni unik tau. Banyak perkataan yang diterjemah dari english words. Okeh meh saya listkan antaranya :-

Bekwoh = big work (kenduri)
kematehor = community hall (dewan orang ramai)
lembek = lay back (tilam)
api setok = api stop (traffic light)
tohok = throw out (buang)

Hahaha....dulu-dulu saya gelak besar bile saya tahu maksud perkataan ni. Rupanya orang Kelantan dulu-dulu teror speaking english. Cuma bila campur dengan loghat kelantan dah tak bunyi cam english da. Orait untuk adik-adik kelantan yang belum paham asal usul sesetengah perkataan tu boleh la start guna dengan hebatnya sebab korang da paham kan. Selamat beramal...

DARAH MANIS

Siapa yang darah manis tu ye? Sapa yang tengah bahagia & berdebar menunggu saat di ijab kabul tu yek? Dialah buah hati saya. Wah..wah... ramainya buah hati saya. Emm...memang saya ramai buah hati. Tergantung & terlekat di hati saya sentiasa. Hehhe.....mana-mana pergi pun saya akan ingat mereka semua. Sebab mereka yang menghidupkan jiwa saya. Tanpa mereka hidup saya terasa kosong. Merekalah keluarga saya.

Kami sembilan beradik


Tapi buah hati yang mana satu yang saya maksudkan tu yek. Nyamuk pun da tanak gigik die agaknya takut dapat diabetis. Oooo...tidak...ok meh saya tunjukkan gambar si hensem itu.


Panggilan dia di rumah adalah Abang Joe. Dia anak ke 8 dalam adik beradik kami. Dia memang seorang anak yang baik dan tertanggungjawab pada keluarga. Mek & abah bangga melahirkanmu dik. Insya Allah 12 Mac 2011 Abg Joe akan disatukan dengan pilihan hatinya. K.Sah doakan semoga adik K.Sah ni dapat jadi suami yang beriman dan dapat membimbing keluarga mengikut jalan yang Allah telah gariskan. Sekarang ni kami sekeluarga tengah sibuk menyiapkan persediaan untuk menyambut hari bahagia beliau. Masing-masing dah ada bahagian & tugas untuk majlis tu nanti. Alhamdulillah kami semua memang selalu sepakat bila ada adik beradik yang akan berkahwin. Tapi abang-abang Sah jangan la jeles ye. Dulu tak sponsor sebab masa tu masih sekolah. Hehehe....Dan buat Abang Joe, kami semua sayang kamu. Dan kami mendoakan kehabagiaan kamu. Sedikit petikan ayat suci buat adik k.Sah untuk di jadikan ingatan bersama.

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan,oleh kerana Allah SWT telah melebihkan orang lelaki(dengan beberapa keistimewaan) atas orang perempuan,dan juga kerana orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka…” -(Surah An-Nisa’ 4:34)

SAYA DI ALAM REMAJA II

Malam ini sungguh sunyi, damai dan indah. Ketenangan di lewat malam memang sentiasa menggamit kenangan silam di alam kampus yang sungguh indah. Malam ini memang saya agak sentimental, syahdu dan menjadi seorang perindu. Jika di alam persekolahan saya masih lincah dan sentiasa bergembira dengan kawan-kawan yang menghiburkan, tapi menginjak usia kemuncak keremajaan rencah hidup saya makin berwarna warni. Ingin tahu di mana saya mula mengenali dunia luar? mengenali peritnya hidup berjauhan dari ibu dan ayah? Ya....terlalu banyak perkara yang saya belajar di bumi Allah ini. Bumi yang banyak melahirkan insan-insan cemerlang, yang bait-bait lagunya sentiasa saya rindui.....


********
Kami anak kandung
UTM rimbun bernaung

Usaha kami bukti cintamu

Dikau persada ilmu

*******




UTM-satu nama yang sentiasa saya rindui.Ya, itulah UTM. Selama 4 tahun saya mengutip serpihan ilmu Allah yang Maha Luas. Seteguk ilmu yang membawa saya mengenal kewajaran seorang pelajar untuk menghormati seorang guru. Walau siapa pun guru itu, walau kita tidak merasakan dia adalah seorang yang hebat. Tetapi dia tetap seorang guru, seorang pendidik yang wajib kita hormati.

Saya bukan seorang pelajar yang cemerlang, saya bukan pengunjung setia library, saya juga pelajar yang nakal yang pernah tidak menyiapkan assignment. Saya juga pernah fail paper. Itu tak mungkin saya lupakan. Sungguh malu saat pertama kali masuk ke kelas untuk repeat paper. Terpaksa belajar bersama adik-adik junior untuk subject law. Saya sering masuk bila betul-betul waktu pengajaran akan bermula dan berada di sit yang paling dekat dengan pintu keluar. Tak mahu beramah mesra dengan adik-adik junior sebab tersangatlah segan. Bila diingatkan balik kesal jugak rasa hati. Tapi itulah natijah yang terpaksa saya bayar atas kesilapan sendiri. Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga grade dan mampu membuat ibu & ayah saya tersenyum.

PERSAHABATAN....itulah perkara yang paling meninggalkan kesan di hati saya. Berada di tahun tiga, saya mula mengenal erti persahabatan yang benar-benar ikhlas. Tidak pernah saya menyayangi mereka seperti saya menyayangi sahabat-sahabat yang lain. Mereka benar-benar insan yang boleh saya berkongsi apa sahaja. Mereka punya karektor yang berbeza tapi memang sekepala. Kekadang ade sahaja konflik yang datang dan membuatkan air mata menjadi peneman. Tetapi itu resam biasa dalam bersahabat dan saya terima. Kami pernah panjat pokok jambu air bersama, berborak sampai ayam berkokok, berebut bilik air dan makan kuaci sambil dengar lagu di waktu petang. Sungguh saya merindui kalian. Walaupun kita tidak sama course, tidak sama umur dan kekadang tidak sama pendapat tetapi saya tetap sayang kalian. Walau kita jarang berhubung sekarang ini, ngin ku katakan kalian adalah sebahagian dari hidupku. Kalian melakarkan episod indah dalam usia remajaku. Dan kalian adalah ........

K.Hasnie, K.Siah, Linda & Aini


Walau saya agak kurang rapat dengan rakan sekelas sewaktu di kampus, tapi kalian tetap di hati saya. Kalianlah rakan yang sentiasa membantu di kala saya bingung dan pening dalam pelajaran. Kalian telah menjadi orang-orang yang hebat. Tahniah untuk anda semua. Dan sekalung penghargaan buat teman sekelas yang paling rapat Norul Faeza. Terima kasih kerana sentiasa bersama dan menjadi teman karibku.

3 rd Batch - SHP 2003 (Pembangunan Sumber Manusia)

*Entri ni saya draf mlm tadi tapi baru sekarang say post kn

Monday, February 21, 2011

GELARAN SEORANG IBU ....

Alhamdulillah Allah bagi peluang untuk saya menjadi seorang ibu. Pangkat seorang ibu memang sangat mulia hingga Allah angkat martabatnya sebegitu tinggi.Tak kiralah apa pun panggilan yang digunakan.Ibu, ummi, mak,mama, mummy, bonda, semua panggilan itu begitu indah. Seindah dan sedingin embun pagi.

Seorang sahabat bertanya"Wahai Rasulullah, kepada siapa aku harus berbuat kebaikan?. Beliau bersabda: "Ibumu." Aku bertanya lagi: Kemudian siapa?. Beliau bersabda: "Ibumu." Aku bertanya lagi: Kemudian siapa?. Beliau bersabda: "Ibumu." Aku bertanya lagi: Kemudian siapa?. Beliau bersabda: "Ayahmu, lalu yang lebih dekat, kemudian yang lebih dekat." (HR Abu Dawud dan Tirmidzi)


MasyaAllah....sungguh mulia darjat seorang ibu. Sungguh beruntung menjadi seorang wanita & ibu. Walau kudrat tidak sekuat sang arjuna, walau berlindung di balik sasa seorang lelaki tapi penghormatan yang diterima lebih tinggi, lebih mulia malah lebih agung. Tiada yang lebih membanggakan selain penghormatan dari Allah Taala.

Tidak semua wanita berpeluang menjadi seorang ibu walaupun berstatus isteri. Sebab itu saya sangat terkilan bila ada manusia yang berhati binatang membuang anak mereka atau menggugurkan anak apabila sudah tersalah langkah. Ingatlah adik-adik di luar sana, hari esok belum tentu menjanjikan kepastian anda akan bergelar seorang ibu.

Semoga saya dapat menjadi seorang ibu yang baik buat anak-anak yang lahir dari sebuah tempat bernama rahim. Semoga saya mampu mendidik benih cinta antara saya dan Mr Abe dengan didkan yang berpaksi pada kecintaan Allah. Sungguh diri ini kerdil dengan anugerah gelaran seorang ibu. Terima kasih ya Tuhanku....


PROGRAM REALITI...KENAPA MENGAIBKAN DIRI?...

Selamat pagi Isnin semua. Mulakan hari dengan senyuman ye...

Malam tadi saya tengok audition program realiti Mentor. Banyak sungguh program realiti sekarang ni. Semua orang nak jadi penyanyi, nak glamour macam artis yang ada sekarang ni. Ramai rupanya orang nak jadi penyanyi kat Malaysia ni yek. Kalau tak, takan audition Aflin Shauki habis sampai kol 4.00 pagi. Sayapon suke 'kesempoian' Aflin Shauki...heheh....tapi takdela sampai fanatik. Suke jer...



Satu bende yang saya pelik dengan calon2 tertentu yang datang audition ni. Dah lama saya perhatikan. KENAPA MESTI MENGAIBKAN DIRI? Kenapa mesti marah-marah bila tak terpilih sampai mencarut segala?Kenapa sampai menangis beria-ria bila tak terpilih? Ada jugak yang meraih simpati judges dengan ceritakan kesusahan datang audition tanpa duit tambang, sampai tido di kali lima semua tu? Macam2 provokasi yang kita boleh lihat.

Bagi saya, langsung tidak berbaloi nak menangis meratap bile kene reject. Nampak sangat ketidakmatangan. Apatah lagi kalau mencarut & memaki hamun bagai tu. Bukan jadi penyanyi je jalan untuk berjaya dalam hidup wahai saudara. Malah lebih ramai orang yang berjaya bukan berada dalam bidang nyanyian atau lakonan. Bukalah mata celik lah akal. Paling saya sedeh bila saya lihat ianya terdiri dari golongan orang Melayu. Semoga Allah selamatkan generasi muda negara kita.

Bukannya saya menolak hiburan 100%. Setiap manusia punya naluri untuk menghiburkan diri. Punyai hak untuk menenangkan otak yang setiap hati berfikir hal-hal kerja dan segala macam. Tapi kita harus ingat jangan sampai hiburan melalaikan tanggungjawab kita pada Allah S.W.T, pada ibu bapa & keluarga. Renung-renungkan...

Friday, February 18, 2011

Tips Membeli Rumah

1klassifieds.....mesti korang biasa baca or tengok word ni kn?kalau pembaca setia Berita Harian lagila korang tahu. Itu sisipan dalam Berita Harian yang kita baca setiap hari. Saya suka baca ruangan ni sebab banyak info bermanafaat yang boleh kita dapat kat sini. Hari ni tips yang diberikan berkenaan 'Miliki Kediaman Ikut Bajet' oleh Mona Ahmad. Ok, meh saya list kan tip yang dibincangkan dalam isu ni:-

a) Selidik latar belakang pemaju
- Yang ni memangla sangat penting. mesti kita tanak tergolong dengan orang2 membeli rumah yang terbengkalai. Penat mananggung hurtang tapi rumah tak siap sampai sudah.

b) Meninjau kawasan perumahan yang sesuai
- Tak semua kawan kediaman sesuai dengan jiwa kita. ada orang suka tinggal di pinggir bandar, ada yang suka tinggal di tengah bandar. Dan ada juga yang suka tinggal di kampung. macam saya...suke sangat dengan suasana kampung.

c) Memilih kejiranan yang aman
- Yang ni memang saya sokong. Dalam Islam sendiri di anjurkan kita memilih jiran yang baik. Kalau kita orang melayu ni mestila la nak cari kawasan kejiranan yang ramai melayu dari bangsa lain. Bukannya bermaksud kita tak suka bangsa lain, tapi kalau sebangsa tu mudah berkomunikasi dan masing2 dah faham cara hidup orang Melayu. Tapi ada jugak kaum lain yang memang memahami cara hidup dan menghormati bangsa lain. Dan sya suka orang yang macam ni.

d) Berdekatan dengan tempat kerja
- Point ni memang sangat dititik beratkan. Yela, kalau boleh kite nak rumah yang paling dekat dengan tempat kerja. banyak kos yang boleh dijimatkan. Petrol boleh jimat, nak balik makan kat rumah pon boleh kalau da rumah dekat nih.

e) Pilih kawasan yang ada kemudahan asas macam surau, sekolah, taman asuhan kanak-kanak, masjid & pasar raya
_ Memang beruntung kalau dapat rumah di kawasan yang ada semua ni. Semua orang nak rumah yang dekat dengan segala kemudahan ni. Tapi yang pastinya harganya pon mestila tip top kan?

f) Pilih kawasan perumahan yang ada rangkaian laluan seperti lebuh raya dan pengangkutan awam
- Yang ini sangatla penting. Sebab kat Malaysia ni rangkaian laluan yang paling utama adalah jalan raya. Kalau rumah besar gedabak & come lote pon tapi takde jalan raya susah jugak. Sebab rapid boat or metro boat takde kat Malaysia inih ye tuan-tuan. So, harusla cari rumah yang ada jalan raya dan kereta motor boleh lalu. kalau zaman kesultanan melayu dulu semua orang buat rumah tepi sungai. tapi kalau sekarang buat rumah tepi sungai asek kene banjir je. negeri yang bukan berada di Pantai Timur pun dah kene banjir sekarang ni.

Thursday, February 17, 2011

Saya Di Alam Remaja

Hari ni saya nak bercerita tentang usia muda saya. wah...wah...mcm dialog orang yang dah berumur sangat kan? Masa remaja memang sangat mengujakan. Saya rasa semua orang sukakan waktu remaja. Tak payah nak susah2 fikir pasal nak bayar loan kereta, instalment rumah,yuran sekolah anka2, bil2 air & elektrik segala bagai.....waktu remaja kita cuma fikir pasal kerja sekolah, gosip tentang cikgu2 yg garang, soksek2 pasal awek2 yang menjadi pujaan pelajar lelaki (sudah semestinya soksek2 pasal dorang sbb dorang yg jd perhatian-DENGKI SEBENARNYE.hehe.....) Kalau yang lagi advance, pikir pasal pakwe/makwe@gewe@marka.....Tapi saya terkecuali tau.hikhikhik.....

Masa saya sekolah saya memang tak pernah kapel. Abah saya garang giler tau. Kalau dia tahu saya kapel ngan sape2 abeh satu kampung aku kene kejo ngan die kang. So, saya berkawan dengan semua orang tanpa terlibat dengan acara dating di belakang bangunan or tangga sekolah ( dulu2 tempat mcm tu memang femes kalu nk dating). Moment yang paling best & tak dapat dilupakan ialah masa di tingkatan 4 & tingkatan 5. Kawan2 sekelas saya memang otak giler2 dan happening. Cikgu2 kami memang pening dengan kerenah kami tapi kami jugalah yang menaikkan nama sekolah utk result SPM terbaik 1998. Dat's why cikgu2 close dengan kami. Cikgu yang paling meninggalkan kesan di hati saya adalah Cikgu Olias & Cikgu Hussein. Kenapa cikgu lelaki yek? Jangan salah sangka hokeyy........Cikgu Hussein tu Pengetua SEMAKMUR yang telah bawak banyak pembaharuan ke sekolah kami.Secara peribadinya saya ingin kabo kan kat sini yang saya bangga menjadi anak kampung yang bersekolah di kampung tetapi mempunyai guru yang berjiwa kental. Cikgu Hussein Awang sekarang ni dah jadi Pengarah Pendidikan Kelantan. Saya bangga pernah menjadi anak murid cikgu. Kalau korang nak tahu kami satu kelas pernah kene salotape mulut sebab bising dalam kelas. Pengetua sendiri yang 'make up' muke kami ngan salotape tuh ooo.....femes satu sekolah. Saya sendiri tak ingat peristiwa ni sampai la timbul isu ni di FB sesama 'geng bas sekolah'.

Inilah Cikgu Hussein.Pengarah Pendidikan kelantan sekarang ni

Cikgu Olias plak sape?emm....die la cikgu kelas kami dari tingkatan 4 hingga tingkatan 5. Siap mintak dengan pengetua untuk jg kami lagi ms tingkatan 5 sebab kami da ikat die dengan senyuman kami yg menawan.hahha......Die juga lah guru yang mengajar kami subject Geografi. pst...pst...saya dapat RM 50 dari dia sebab dapat gred 2 subject geografi masa SPM 98. Die jugalah yang selalu amek ms Pendidikan Jasmani kami untuk mengajar subject Geo. Kalau die soh kami gi buat aktiviti PJ pon bukannya kami turun padang. Sebab masing2 tanak tukar baju & kasut sekolah. Paling malas untuk masuk toilet tukar baju PJ. Bau asyem je sumer. Tu yang kami maleh. Bukan kami tak jaga kesihatan tau.Heheheh...

Nak tengok muke tulus mulus kami moh ler ....

Gambar kelas kami masa Tingkatan 4 (Anak didik kesayangan Cikgu Olias)

Geng Budak Nakal @ kepoh @ Auta @ Buat bising .....

Aktiviti ms cikgu takde...tido @ gosip @ kacau orang @ Merayap sana sini ....


Mereka ni da jd cikgu, pegawai kastam, pegawai imigresen, PTD, bomba....kecuali aku je yg jadi tukang taip@kerani



saya dulu timbalan komander KRS tau. Komander saya yg tudung kelepet tuh.kuat ooo suare die.

Sampai sekarang kami masih bercerita tentang perangai kami masa sekolah kalau kami jumpe. di SEMAKMUR inilah saya jumpa mempunyai kawan pompuan & lelaki yang kamceng & best giler. Sah sayang korang sumer...

Nanti saya sambung part II pule okeh..


Monday, February 14, 2011

AKTIVITI SIHAT HUJUNG MINGGU

Sebagai ibu yang bekerja saya memang sangat menantikan hari Sabtu & Ahad. Memang hari yang saya tunggu-tunggu. Hari yang mana saya dapat luangkan sepenuh masa saya bersama anak dan Mr Abe. Tapi kekadang Mr Abe kerja hari Sabtu. So, saya duduk rumah spend masa dengan puteri comel itu. Pagi-pagi memang agak liat nk ajak Najla mandi. So, saya umpan die dengan bubble. si kecik ni mmg suke beno ngan bubble. So, sy penuhkan basin ngan bubble. bukan bubble yg tiup tuh, air sabun sebenonye. Kt sini sy tak upload la gambo die dalam bilik air yer. Seksi...nanti malu lak ank dara saya tuh.

Minggu ni kami pegi jalan-jalan kat taman Tasik Titiwangsa. Sampai-sampai je orang ngah meriah ngan senamrobik. Ibu joget sorang2 sebelah Najla. Sikit2 jer. malu nk goyang ikut instructor tuh. Lagu dangdut, wakawaka sume ade wei. malu saya yang bertaraf mak cik ni nk ikut ( budah umur 12 tahun da panggil saya mak cik....adohaiii terasa diri ini tua sudah la weii)

Bersemangat kakak tudung putih ni bersenamrobik tau

Suka betol dengan semangat orang2 yang bangun pagi nih. Tak kisah la bangun buat apa pon, janji bangun awal pagi. Dulu masa kecik2 saya memang tak berani bangun lewat sebab takut kat abah. Oleh sebab mek saya tanam syur, pagi2 saya ngan adik2 kene bangun siram sayur. Mek cakap bangun pagi ni murah rezeki. Emmm....rindunya saat menyiram sayur di hening pagi tuh. Tapi takde gambo yang boleh saya upload kat sini sebab dulu2 takde kamera. kalu ade pon takdenye nk ambil gambo sesuke ati. Kamera dulu pakai filem. Rugi kalu amek gambo merapu2. So, kalu amek gambo harusla yang control ayu & pakai baju shanteks. Lain la sekarang ni. Kamera digital la, h/phone, laptop la. Nak amek gambo senang, nk delete pon senang. Kos tak tinggi sebab saya jarang cuci gambo. Heheheh.....sume gambo saya humban dalam folder laptop jek. Bile nk cuci pon saya tak tahu. Dah betimbun. Kalu saya cuci sume koleksi gambu tu mesti kosnya dah boleh beli anak lembu sekor.hahhaa......sungguh melampau anggaran ituh.

Bile saya gune pekataan 'mek' kat atas tu mesti da boleh agak saya ni orang mane kn? Ye betol !!! Saya la anak jati Tanah Serendah Sekebun Bunga @ Kelantan atau boleh gak kata negeri Serambi Mekah. Sungguh bangga ambo jadi anok Kelate....

Ok, kita balik pada kisah hari minggu saya ye....
Bila pergi taman, sebenarnya Mr Abe je yang berjogging. Saya cume tolak basikal Miss Najla tuh. tapi bepoloh la jugak. (Wah...Miss Najla, ibu terasa glemer mcm sebut Miss Nina plak)

Dah pandai pilih baju sendiri. Adeke nak pakai baju tidur selepas bangun tidur.?Layan jela nak oiii....malas nak dengar die melalak di pagi hari.

Balik dari Tasik Titiwangsa kami gi Alang Sendayu plak. Tanpa bawak kelengkapan yang sepatutnya. Tetibe je dalam kereta decide nak bawak Najla main air. Dah agak lama kami tak bawak die gi sane. Asek main air dalam basin je kan. Mesti dia boring jugak. So, kami anak beranak mandi manda kat air yang paras lutut. On the way balik rumah si kecil tu terus tertidur. penat sangat agaknya.

nanti kita datang bekelah sini lagi yek. Puas memujuk dia naik tau.Sampai terketar2 sejuk pon tanak naik gak

Wednesday, February 9, 2011

Bawa Bekal Ke Tempat Kerja

Sekarang ni bulan Februari 2011 kn? sejak Jan 2011 saya dah ubah skit budget perbelanjaan keluarga kami. alhamdulillah tahun ni kami sekeluarga berazam untuk bawak bekal ke tempat kerja. sebenarnye ini idea asal Mr Abe sy tuh. Bagus betol Menteri Kewangan kesayangan saya ni. sy sebagai timbalan menyokong ajele. sy ni bukannye pandai masak pon. Goreng ikan ngan sayur pandai la. Nasib baik Mr Abe tuh jenis yg tak cerewet. Asal boleh telan die on jek.hehehe....nasib la dpt isteri yg tak berape pandai masak nih. Sejak tu sy ni jadi pengunjung setia blog Mat Gebu & myresipi . Ade gak la beberapa resepi yg buat Mr Abe teruja. Tapi sy cari yg simple2 jek. Yang byk bahan or agak cerewat cara nya saya masuk folder KIV dlu.nyeh...nyeh...

kenapa agaknye saya bawak bekal? saya ni kedekut ke? cerewet bab2 makan ke? pandai sgt masak ke? oooo....tidak2.....sy bukan dalam kategori tu. tapi sejak kami baca buku Kemana Wang Anda banyak bende yg menyedarkan kami. Memang saya sarankan sape2 utk baca buku ni. Harganya pon tak mahal, RM 20.00 jek. Kalu korang sekeluarga gi makan di Mc D or KFC budgetnya mungkin lebih mahal dr harga buku ni.



Antara sub topik dalam buku ini ialah 'Tingginya Kos Untuk Makan'. topik ni mengupas kajian tentang perbelanjaan yang kita spend untuk makan2. Bile saya kira perbelanjaan saya balik, rupa2 nya sangat la banyak yang saya telah habiskan. Jom tengok berapa yang telah saya & Mr Abe habiskan sepanjang 3 tahun kami hidup bersama:

Breakfast - Teh Tarik / Rori canai / Ns Goreng = RM 3.00
Lunch - Nasi / Lauk / Sayur /Air Suam = RM 4.00
Total = RM RM 7.00
** Anggaran ni utk budget makan yg murah jer. mungkin lebih sebenarnya

RM 7.00 x 2 org ( Mr Abe & sy) = RM 14.00
RM 14.00 x 20 hari (sebulan ) = RM 280.00
RM 280.00 x 240 hari (setahun) = RM 2,803.00
RM 2,803.00 x 3 tahun = RM 8,409.00

***WINK...WINK...KALU TOP UP SKET LAGI DA BOLEH BUAT DOWNPAYMENT RUMAH KAN?

Tu br calculation utk 3 tahun. Kalaulah dari dulu lagi saya ada kesedaran tentang ni tentu da banyak yang dapat saya buat dengan jumlah tuh. kenape agaknya saye susah2 buat calculation bagai tu yek. sebenarnya saje je utk memotivasi kan kami sekeluarga. So, apa kata kite pakat2 bawak bekal ke pejabat. mule2 memang orang keliling kita akn kata mcm2. Tapi takpela, pilihan di tangan sendiri kn? maafkan depa kalu depa kata yg negatif. Kite ambil yg positif jek. Jom tengok menu simple yg saya masak utk bekal hari ini :-

1 ) Bekas pink utk princess Najla - Mee Sup
2) Yg tengah saya punya - Mee Sup jugak
3) Bekas hijau Mr Abe punye - Nasi putih & tom yam

* Roti sekeping dlm pinggan tu baki b/fast.

Tuesday, February 8, 2011

Ank ibu ....



Puteri sy sudah besar. dah 2 thn lebih. gelagatnye mmg menghiburkn ibu & abi. tiap hari ade je gelagatnye yg buat kami tersenyum.

Sekarang ni sy br ade kesedaran tentang early education. rupanya sejak dr ank dlm perut lg kite dah boleh rangsang utk mereka jd cerdik. dr umur sebulan ank dah boleh di ajar membaca. sungguh sy tertinggal dengan info ni. rupanye mmg betul kanak2 adalah saintis yg sangat bijak. di usia yg muda ini mereka menerima segala input & bila masa dia akn keluarkn sebagai output kitepon tak boleh jangka.
ini hasil output selepas sy mula perkenalkn flash card kpd puteri sy. hanya selepas beberapa sesi die dah boleh catchup beberapa words yg sy show pd die. Alhamdulillah....


video
sy hanya boleh ambil tanpa dia sedari...(sile abaikan aksesori kt dinding tu ye)