Tuesday, March 29, 2011

Anugerah Ilahi

Allah itu Maha Besar. Tiada siapa yang dapat menghalang andai Dia menginginkan sesuatu. Tidak kira siapa pun pun kita, takkan pernah kita sunyi dengan ujian. Hanya yang membezakan samada ujian itu berat atau ringan, susah mahupun senang. Sebab kita ini adalah hamba yang suatu masa akan kembali kepadaNya dengan membawa bekalan amal masing-masing. Maka ujian itu diturunkan sebagai salah satu wadah untuk melihat sejauhmana ketaqwaan kita kepadaNya.

Saya mempunyai tiga orang kakak yang masing-masing mempunyai anak yang istimewa. Anak yang InsyaAllah dijamin untuk menjadi ahli syurga Allah. Salah seorang dari mereka telahpun 'dijemput' Allah untuk bersamanya tahun lepas. Alhamdulillah, anak comel itu selamat dari godaan duniawi. Dia hanya dapat melihat dunia untuk 2 minggu sahaja. Tapi bukan kisahnya yang ingin saya kongsikan kali ini. Insya Allah akan saya kongsikan di lain masa.

Kali ini saya ingin kongsikan cerita seorang anak kecil yang sedang berjuang untuk terus hidup. Anak ini dianugerahkan oleh Allah setelah hampir 6 tahun abi dan umminya menanti kehadiran cahaya mata sulung mereka. Umurnya baru mencecah 4 bulan. Belum mengerti apa-apa. Derita mengidap Edward Syndrome sejak dari dalam kandungan tetapi hanya dapat di kesan sesudah dilahirkan. Anak ini hanya seberat 2 kg semasa dilahirkan. Di awal kelahiran masanya banyak di habiskan di hospital Batu Pahat. Alhamdulillah, setelah hampir 2 bulan berada di hospital, anak ini dibenarkan pulang untuk bersama ummi dan abinya.


Anak ini diberi nama Che Wan Wafa Binti Che Wan Syuhairidhuan yang bermaksud 'kesetiaan'. Tuannya sungguh comel. Anak matanya berwarna coklat seperti abinya. Hidungnya mancung sama macam umminya. Keningnya lebat, mulutnya kecik macam ikan sepat kata ibu susuannye. Cukup sifat dan sempurna fizikalnya. Saya tidak tahu bagaimana untuk mendefinisikan penyakit ini. Malah ia pertama kali saya dengari. Saya sertakan sedikit maklumat tentang penyakit ini yang saya dapat dari carian di internet.

Edward's syndrome is an inborn chromosomal abnormality that causes a characteristic pattern of anatomical defects in a newborn child and has major implications for that baby's health and survival. Chromosomes are the packages of genetic material that combine when a human egg (ovum) is fertilised by sperm.

All the cells in our bodies should contain 46 such packages of genes, 23 from each parent.

Occasionally a mistake is made in the preparation of an egg, or in the early division of cells in the embryo, so that the chromosomes are dealt-out in the wrong way and the wrong number of chromosomes appear in the embryo's tissues.

This abnormality is then copied over and over again as cells divide and the embryo develops.

It is an error in the blueprint for growth and development and, depending on the chromosome involved, can cause major problems.

In Edward's syndrome there is an extra chromosome 18 (trisomy 18).

Masa majlis kenduri adik saya yang lepas, adik Wafa pertama kali balik ke kampung. Dapatlah sanak-saudara jauh dan dekat melihat adik Wafa dengan dekat. Semua cakap adik Wafa sangat comel. Waktu ni, adik sihat dan nampak agak aktif.

Walau apa pun penyakitnya, walau kami tidak tahu selama mana dia mapu bertahan, kasih kami tetap utuh untuknya. Apatah lagi ummi dan abinya yang telah lama menantikan kehadirannya. Semoga Allah memberi dia dan kami kekuatan. Saat ini beratnya hanya 1.4 kg. Balik dari kampung, adik Wafa mula demam dan batuk-batuk. Selama hampir 3 hari dia tidak mahu minum susu ibunya yang membuatkan badannya kehilangan air yang banyak. Kini dia diberi bantuan pernafasan dengan bekalan oksigen dan memasukkan air ke badannya. Semoga adik Wafa cepat sembuh. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hamba yang diciptakanNya.




***** Saya menulis entry ini 2 hari yang lalu. tetapi saat entry ini dipublish, adik wafa telah menjadi ahli syurga pada 30/3/2011 jam 12.15 am. ****

Video di bawah di rakam semasa majlis kenduri adik saya baru-baru ni.

Friday, March 25, 2011

Potty Training


Wah...wah...wah...perasan sungguh saya ye. Letak gambo anak mat salleh sebagai model. Motif apakah? Saya tak letak gambo Princess Najla sebab kalau saya letak gambo die mesti sangatla seksi kan? So, saya pinjam gambo dr Mr Google la yek.

Weekend lepas saya start potty training untuk Najla secara official (dirumah sahaja). Misi diteruskan hingga hari ini walaupun pada waktu malam. Tapi kat rat rumah pengasuh, saya bagi dia can sampai ujung bulan ni. Pengasuh dia pon dah bersetuju untuk bekerjasama. Tq Kak Aya, we luv u muahhh. Sebenarnya saya nak biasakan dia untuk bagitahu dahulu sebelum dia poo-poo or shi-shi. Jadi bila bulan depan dia dah start kat rumah pengasuhnya takdelah asek 'terbabas' jek.

Hari pertama (sabtu) misi bermula, saya memang banyak kali kene bersihkan rumah. Saya rasa dari pagi sampai petang adela lebih kurang 5 kali kot. Memang sangat menguji kesabaran tetapi sangat menyeronokkan. Hari ke 2 tempohnya terpaksa dipendekkan kerana ada tetamu yang dijemput untuk makan tengah hari di rumah. Oleh kerana saya sibuk di dapur dan takut tergopoh-gopoh nak bersihkan rumah kalau dia terbabas. Jadi misi hanya dapat dilaksanakan sampai pukul 1.00 petang sebelum guest sampai. Ada perkembangan positif bila dia hanya terbabas 1 kali sahaja dari pagi sampai tengah hari.

Ok, kat sini saya cuba senaraikan beberapa kaedah yang saya gunakan dalam misi ini

1. Kerap bertanya
- Peringkat awal saya akan bertanya dan membawanya ke tandas setiap selang 15-20 minit. Walaupun dia kata tak nak, saya tetap bawa juga sebab manelah tahu kan? Dan memang betul pon. Walaupun dia kata tak nak tapi bila kita bawak ke tandas tu boleh plak keluar. Saje je dieorang malas nak pegi. Jadi kene la pandai memujuk ye.

2. Beritahu anak bahawa dia dah besar dan dalam proses potty training
- Saya mungkin dah agak lewat memulakan misi ini. Anak buah saya yang sama umur dengan
Najla dah diaper free sebelum umurnya 2 tahun lagi. Tapi walau apapun, takpelah. janji dia dah melalui fasa ni sebelum umurnya melepasi 3 tahun. Kesiapan setiap kanak-kanak itu berbeza. Jadi jangan terlalu memaksa. Umur yang paling sesuai untuk memulakan misi ini adalah bila anak kita dah mencecah umur 2 tahun. Sebab time dia dah boleh faham apa yang kita katakan dan diapun dan boleh beritahu kita apa yang diinginkan.

Hari pertama saya bagitahu dia begini " Najla dah besar tau, kene shi-shi & poo-poo di toilet.
Cuba rasa ni, takde 'pesh' (diaper) tau- sambil letak tangan dia kat 'situ'. " Saya ulang ayat tu
setiap kali nak pakaikan seluar selepas dia keluar tandas. Hari ke 2, lepas dah mandikan dan
pakaikan seluarnya dia plak kata " ibu, ni...takde 'pesh' tau" saya terkejut betul. Kanak-kanak
memang amazing. (tapi terbabas jugak.heheh....) Apa yang nak saya katakan, apa yang kita beritahu mereka melekat dalam minda dieorang. so, bercakaplah dengaan anak. Mereka akan mengingatinya. Apatah lagi perkara yang kita sentiasa ulang.

3. Pujian
- Yang ini sangat penting bagi saya. Cakap la dia seorang yang pandai dan bijak. Peluk dan cium la mereka sebagai ganjaran. Mereka akan seronok. Siap melompat-lompat lagi. najla memang suke melompat.

4. Sabar
- Oh, ini sangat la penting. Tak kiralah berapa kali mereka terbabaspun jangan kita mudah mengalah nak capai diapers untuk dipakaikan. Mereka kan tengah belajar. Jangan kita terlalu memaksa atau cepat menghukum. Lakukannya dengan seronok dan sebagi masa berharga antara kita dan si comel.

5. Kesucian & Kebersihan
- Rumah kita sepatutnya suci di segenap sudut. Kecuali tandas la ye.heheh....saya perasan ramai yang mengambil berat tentang kebersihan tapi kurang jelas tentang kesucian. Bersih tak semestinya suci ye. Contohnya, kalau anak terkencing di ruang tamu kita mengambil kain untuk mengelap air kencing tersebut. kemudian kawasan tersebut di mop sekali sahaja. Secara fizikalnya kita nampak tempat itu telah bersih, tapi adakah telah suci? Cara begini adalah kurang tepat. Saya telah merujuk kepada beberapa ustaz berkenaan cara penyucian ini. Kaedah yang paling baik adalah dengan membuang air kencing tersebut dahulu. Kemudian ambil kain yang bersih, dibasahkan dan lap kan di sekitar kawasan yang tercemar. Bilas kain tersebut hingga diyakini hilang air kencing yang terdapat pada kain itu dan ulangi mengelap di kawasan yang tercemar. Ulangi kaedah yang sama sehingga kita yakin air kencing tersebut telah hilang sepenuhnya sekurang-kurangnya 3 kali.

Untuk Najla, semoga berjaya ye sayang. CD Najla dah habih butang da ibu bukak tau. Muat pun ala-ala je.


Thursday, March 24, 2011

Cerita Kenduri



Selamat pagi. Pagi ni di Gombak hujan renyai-renyai. Memang rasa bermalas-malasan nak keluar kerja. Tengok tilam ngan selimut macam melambai-lambai jer. Adohai ....

Lambat betul saya nak update cerita kenduri ni yek. Hehe.....broadband kat rumah tu asyik buat hal je. Bila gi tanya di kiosk celcom dia kata kesan radiasi di Jepun. Tak tahulah ye ke tak. Ok meh kita tengok gambar2 sekitar majlis perkahwinan my brother, Abg Joe :-

Segoknya adik k.sah ni. Dia memang rapat dengan mek & abah sejak dari kecil. Sekitar majlis ni memang dia agak mudah mengalirkan air mata. Semoga adik k.sah tetap menjadi anak yang baik walaupun telah ada keluarga sendiri.

Sempat lagi dieorang ni posing dalam masjid ye. Seb baik tak kene marah dengan imam. Panggilan anak buah untuk wife Abg Joe ni Mak Muda. Memang kenalah dengan tuannya yang kecik molek ni. Biasa orang yang kecik molek ni awet muda.

Abang ipar saya mengimamkan bacaan doa untuk kesejahteraan kedua mempelai. Semoga berbahagia selalu dan kuatkan kesabaran dalam menempuh alam rumah tangga. Bila dah hidup bersama ni takdela macam time becinta cintun dulu. Time bercinta segalanya indah je. So, bila dah hidup bersama ni belajar-belajarlah bertolak ansur dan menerima kelemahan masing2 k.

Ha, yang kat belakang tu tak tahula bila nak ada pasangannya. Adik dah langkah bendul sebab tunggu kakak lambat sangat. Kami sekeluarga harap satu-satunya adik perempuan saya ni akan bertemu jodoh jugak tak lama lagi. Saya siap pesan kat bro in law yang nak gi umrah hujung bulan ni supaya doakan untuk Cik Mek Dah ni. Hehehe...

Yang bertudung labuh soft purpple tu adalah ibu mertua saya. Sejak dari hari pertama saya bergelar isteri saya dah tanamkan dalam diri bahawa dia juga adalah ibu saya. Semoga Allah memberi kekuatan kepada saya untuk menyeimbangkan kasih saya untuk kedua ibu saya. Alhamdulillah saya mempunyai dua ibu yang sangat baik dan penyayang.

Hanya 7 beradik je ada dalam gambar ni. Yang lain entah ke mana. nak bergambo ngan our parent pon tak sempat. Deme dok bizi melayan tetamu. Apa pon, majlis ni memang meriah dan kami seronok berkumpul bersama. Alhamdulillah .....

Tuesday, March 22, 2011

Roti Tempayan

Bila balik kampung memang saya boleh makan sepuas-puasnya. Hehehe...menambah kilos la kojenye. Bak kata adik perempuan saya " kalau balik kampung mesti dok dapur je" . Borak-borak pun kat dapur. kalau dah dok dapur tu confirm2 la sebat ape je yang ade depan mata kan?

Resepi simple yang menarik & mendapat sambutan masa balik kampung haritu ialah roti tempayan. Pembuatnya ialah kakak saya. 2 kilo sekali uli boss. Mau tak lenguh tangan. Roti ni sedap makan dengan kari, tapi kalu nak makan dengan kuah dal pun takde hal. Buatnya senang dan tak banyak kalori macam roti canai. So, buleh dipertimbangkan untuk makan banyak. Apakah???

Saya rasa roti ni sama je macam roti nan yang kita makan kat kedai mamak tu. Cume oleh kerana takde tempayan, so kami bakar atas kuali. Roti ni lembut je. Kalau biar lama pun dia tak jadi keras. Tapi lagi best makan time panas-panas.

Ok, mari kita tengok resepi mudah ni :-

Untuk Doh

1. 1/2 kg tepung gandum
2. 1/2 mauripan (yang paket RM 1.00 tu) - larutkan dalam air
3. 1/2 sudu kecil garam (larutkan dengan air)
4. 2 sudu besar Marjerin
5. 1 sudu besar gula
6. Air secukupnya

Campurkan tepung dengan marjerin & gula dan gaul hingga sebati. kemudian masukkan air garam & mauripan yang telah dilarutkan. Tambah air sehingga adunan menjadi sebati. Uli sampai lembut dan hempas-hempaskan ke lantai upss maksud saya ke dalam bekas (kalau saya, saya suka gula talam yang besar). Lagi best buat sambil bersila. Kalau nak hempas-hempas atas meja takut tertanggal abeh kaki meja ye kalians. Time korang nk hempas tu korang lepaskan la geram korang kt sape2 yang korang anti. Confirm hilang marah korang.Hehehe...then simpan dulu adunan tu sampai dia naik satu kali ganda. Tutup dengan tuala lembap. Lebih kurang 45 minit adunan tu dah boleh di canai. Bentukkan bulat2 ikut saiz yang dikehendaki dan canaikan. Bakar di atas api sederhana. Masa membakar tak perlukan minyak ye.

Kari Ayam

1. 1/2 ekor ayam di potong kecil
2. 2 sudu besar rempah kari
3. 1 inci halia
4. 5 ulas bawang merah
5. 3 ulas bawang putih
6. Air asam jawa
7. Santan
8. Garam & gula

Bahan tumis
1. 1 batang kulit kayu manis
2. Halia, bawang merah & putih - dihilis halus
3. 4 tangkai bunga cengkih
4. 2 kuntum bunga lawang
5. Minyak untuk menumis


Panaskan minyak dan masukkan semua bahan untuk menumis. Kemudian masukkan rempah kari yang telah ditumbuk dengan bawang putih, bawang merah dan halia. Apabila dah bangkit baunya, masukkan sedikit santan, air asam jawa dan ayam. Tutup periuk dan biarkan hingga isi ayam sebati dengan bahan yang ditumis. Agak-agak isi ayam dan separuh masak bolehlah dimasuk baki santan. Perasakan dengan garam dan gula dan biarkan hingga masak.

Gambar yang memang tak menarik. Tapi makan memang best

Okeh dekat sikit

Nota Saya:-
Saya memang bukan seorang yang pandai masak. So, entry masak-masak ni pepandaila adjust ye kalau rasa tak kena gaya seorang chef. Hehe....

Saturday, March 19, 2011

Surat Itu Di Balas

Abah yang sedang khusyuk membalas surat

Ingat lagi tentang cerita 'surat' haritu? Orang yang paling seronok terima surat tu mestilah mek dan abah saya. Hampir semua saudara mara yang datang abah tunjukkan surat yang adik saya kirim tu. Gembira sungguh dapat tengok gambar terbaru adik saya. Sebetulnya saya terharu tengok reaksi mereka. Kerinduan mereka tergambar dengan titis air mata yang mengalir. Sampaikan saya sendiri tak dapat menahan sebak. Yang paling jelas mek dan pengantin tu la. Si pengantin tu tak dapat nak habiskan baca surat adiknya. Sampai separuh je dia dah tanak baca. Air mata dia dah tak dapat nak sembunyi lagi. Mestilah dia sebak sebab time kami semua berkumpul ni si bongsu tu sorang je yang takde. Biasanya dialah yang selalu ada kat rumah. Lagipun mereka dua orang tu selalu bergaduh time kecik-kecik dulu. Sejak 4/5 tahun ni je mereka mula rapat. Si abangnya pernah berdarah hidung sebab bertumbuk dengan si bongsu tu. Lepas mereka bertumbuk tula mereka baik sampai sekarang. Ada hikmahnya jugak ye bile bergaduh ni. Saya harap ikatan kasih sayang ini berkekalan sampai bila-bila. Semoga keakraban ini terus kekal hingga akhir hayat kami.

Bila saya tengok semua orang seronok baca surat dia, so saya pun suruh semua orang tulis surat kat chik. Setiap orang tulis 3/4 baris dah cukup. Abang long saya letakkan syarat isi surat mesti tak mengganggu emosi dia. Betul jugak tu. Kalau la dok tulis yang sentimental tentu la dia dok teringat kat kami kan?So, tulis yang happy2 & bagi kata-kata semangat kat dia. Yang paling saya bangga dan terharu, mek saya yang tak pandai menulis tu pun cuba menulis untuk anak kesayangannya. Mek saya kenal abjad, so kami bagitahu huruf apa yang nak kena tulis supaya jadi ayat. korang tengok la. Sweet kan?

Yang atas tulisan abah & yang bawah tulisan mek. huruf 's' mek terbalik. hehehehe.....


Macam-macam tulisan ada

Yang atas tengah tulis surat. Yang kat bawah tengah baca surat. Suka tengok situasi ni

Buat adik k.sah-chik, kami sentiasa doakan kejayaan adik. Kuatkan semangat untuk tamatkan latihan. Hargai kasih sayang kakak2 & abang2 kamu. Semoga sentiasa di bawah lembayung rahmat Allah. We miss you.....

Thursday, March 17, 2011

Preparation For Kenduri

Kali ni saya balik dengan anak & adik saya dahulu. Mr abe menyusul dengan bus malam 11/3/2011. Huhuhu...macam sedih pulak sebab pertama kali balik kampung tanpa Mr Abe. Si kecik Najla tu pulak mula start demam & batuk2. So, kami gi klinik dulu sebelum balik kampung. Bertolak dalam jam 7.45am dan kami sampai di Manek Urai sekitar jam 2.00pm. Alhamdulillah...

dalam perjalanan


Najla yang demam

Malamnya saya tak ikut majlis akad nikah sebab Najla demam. Takut demam dia melarat pulak. So, saya stay kt rumah dengan kakak saya dan siapkan apa yang patut untuk kenduri belah perempuan esok hari.

Esoknya hujan dah start dari pagi. Kami bertolak dari Manek Urai ke Terengganu jam 10.00am. Sampai sana sebelum zuhur dan kami lepak2 sambil makan bekalan yang kami bawak. Nasib baik kami prepare siap-siap bekalan. So, takdela kelaparan sementara menunggu acara start. Lepas semua siap solat zuhur kami mula berarak ke rumah pengantin perempuan. Sebaik je sampai rumah pengantin perempuna hujan turun sangat la lebat. Fuhhh...dah la anak demam. Kene hujan la plak.

Suke tengok adik saya segak dengan pakaian pengantinnya. Semoga hubungan suci ini berkekalan ye. Pesan saya untuk mereka, semoga jadi suami yang baik & isteri yang solehah. Sama cantik, sama padan.

Sebelum asar kami bertolak balik. Banyak lagi kerja yang nak kene settle. Saya rasa kenduri kali ni agak meriah. Tapi adik bongsu kami takde sama. So, agak terasa kekurangan. Pengubat rindu kami adalah surat yang saya ceritakan dalam entry yang lepas. Ada kisah menarik jugak tentang surat ni. Nanti saya ceritakan dalam next entry k.

Lepas solat isyak malam tu kami buat solat hajat dan bacaan selawat. Kami raikan anak buah saya Che Wan Wafa Bt Che Wan Shuhairidhuan yang mengidap penyakit Edward Syndrome. Umurnya dah 3 bulan tapi fizikalnya macam baby yang baru berumur beberapa hari. Beratnya baru mencecah 1.8 kg. Sangat kecik kan? Tapi dia sangat cumel. Hidung mancung, kening lebat, mata cokelat. semoga Baby Wafa cepat sembuh ya.



Saya rasa best giler sebab dapat berkumpul ramai-ramai dengan ahli keluarga. Time ni la dapat jumpa kaum kerabat yang dah bertahun tak jumpa. tapi dalam seronok-seronok tu saya terkilan jugak sebab tak dapat layan my mum in law sebaik mungkin. Kami tak sempat berborak lama sebab saya sangat la 'kebizian'. Ke hulu kehilir ntah ape yang saya buat. Kejap orang tu panggil, kejap kene cari barang la. Maaf banyak-banyak ye mok. Nanti kami balik Tumpat plak ye.

Meh kita layam beberapa gambo persediaan kenduri kenduri :-

Pasang khemah

Kenduri tak meriah tanpa kanak-kanak


Mereka juga menyumbang tenaga bila diperlukan

Kami buat kek cokelat untuk door gift.

Earthquake & Botol Susu

Saya di kampung sungguh sibuk. Tak sempat nak baca paper atau nak tengok TV. Lagipun TV asyik bukak chanel kartun jek. Anak buah yang ramai yang membuatkan kami yang dewasa takde chance nak tengok rancangan kami. Terpaksa akur pada suara majoriti. Hehehe...tapi time saya hangin dieorang buat tatau pasal solat saya amek remote & off TV. Padan muke korang. Sorang-sorang buat mulut muncung sambil membebel beredar dari depan TV. Ngeh..ngeh...ngeh...kugunakan kuasa autokratik ku untuk memberi arahan supaya mereka 'BERSURAIIII.....'



Lepas habis kenduri adinda saya tu barula saya sedar yang rupa-rupanya orang lain di negara matahari terbit tu dok tengah menangis. Mereka diduga dengan dugaan yang maha hebat. Masya Allah....terkejut sungguh saya. Tak tahulah kenapa saya rasa dekat je dengan bencana ni. Mungkin sebab Negara Jepun di dalam Asia. Ataupon mungkin sebab saya suke tengok cerita jepun. Relevan kah?? Apa-apa pun saya tumpang simpati pada mereka. Kalau Allah nak tunjukkan kuasa nya, tiada siapa yang boleh menghalang. Dia hanya hantarkan air sahaja dah boleh meragut puluhan ribu nyawa. Sesungguhnya Allah itu maha besar, Maha Bekuasa Sekarang ni bencana alam sangat banyak berlaku. Sebelum ni tanah runtuh di Indonesia, kemudian di Haiti dan sekarang ini di Jepun. . Moga bencana ini akan membuka mata kita semua yang dunia kini telah berada di akhir zaman. Dah menghampiri kemusnahan. Allah ingin memberi peringatan agar kita semua memperbaiki segala kesilapan diri sebelum terlambat. Ya Allah, peliharalah diriku, keluargaku & seluruh ummat islam dari segala perkara yang ditegah olehMu. Semoga kami semua kembali kepada agamaMu yang haq.

Saya terfikirkan keadaan orang-orang tua yang berlari menyelamatkan diri. Saya terbayangkan tangis anak-anak kecil yang mencari ibu dan ayah yang entah kemana. Saya tak dapat nak gambarkan perasaan takut menghadapi saat kematian di hadapan mata. Sungguh hati saya sayu, sedih & hiba. Semoga Allah memberi kita hidayah agar kita tidak leka dengan nikmat yang sementara ini.

Kelmarin Mr Abe tanya saya pasal botol susu. Saya pulak melopong tak tahu apa. Tula, orang beli surat khabar saya tanak baca. Hehehe...Tapi saya tahu pasal ancaman BPA ni dah lama. Cuma mungkin isu ni di timbulkan balik sebab dulu tiada tindakan oleh Kementerian Kesihatan. Bila ditimbulkan balik barulah kerajaan dah nak start pengharaman botol susu yang mempunyai BPA. Saya tahu yang botol bebas BPA agak mahal dari botol biasa. Tapi untuk kesihatan anak-anak baik la kita tukar serta merta kan. Semalam saya dah belikan botol susu yang baru untuk Najla. Saya terus mintak pengasuhnya buangkan botol-botol lama tu. So, kalau ada yang belum tukar tu jomla kita buat operasi tukar botol susu anak ye.


Thursday, March 10, 2011

Surat Yang Ditunggu

Minggu lepas saya tulis surat untuk seseorang. Dah lama giler saya tak tulis surat. Asyik buat surat rasmi je. Bila tulis surat personal ni rasa macam skema plak. Saya rasa last saya tulis surat 5 tahun lalu kot. Sekarang ni kan komunikasi semua dah canggih. Boleh guna telefon, email, video call, macam-macam lagi la. Tapi saya kembali pada cara tradisional. Nasib baik pakai pos je. kalau hantar pakai burung tatau la bila surat saya akan sampai.

Dan hari ni saya dah dapat balasan surat yang saya tunggu-tunggu tu. Sungguh excited tunggu surat rupanya yek. Agaknya macam ni la perasaan orang dulu-dulu yang bercinta guna surat. Hampir tiap hari saya tanya budak ofis ni ada surat untuk saya atau tak.Seronok sungguh bila baca surat sampai menitis air mata. Rindu woo.....dia cakap rindu kat kek cokelat saya. Rindukan lepat labu la, jemput-jemput nangka la. Aduhai sayang, kalau la saya boleh kirim semua tu...

Kalau sampai syahdu syahdan tu mestilah orang tu orang yang saya rindui kan? Memang saya rindu sangat kat dia. Dia la adik kesayangan saya. Adik bongsu saya PJM Mohd Tarmizi Bin Hashim @ chik (panggilan kt rumah) . Kat depan wajib letak PJM tau sebab dia dah jadi perajurit muda TUDM. Hampir 3 bulan dia pergi training di TUDM Gopeng baru hari ni dapat berita pasal dia. Sebelum ni ada la 2 kali dia curi2 hantar sms kat saya. Tu pon pinjam handset kawan dia. Sepanjang training ni dia hanya boleh berhubung melalui surat sahaja. Ha, siap kene tapis dulu tu. Ketat sungguh kawalan. Takpelah janji adik saya sihat. Dulu dia memang nakal dan belajar agak kureng. Tapi dia bukan jenis yang asyik buang duit mek & abah saya je. Dia secara paksa rela kene tolong parent saya jaga lembu dan menoreh masa kat kampung. Lepas tu dia dapat kerja di Produa Rawang. Bila dah kerja kat sini wajibla dia datang rumah saya selalu. So, bila dia takde macam agak sunyi la.

Mek saya pun sangat rindukan dia. Sampai termimpi-mimpi dia balik kampung. Yang paling buat saya terharu sebab second sms dia pada saya dia mintak gambar mek dan abah. Maksudnya dia pun sentia ingat kat mereka. So, esok boleh la saya bawak surat dia ni balik kampung. Confirm mek saya akan cium & peluk surat dia nih.

Dulu saya sangat risaukan dia. Takut dia jadi mat rempit ke, kutu rayau ke. So, bila dia dapat TUDM ni saya sungguh seronok. Harap dia dapat jadi perajurit yang berjasa pada negara dan dapat membanggakan mek & abah saya. Bagi orang lain mungkin apalah sangat dengan pencapaian adik saya ni. Tapi bagi saya & keluarga, dia adalah wira kami. So, sekarang ni akan ada tentera udara dan komando dalam keluarga kami. Abang ke 2 saya komando. Dah nak pencen pon. Dia sempat kirimkan gambonya. Dah botak....Tak sempat scan, so saya snap guna h/phone


kami rindu kamu

Nisa Bawak bekal Sebab Nak Beli Rumah

Kekadang saya tersenyum sorang-sorang bila saya ingat balik statement ni. Biasanya ayat ni keluar dari mulut rakan-rakan sepejabat saya bila lunch hour. Saya amin kan aje. Kata-kata tu kan doa. Mane tahu time dieorang cakap tu waktu mustajab. Untung-untung Allah kabulkan. Hehehehe.......i like it. Cakaplah tiap-tiap hari ye. Kalau nak tahu ada kisahnya kenapa statement ni keluar. Meh saya ceritakan.....

Al kisah....al kisah maka tersebut lah kisah... sang kancil datang beramai-ramai mengadap ke bawah dulu yang maha mulia sultan firaun.....Sila baca macam Ajis bujang lapok hokeh. Hehehhe...Sebenonya statement tu memang keluar dari mulut saya sendiri. Satu hari tu saya melawak ngan diaorang. Saya cakap "...k.sah bawak bekal sekarang ni. Nak beli rumah la katakan......" sebenarnya niat saya nak melawak je. Sekali statement tu melekat la plak. Huhuhu.....korang agak kalau saya nak tunggu kumpul duit lunch saya untuk beli rumah berapa tahun baru cukup ye? 10 tahun boleh? hahahaha......agaknya 30 tahun baru cukup kan? Lawak sungguh statement saya tu.

Tapi saya tak kisah. Walaupun saya tahu ia mustahil tapi saya yakin ia mampu untuk saya berjimat. Sebab saya tahu saya bukan bergaji mahal. Saya tahu saya ada ibu & ayah yang wajib saya berbakti pada mereka. Saya juga tahu saya ada anak yang perlu saya menyimpan untuk masa depan mereka. Lagipun dengan membawa bekal saya tahu apa yang suami dan anak saya makan. Saya dapat mengenyangkan mereka dengan air tangan saya. Kerana itu saya tidak lupa untuk membaca zikir sambil mencuci beras. Mulut saya akan sentiasa melafazkan Ya Latif supaya hati anak akan sentiasa melekat pada saya. Walaupun saya tak pandai sangat masak, tapi saya yakin dengan kebersihannya, tiada pewarna atau perasa tiruan. Saya masak dengan apa yang saya yakin halal dan berkhasiat. Alhamdulillah, setakat ini suami tak pernah merungut. Malah dia yang memberi idea untuk bawa bekal ni. Terima kasih Mr Abe.

Wednesday, March 9, 2011

Ulang Tahun Perkahwinan ke 3



Alhamdulillah sudah masuk tahun ke 3 kami hidup bersama. Berkongsi suka dan duka. Bersilang tangis dan tawa. Semua itu rencah hidup yang menjadikan warna kehidupan kami berwarna warni. Saya bersyukur dengan hubungan suci ini. Sungguh saya bahagia dengan adanya Mr Abe di samping saya dan dengan kehadiran si comel Ainun Najla. Syukur padamu ya Allah atas segala anugerah ini. Semoga kebahagiaan ini akan berterusan hingga akhir hayat kami.

Memang kami tidak hidup mewah. Memang kami tak punya kereta besar. Kami tak punya rumah sendiri lagipun. Tapi kami bahagia dengan hari-hari yang kami lalui. Kami dilimpahi dengan kemewahan kasih sayang. Setiap hari akan kedengaran tawa riang dan manja. Pelukan dan ciuman tanda kasih dalam ikatan kami tidak pernah kami lupakan setiap hari. Si comel Najla akan mencium tangan dan memeluk kami kalau dia datang dengan rasa bersalah. Tiap masa luang yang ada kami manafaatkan dengan aktiviti bersama. Semoga Allah mengekalkan kebahagiaan ini. Dan semoga Allah merahmati kehidupan kami. Yang penting kami bersama atas restu ayah dan ibu kami. Dan kami bahagia dengan keluarga besar kami. Alhamdulillah...

Buat Mr Abe, terima kasih kerana menjadi seorang suami yang penyayang dan bertanggungjawab. Seringkali abang mohon maaf kerana tak dapat beri kemewahan pada saya. Tapi hati ini tidak pernah ralat kerana memilihmu sebagai seorang suami adalah tepat. Di hati ini hanya dirimu yang bertakhta. Terima kasih kerana menyayangi diri ini sepenuh hati dan sentiasa membahagiakanku. Setiap manusia akan punya kelemahan, maka ku jadikan kelebihan ku untuk menutup kelemahan mu. Dan kelemahanku akan ditutup dengan kelebihan mu.


Perkahwinan ini adalah hubungan suci yang saling melengkapi. Perkahwinan ini menjadikan pahala ibadah kita digandakan. Hubungan ini menjadikan tiap air tanganku adalah pahala dan tiap titis keringat kerana mencari rezeki yang halal adalah pahala. Perkahwinan juga menjadi medan untuk kita menyemai kasih sayang tanpa dibatasi dan dijauhi dari dosa zina. Tiap benih yang lahir dari hubungan suci ini menjadi kifarah pada dosa kita yang lalu. Kerana berjaga malam kerana anak sakit juga mendapat pahala, mendidik anak yang belum tahu apa-apa juga diganjari pahala. Alhamdulillah atas kurniaan Allah ini.

Kami dinikahkan oleh Abah saya

Monday, March 7, 2011

Esok?Lusa?Minggu Depan?Tahun Depan?


Hidup ini tak selalunya indah. Kekadang kita di atas & kekadang kita di bawah. Tak semestinya apa yang kita ada hari ini akan masih menjadi milik kita di hari esok. Sebab apa yang kita miliki adalah datangnya dari Allah dan Dia boleh mengambilnya dari kita bila-bila masa pun. Ibarat kata kita pinjam satu buku tulis dari seorang kawan. Buku tu kita selalu guna untuk menulis. Kita tulis apa sahaja & buku tu kita dah guna macam buku kita sendiri. Satu hari tuan punya buku tu nak balik barang yang dia pinjamkan pada kita. Dia berhak ambil balik walaupun secara baik atau kasar. Dia berhak untuk beritahu dahulu yang dia mahukan buku itu dan dia juga berhak untuk mengambilnya secara tiba-tiba. Hakikatnya kita tahu yang buku itu memang kita pinjam. Walaupun kita sayang buku tu sepenuh hati. Kita tetap tak boleh nak menghalang tuan punya dari ambil balik kan?

Jadi kita perlu sentiasa bersedia. Suatu hari orang yang kita sayang akan meninggalkan kita ataupun sebaliknya. Suatu hari handphone yang kita sayang akan rosak, lap top yang menjadi nadi kita mungkin jatuh. Semua tu 'pinjaman' yang Allah berikan pada kita kan? Jadi janganlah kita terlalu meratap jika apa yang kita miliki hari ini suatu hari di tarik balik. Pasrahlah pada ketentuan Allah.

Intro entri macam nak cerita pasal benda sedihkan? tapi sebenarnya saya nak bercakap tentang pentingnya kita membuat persediaan dalam kewangan. Tapi duit/harta yang kita ada juga milik Allah kan? Tiada siapa yang boleh mengagak apa yang akan berlaku di hari esok. Sama macam kewangan kita. Mungkin hari ini kita masih boleh mewah berbelanja. Boleh pakai baju berjenama, makan kat restoran yang high class, boleh beli apa sahaja kehendak anak-anak. Tapi macam mana kalau tetiba company tempat kita kerja tiba-tiba bankrup. Tak dapat bayar gaji. Kalau ada VSS mungkin la kita boleh survive untuk sebulan dua. Tapi lepas tu? Jadi bermula dari hari inilah kita perlu sedar yang langit tak sentiasa cerah. Kene sediakan payung sebelum hujan.

Rancanglah segala perbelanjaan kita. Tak salah untuk sekali sekala makan di tempat yang mahal. Tak salah untuk punya baju berjenama, modified kereta, tukar perabot rumah, nak beli tv plasma 42 inci. Semua tu tak salah dan tak dilarangpun dalam Islam kalau kita mampu. Tapi jangan sampai bermegah-megah. Jangan sampai timbul riak. Ukurlah baju di badan sendiri. Lihatlah kemungkinan yang akan berlaku di hari esok.

Kalau nak pakai baju berjenama, belilah ketika ada jualan murah. Tapi tak salah kalau kita pakai baju murah selagi tidak membuka aurat & kemas serta bersih. Saya suka statement Irfan khairi yang saya baca di FB beliau tidak lama dulu. Lebih kurang gini bunyinya " Orang lain bukan tahupun kita pakai baju berjenama kalau kita tak bagitahu" Sebab tak semua orang kenal brand yang mahal-mahal kan? macam saya la tu. Hehehe....saya tak mampu beli baju mahal-mahal.

Lagi satu elakkan la hutang yang negatif. kalau hutang rumah & kereta itu kategori hutang positif. Tapi kalau sampai 3 biji kereta takde maknanya positif. Hutang negatif maksudnya hutang yang hanya menambah beban kewangan. Contohnya beli peti ais hutang, beli perabot rumah hutang, buat personal loan tanpa sebab yang kukuh, pakai kredit kad sampai 3-4 keping. Banyak lagi la. Saya punya prinsip beli barang secara cash. (bukan barang yg puluh-puluh ribu) Kalau belum cukup duit, simpan dulu. Kumpul sampai cukup. Jangan berbelanja ikut kemahuan. Utamakan keperluan yang asas dahulu. Biarlah orang nak berkata kita tak up to date, sayang nak berhabis duit kat anak ke apa. Janji kita tahu apa yang kita buat. Sebab hanya kita yang tahu apa yang kita tanggung. Tapi jangan sampai kita jadi kedekut. Jadi macam Haji Bakhil. Hj Bakhil tu pun ada jugak time dia jadi pemurah. Time Cikgu Munirah datang jela. Ngan orang lain jangan harap. Jadi kita harus bersederhana. Pastikan ada tabungan setiap bulan. Sebab kita belum tahu apa yang akan berlaku di hari esok, lusa dan esok-esoknya.

Rama Ore Cuti Weh

Sale Isnin Semoo

Ari ni sunyi jah opih kawe. Doh la opih hok tok rama ore doh. Bilo takdok 2-3 ore pon raso sunyi doh la. Tamboh-tamboh pulok hok kecek banyok & berehi wat lawok cuti. Koho la sunyi. Sore cuti sebab wife beranok. Tahniah la Wan deh. Buleh sapase doh dio. Hok baru ni -hero. Come sungguh anok dio. Kawe gi tengok male takdi. Semoga jadi anok soleh deh. Namo pon come - Wan Danish Amsyar. Tulong doa la etek deh. Nok cari saing ko anok daro kawe ghetek, sie dio dok main 'sore.

Come hero nih

Pasange suami isteri opih ni pulok gi bercuti di Saboh. Gi bercuti tok ajok K.Sah dih. Demo duo ore ni jupo jodoh di syarikat ni. Alhamdulillah, bahagio jah napok. Mesro sokmo. Engineer ni dok jeling-jeling purchasing officer EZSB ruponyo sebelom ni dih. Senyak-senyak demo ni saing. Panda sungguh demo ni tutup. Tahu-tahu jah nok tune. Loni buleh anok sore doh eh. Kijo sebumbung ni keno panda ejah. Tok keno gayo ko dok mucung la mari kijo kalu ado seleh gak. Tapi Alhamdulillah, setakat ni profesional duo ore ni.


Ni gambar maso demo ni nikoh

Kawe pon tok sabar nok cuti jugok ni. Dok ingat nok balik kapong jah ni. Sie ko mek nge abah la dok buat preparation adik kawe hok nok nikoh tu. Kawe ado sebut pasal dio di entry ni. Loni mek nge abah dok duo ore tu jah di kapong. Anok-anok besa blako doh. Masing-masing pakat ado kuargo blako doh. Kalu buje pon dok kijo jauh. Kironyo 3 ore la tok nikoh lagi adik kawe. Lepah hok ni nikoh gak tinggal 2 ore lagi. Mitok-mitok majlis tu nati berjale lacar molek la. Mek nge abah tu dok gi mari tubek bandar Krai beli bare nok bekwoh. Rusing jugok la takut letih dok gi mari tu. Nok ambek cuti awal pong tok leh. Mr Abe kito tu baru pindoh kijo. Under probation lagi. Pakat doa blako la deh..

Saturday, March 5, 2011

Bersantai bersama Najla

Salam hujung minggu

Hari ni boleh la bersantai-santai bersama keluarga kan? Ada jugak yang bekerja. Tak apalah ye. Demi mencari rezeki untuk keluarga anda terpaksa keluar bekerja. Semoga Allah memberkati usaha anda & dikurniakan kemurahan rezeki olehNya. Walaupun hari minggu kita tetap bangun awal ye. Jangan qadha tidur sampai terlepas subuh pulak. Nyamannya udara di pagi hari ni. Cuaca pun cerah aje. Tengok tu

Saya hari ni bersantai bersama Najla. Abinya bekerja,So, kami have fun together with doing something good. Agenda utama hari ni kami bersihkan kawasan laman rumah. Alhamdulillah ada ruang kosong yang boleh kami manafaatkan. Orang kata berbudi pada tanah itu baguskan. Kami dah berangan2 untuk jadikan ruang kosong ni macam kebun Syawal suami Mastura anak Mahfuz Al Buaya tu. Tak kenal ke? Alahai…ayah si Ahmad Albab tu la. Mane tahu untung-untung boleh jual kat pasar macam Syawal buat. Saya nak tanam brendi, fayafa, kacang panjang….best kan?

Hari ni kita kumpulkan rumput-rumput kering yang dah dipotong ni. Kita bako…kita bako…tapi bukan bako hantu Kak Limah ye. Bako segala rumput-rumput ni. Najla suke betul tengok asap. Asyik dok babai asap ke. Then cakap ‘wah…tingginya ibu..’. Ibu pulak yang tak tenang nak buat kerja. Asek jerit ‘no..no..api tu. Jauh sket’. Dah tu die beralih main baling-baling batu pulak. Habis batu yang disusun tu dia nak pindahkan. Tengok la aksinya ni…

Batu-batu ni ada sebabnya di susun macan ni. Kat rumah ni longkang di buat guna kaedah sub soil drain. Tanah akan digali untuk buat longkang then dipenuhkan dengan batu-batu. So, bila hujan air akan mengalir masuk melalui batu-batu tu.

tolong ambil rumput kering

Meh adik buat katanya

Thursday, March 3, 2011

Rutin

Salam sayang & Selamat pagi

Alhamdulillah hari ini masih sihat walafiat. Sama-sama kita panjatkan kesyukuran atas kurniaan Allah ini. Sejak saya berpindah ni jadual harian saya dah berubah. Kalau sebelum ni saya bangun jam 6.30am tapi sekarang ni saya da bangun sejam awal. Orang lain bangun lagi awalkan? Tapi saya bangun 5.30 pon dah bangga. Hehehe.....

Sebelum ni saya pegi kerja sendiri. Naik bus lepas hantar Najla ke rumah mamanya. Jalan kaki ok. Senaman di pagi hari. Tapi sekarang ni kene keluar dengan Mr Abe sebab kat batu 9 tu ade satu je bus masuk. Kelebihan tak naik bus ni saya dah tak ngumpat driver bus metro. Adakah kerja saya mengumpat driver bus jek pagi-pagi? Nyeh...nyeh...takde la, kekadang saya bengang dengan driver bus metro ni. Bawak bus macam jalan raya tu dia yang punya. Asik nak berlumba-lumba dengan bus Rapid jek. So, sekarang ni saya dah tak perlu kejar bas lagi tapi kene kejar masa & main kejar-kejar dengan Najla. Kejar bangun mandi la, ape lagi. Tapi kalau die tidur lambat saya tak mandikan. kesian pulak dia.

Hampir seminggu ni bangun awal pagi rasa macam seronok plak. Badan pun macam segar je. Patut la orang tua selalu marah-marah kalau kita bangun lewat kan. Banyak benda saya dapat settle bile bangun awal. Bila keluar pulak suasana masih berkabus. Sungguh menarik & nyaman je rasa. Tu yang buat badan saya rasa segar agaknya yek. Embun pun kt hujung daun lagi. Suke...suke..
Ni time mood elok...boleh suruh nyanyi lagi

Wednesday, March 2, 2011

3-0 Kelantan Vs Nogori 9



* Entry khas untuk ore klate or sapo2 hok pehe bahaso Klate

Tahniah la ambo ucap ko set2 wira meroh. Lo ni gak biso blako set demo. Kawe ni tok brapo minat bola asanyo tapi buleh jadi minat sejak wira meroh ni naik. Oloh la...pah kawe seria bulu romo tengok set demo beraksi di pade. Kawe semangak sungguh hari ni sapa bowok budu mari opis. Nok royat banggonyo ambo jadi ore kelate. Banggo weh. Luah lube idong. Hehehe...

Saing-saing pon pakat dok kecek pasal bola jah arini di FB. Tamboh-tamboh saing so skoloh nge kawe tu . Tokpade nge tino, semangat bola lebih pado jate. Takpola Ja & Ajah. Kawe tupe suko tengok semangat demo. kalu takdok ore supo demo kelam la bola kito. Asal ado perlawane ado la demo ni. Biso-Biso....

Kawe ni lamo doh berange nok tulis kok bahaso/loghat kelate ni. Hari ni baru tertunai sempeno kemenange kelate. Kalu ore lua baco meme pening tok pehe gapo la weh. Muta itik jadinyo.Heheh...takpo la. Buleh blaja-blaja kecek klate. ore lua ke berehi gi Rantau Panjang or Pengkalan Kubur kalu nok beli bare. Harap-harap buleh blaja la sepatoh dua dari blog kawe ni.

Bereh set kito. Kawe saye ko Apek nga Pok Yo...EH SILAP THE RED WARRIOR.....hehhe

Tuesday, March 1, 2011

PENYESALAN INI SATU PERMULAAN

Pernah tak anda merasakan menyesal yang teramat sangat dengan tindakan anda? Saya pasti setiap manusia ada perkara yang disesalkan dalam hidup. Perkara yang membuatkan kita sesal mestilah sesuatu yang baik tetapi pada masa ia berlaku kita tidak nampak akan kebaikan itu. Mungkin juga kita menyedari ia baik tetapi keputusan yang kita buat didorong oleh perkara luar yang membuatkan pilihan kita songsang.

Okey, saya ingin berkongsi sesalan ini dengan setiap insan yang membaca coretan saya. Dan yang pasti sesalan ini ibu tulis khas buat buah hati ibu Ainun Najla bt Mohd Sukeri. Ibu mohon maaf atas ceteknya ilmu keibuan dalam membesarkan anak ibu. Seawal usia 2 bulan anak ibu telah ibu sogokkan dengan susu formula. Padahal ibu tahu susu ibu adalah susu terbaik untuk setiap anak. Dekat tin susu pun dah cakap susu ibu adalah susu terbaik. Tapi ibu ni degil. Kurang kesedaran tapi sombong tak nak cari ilmu. Bongkak sungguh kan ibumu ini? Anak ibu hanya dapat merasa susu ibu sehingga umur 6 bulan sahaja. Sungguh kasihan anak ibu ini.

Sekarang ni ibu sungguh menyesal. Ibu berharap Allah akan bagi peluang kedua supaya ibu dapat perbetulkan kesilapan lalu. Najla maafkan ibu ye. Memang ramai ibu-ibu di malaysia ni yang kurang kesedaran macam ibu. Dari pergaulan dan pemerhatian ibu, kebanyakan ibu-ibu akan sibuk mencari jenama susu yang sesuai apabila akhir tempoh berpantang. Malah keluarga terdekat pun sama. Lebih di kesalkan bila ibu yang tidak bekerja pun sanggup menuang susu lembu ke mulut anak. Sungguh ibu kesal dan sedih. Ibu harap sesiapa yang membaca blog ibu ini akan mencari ilmu penyusuan andai anda tidak tergolong dalan exclusive breast feed. Supaya kalian semua tidak menyesal seperti ibu.

Ibu mula terbuka hati pasal penyusuan susu ibu ni sejak ibu menjadi pengunjung setia blog ni. Ataupun blog ini. Ibu tahu banyak lagi blog lain yang memperkatakan isu yang sama. Terpulanglah asalkan kita mencari ilmu itu dan kita dapat memberi hak anak kita untuk menikmati sepuas-puasnya titisan susu ibunya. Anak-anak muda sekarang ni macam-macam perangai yang kurang elok. Itu effect bagi susu formula kah?