Saturday, April 2, 2011

Yang Tinggal Hanyalah Kenangan



Salam hari Sabtu . Hari yang cerah dan indah. Tapi ada hati yang mendung, berduka dan belum kering air mata. hidup ada pasang surutnya. Semalam kita bergembira dan hari ini ianya berubah menjadi duka. Esok pasti bahagia akan menyinar kembali kerana roda kehidupan ini akan berpusing dan terus berpusing.

Entry yang lepas saya bercerita tentang perjuangan hidup seorang anak kecil bernama Wafa. Belum sempat entry itu dipublish saya diberitakan tentang pemergiannya. Tetapi entry itu tetap saya publishkan atas permintaan umminya.

Anak kecil ini telah dipinjamkan oleh Allah kepada keluarga kami untuk 4 bulan sahaja. Sekurang-kurangnya untuk ummi dan abinya dapat merasai nikmat menjadi ibu dan ayah. Dapat merasai hangatnya pelukan seorang anak dan damainya saat degupan jantung si anak dan ibu/abinya bersatu. Kehadiranya yang sementara tetap membahagiakan dan menghiburkan ummi dan abinya. Seoga Allah memberi kekuatan dan ketabahan hati untuk mereka menerima dugaan ini. Hikmah di sebalik kedukaan ini takkan semua orang perolehi. Tiket ke syurga telah Allah janjikan untuk si ibu dan ayahnya. Kerana si anak pasti akan menuntut janji Allah itu kelak. Jadi senyumlah wahai kakak dan abangku. Anakmu telah menempah hadiah yang amat bermakna dan tiada galang gantinya.

Saya sendiri tidak dapat membayangkan seandainya Allah menguji saya dengan dugaan seberat ini. Mampukah saya untuk menerima dan mengawal emosi saya? Saya tidak tahu ...... Tetapi saya yakin percaturan Allah itu sangat hebat.

Semoga Allah akan menggantikan 'pemergiannya' dengan kehadiran pengganti yang lebih baik. Aminn....

Gambar-gambar di bawah untuk tatapan semua dan semoga ianya kekal dalam ingatan. Dan semoga kita sentiasa memperbaiki amalan kita kerana ajal & maut tidak mengenal usia.

Wafa bersama Tok Mek

Ciuman Tok Babah

Wafa merasa kemanisan kurma & kismis

Memori indah bersama Wafa takan luput dari ingatan ummi & abimu sayang

Ibu ini sungguh tabah. Semoga Allah merahmatimu wahai kakakku

Renungan ini memang mampu mencairkan hati



2 comments:

  1. BABY WAFA NI...SAMO UMUR NGE ANOK ORE ZULAIKHA...TERHARU...BOLEH MEMAHAMI ISI HATI BILA ALONG DA BERGELAR IBU...TERINGAT WAFA..TERASA NK PELUK ZULAIKHA...

    ReplyDelete
  2. BETUL TU ALONG. K.SAH KALAU TGK ANK TIDO TU MARI JGK PERASAAN KALAU LA SEMUA TU BERLAKU PD DIRI SENDIRI LAGU MANO LA NK TERUSKAN HIDUP

    ReplyDelete