Monday, May 30, 2011

Shi-Shi Di Kalangan Public La Pulak

Haritu saya dah story kan yang saya dalam proses mengajar Princess Najla ke tandas. Kiranya dah masuk 2 bulan la dia in training. Dan dah lebih 3 minggu dia tak menyusahkan saya. Vangga sungguh ibumu ini sayang oii. Bila keluar dan orang tengok montot anak ibu tak menonggek dah, ibu dengan bangganya memberitahu yang anak ibu dah pandai cakap kalau nak ke toilet. Kembang hidung ibu ni bile orang puji tau. Time nak tidur je ibu pakaikan CD sebab masih belum berjaya ke tahap itu.

Ibu dengan confidentnya tak pakaikan CD or pampers masa kite keluar semalam. Lagipun kalau pergi kenduri mestilah ada toilet kan? Jadi ibu fikir tak susah nak cari toilet kalau tibe-tibe Princess Najla 'berhajat'. Al kisahnya, baru je keluar kereta ibu dan Najla berdiri la tepi pintu dewan sementara tunggu abi gi parking kereta. Dekat muka pintu dewan tu pulak punya la ramai orang berdiri sebab masing2 nak tunggu hujan reda baru nak gerak ke kereta. Tetibe tangan kecil yang halus mulus tu tarik2 tangan ibu then slow-slow cakap 'ibu,shi-shi'.

Alamak !!! ibu pandang kiri kanan. 'Nape tak bagitahu ibu? Kan Najla tak pakai pers ni? Sekarang cemane? Seluar da basah ....pot...pet..pot...pet ' sempat lagi saya bagi syarahan. Padahal sebelum turun dari rumah dah masuk toilet tuh. Bile tengok mukenye yang senyum2 kambing tu ibu tak jadi nak marah. Kesian pulak. Agaknya dia terlupa la kot. Tak pon terkojut tengok orang ramai sangat. Nasib baik la ibu memang standby extra seluar untuk dia.

Lepas abah makan-makan dan jumpa pengantin ibu cepat2 masuk kereta dan pakaikan CD. Kang ade jugak yang melepas lagi dalam kereta ni. Mau seminggu abinya membebel nanti. Hehehe.....


Alahai anak......wajah comel dan senyuman manis nila yg selalu buat ibu tak jadi nak marah

Thursday, May 26, 2011

Ronda-Ronda Kota Melaka

Saya memang suka berjalan. Lagi-lagi kalau ada orang sponsor. Syoknye...tak payah keluarkan duit sendiri. Makan, tempat tinggal semua orang support. Mane tak bestnye. Siap bagi duit minyak & tol lagi. So, moh kita layan gambar-gambar masa family day company saya ke Melaka bandaraya Bersejarah


Paling penting kene hangkut semua hadiah ni ke sana. Hadiah saya ada antara banyak2 hadiah tu. Mestila saya make sure deme ni hangkut hadiah ni semua. Tapi dalam gi check tu pon ade gak satu hadiah yang tertinggal. Nasib baik boleh cover sebab ade yang tak datang event tuh.



Kita ronda-ronda bandar Melaka naik bot ye kalian. Ini sebahagian ahli keluarga syarikat saya. Yang pakai sun glass tu wife big bos saya. Orangnya sangat baik dan selalu belanja kami makan kat office.

Rugi kalau tak naik bot ni kalians. Boleh lihat pemandangan sebahagian dari bandar melaka yang penuh dengan sejarah tu. Tapi make sure korang tak duduk di bahagian depan bot kalau tanak kene percikan air sungai tu k.



Budak ini mengamuk sebab nak main bubble. Sepanjang jalan dari hotel Mahkota ke tempat ikan bakar Umbai die pengamuk. Bayangkan lah dalam masa lebih kurang 30 minit tu die dok menangis. Nak berhenti beli kat kedai runcit kang takot sesat lak. Kamikan konvoi. Nak hiburkan hati, ibu rekod & ambil gambar die nangis then tunjuk kat die. Tapi tak berjaya jugak. Ekceli saya takot Mr Abe bengang & marah die sebab die asyik nangis jek. Seb baik Mr Abe cool je petang tu.

Nasib baik la kat kawasan ikan bakar tu ada jual bubble tuh. Logo den. Tengok la betapa berserinya muka dia bile dapat bubble.

Lepas makan boleh jalan-jalan di gerai sekitar kedai ikan bakar tu sambil mengeringkan poket yang dah sedia kering. Bagi saya, makan kat sini biasa-biasa aje tapi tatau cemane buleh glamer tempat ni. Selera masing-masing tak samakan.

Lena sungguh abi & anak ni tido. Tapi comel lah dieorang ni (dimata saya la). Tengok gaya tidur tu, lebih kurang sama jekan gayanya. Nasib baik abinya tak tido tertonggeng sebab Najla ni suke gak tido tertonggeng. Kecik2 takpe, jangan samapai besar dah le.


Saya paling suka gambar budak kecik 3 orang ni masa jalan-jalan kat Zoo Melaka. Ntah apela budak kecik umur 3-4 tahun beborak kan? Mungkin.... 'kita buleh makan rusa, tiger buleh makan tak?'hehehe....bestnya dunia kanak-kanak.

Gelombang merah di malam itu memang manarik perhatian org kat lobby hotel. Ini semua penyokong The Red Worrior kah? Hehehe....

Kota A Famosa. Kali pertama saya datang masa saya darjah 6. Sama jugak dengan Mr Abe.Dah berapa kali datang Melaka tak sempat nak singgah sini. Jadi kami putuskan untuk datang jugak walaupun time ni Najla dah mengamuk2 sebab telah mengorbankan waktu tidurnya. Hehehe....sori nak ye nak. Ibu awak ni memang suka datang tempat yang macam ni. Kagum dengan binaan orang lama.

Anak ibu yang comel ini jarang ibu bawak bercuti. Insya Allah nanti kita gi Cameron plak ye. Doakan rezeki ibu & abi murah eh. Semoga ikatan kasih sayang keluarga kita tetap erat hingga ke akhir hayat

Liburan Bersama Mr Abe - NKTM


Akhirnya dapat jugak saya tengok Nur Kasih The Movie. Berjaya memujuk adik saya untuk jagakan Najla dan kami boleh romantik-matematik spend time together. Heheheh....Memang payah nak dapat masa berdua bila dah ada anak ni.

Kami dapat tengok tayangan jan 11.15 pm. Walaupun esoknya adalah hari bekerja tapi kami nekad nak tengok jugak. Balik-balik rumah tengok Princess Najla yang sambut kat muka pintu. Dah pukul 1.00am lebih pun tak tido lagi dak kecik ni. Kesian tengok muka budak kene tinggal ni. Sori ye nak .....Jarang-jarang sekali ibu & abi perlukan privacy jugak. Anak ibu sporting kan ????

Kesimpulann yang boleh saya buat lepas tengok cerita ni....NOT BAD, BEST ENDING,OK LA. Saya tak boleh nak kata 'best sangat' sebab saya tak rasa macam tu. Tapi secara keseluruhannya mesej yang nak disampaikan sangat baik dan saya sokong untuk anda bawak family gi tengok cerita ni. Saya lebih suka drama Nur Kasih sebab plot ceritanya lebih tersusun dan konflik yang lebih menarik. Watak 'Sarah' adik Nur Amina dalam drama tu memang menjelekkan dan menghidupkan konflik dalam keluarga mereka. Tu yang best. Dalam filem ni, watak Sarah dah takde. Sedih .......Tapi watak Maryam dan Ilyas menjadi penyeri dalam drama ni. Tambah2 memek muka dan dialog di kecil Maryam tu. Comel jek .

Tapi saya tahu yang bukan senang nak buat filem. Nak kritik memang senang sebab modalnya air liur je kan? Nak garapkan perjalanan cerita dalam masa sejam setengah bukan mudah. Tambahan pulak filem ni terikat dengan rentetan kisah dalam drama terdhulu.

Antara pengajaran yang saya dapat dalam filem ni....

a) Ketaatan dan kesetiaan seorang isteri yang tak berbelah bagi terhadap suami tercinta
b) Kesunyian hidup seorang suami yang kehilangan isteri - Aidil sungguh tabah menyembunyikan kesedihannya.
c) Kasih ibu membawa ke syurga - walau dalam keadaan apapun, anak tetap menjadi keutamaan - Suka watak ibu Aidil & Adam ni. Sesuai ...
d) Kita takkan tahu percaturan Allah. Segalanya hanya untuk menguji keimanan kita

Kami sampai kol 10.30 pm sedangkan tayangan start 11.15pm. Tatau nak g mana sebab sume kedai dah tutup. So, kami lepak la sini. Tapi tengok orang je. Tak main pon. kaki Mr Abe sakit.

Ni la bbsitter Najla. Yang selalu manjakan si kenit ni. Tq Cik Dah ye tolong jagakan Najla.

Monday, May 23, 2011

Mengidam Nur Kasih


Saya seperti orang mengidam. Memang teringin sesangat nak tengok filem Nur Kasih. Memang jatuh hati dengan jalan ceritanya. Biarlah orang kata jalan cerinya slow, pelakonnya tak baik seperti watak yang di bawa dalam cerita, atau apa saja saya tetap suka dengan drama ni. Suke giler ......

Tiap episod dalam dramanya dulu saya akan follow. Kalau ter'missed' confirm saya akan cari dalam youtube. Memang addicted sungguh. Macam meroyan dok tanya orang episod yang tertinggal. yang orang cerita pun saya nak dengar, yang kat dalam youtube pun saya nak tengok. Ngok ngek betol saya nih. Ahhh...tak kisah. janji saya dapat tahu tiap jalan ceritanya.

Seingat saya tak banyak cerita yang boleh membuat saya jatuh hati macam ni. Antara drama lain yang saya ingat 'Kerana Cintaku Saerah' & 'Syurgamu Ramadhan'. Memang saya minat sungguh dan wataknya berbekas di hati saya. Banyak pengajaran yang boleh di kutip dari plot penceritaan yang sungguh unik ini. Ini pendapat saya dan saya tak kisah kalau orang lain tak suka.

Sekarang ni filem Nur Kasih dah masuk panggung untuk hari ke 5. Saya SANGAT jarang masuk cinema. Kalau tak silap saya, baru 2 kali saya masuk. Ye, memang saya agak jakun kalau masuk panggung. Orang kelate kato 'daghak'. Nak beli tiket pon tergagap-gagap. Kat kampung saya takde panggung wayang weh. Hehehe....

Tapi untuk filem Nur Kasih ni hati saya dah meronta-ronta. Kalau tak dapat mau rasa cam nak nanges je nih. Dah berapa kali cakap ngan Mr Abe nak gi tengok. Siap buat suare menggoda lagi. Saya sanggup belanje die asal die temankan. Nak gi sendiri saya tak pandai. Kang beli tiket cerita lain, filem lain plak yang aku tengok. Hahahaha......

Tapi nak pegi ade lak kekangan ni. Kat mane saya nak letak Princess Najla. Nak tinggal kat babysitter cam tak sampai hati. Kesian lak nak dia jaga Najla lama-lama. Nak bawak sama kang takot saya tak leh concentrate kat citer lak. Rugi weh kalau asyik kene kacau je. Saya suke part yang touching2 tuh. Minah leleh ...... Mr Abe suke sangat ngusik kalau tengok saya nanges.

Oh Nur Kasih........bile la buleh ku tengok nih. Nak dating ngan Mr Abe. Cepat la balik Cik Dah. Tolong jaga Najla. Kami nak romantik -matematik nih .....

Thursday, May 19, 2011

Berkeseorang di Ofis Jam 7.00 PM


Saat dan ketika ini saya berkeseorangan di office yang ada 3 level ni. Macam-macam yang datang melilau dalam fikiran ni. Saya bukak radio kuat-kuat. Station radio apa pun saya tatau, janji ade bunyi jek. Kenapa saya stay office time ni yek? Rajinnya saya kan? Hahahha...takde maknenye kerajinanku kalau sampai berkeseorangan cam ni. Kat luar hujan masih lebat. Dah macam malam dah ni ha.

Mr Abe masih belum sampai. Saya cakap kalau ada kilat tak perlu keluar office lagi sebab saya memang agak fobia dengan kilat. Maklumlah, kuda Kriss bertayar dua kami tu tak mampu melindungi badan kami dari lencun.Memang saya tak berani & dok senyap je kalau kilat & guruh kuat. Sikap tu diwarisi oleh Princess Najla sebab semalam pengasuhnya cakap die nangis sorang-sorang masa guruh kuat.

Semalam kami redah jugak hujan sebab dan jam 7.30 pm pun hujan tak berhenti jugak. Nekad jela redah. Masa atas motor tu saya asyik terfikirkan Mr Abe yang hampir hari-hari meredah hujan lately. Sungguh bahaya dengan jarak pandangan yang terhad dan permukaan jalan yang licin. Buat seketika saya jadi insaf dan sangat menghargai pengorbanannya menghantar dan mengambil saya setiap hari. Kerana itu saya juga tidak lupa mengingatkannya untuk sentiasa berzikir ketika menunggang motor. Jangan terlalu beremosi bila ada pengguna jalan raya yang bersikap kurang menyenangkan.

Terima kasih Mr Abe atas segala pengorbanan dan rasa tanggungjawab itu. Ia sungguh menyentuh hati ini. Semoga Allah sentiasa melindungi setiap langkahmu.

****** Sekarang ni tengah dengar lagi Never Had Dream Come True. Oh sungguh menggamit kenangan zaman UTM dulu. Saya sangat obses dengan lagu ini time tu. Best...best...tq DJ putarkan lagu favourite saya. ******

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru

Bila tibanya hari guru, setiap yang bergelar pendidik pasti tersenyum lebar. Lagi-lagi guru-guru sekolah. Mesti banyak dapat hadiah kan? Cuma guru disiplin jela kalau tak dapat pon. Hehehe......kalau lecturer agak2 dapat hadiah tak? Saya tak pernah bagi hadiah kat lecturer. Tapi kat guru sekolah pernahla.

Saya jarang bagi guru hadiah. Sebab kalau bagi mesti kat favourite teacher je kan. Kesian cikgu-cikgu yang garang tu, mesti tak dapat. Kalau dapat pun satu atau dua je. Nasib la badan. Masa sekolah rendah dulu saya pernah bagi cikgu hadiah buah. Sebab saya bukan orang kaya. Bapa saya hanya jaga sekolah. Duit belanja ke sekolah hanya RM 0.30. Tak boleh nak beli nasi pon. Sebab nasi RM 0.50. Tapi RM 0.30 dah cukup untuk mengalas perut saya dengan air dan kueh. Alhamdulillah, walaupun saya susah, dapat jugak saya belajar sampai ke universiti. Boleh jugak saya bagi duit kepada mek dan abah saya tiap-tiap bulan.

Saya takkan lupa pada jasa semua guru-guru saya. Tanpa kata-kata semangat dan usaha mereka saya takkan pandai. Walaupun tak pandai sangat tapi sekurang-kurangnya boleh jugak mek & abah saya melangkah masuk ke dewan convocation. Dulu kalau nak masuk universiti result SPM kena betul-betul bagus sebab 'U' terhad. Tapi la ni belambak-lambak universiti swasta. IPTA pun dah bertambah.

Masa sekolah rendah dulu saya pernah kena denda jalan itik keliling bangunan kelas. Kena usung kerusi pun pernah jugak. Kene rotan kalau tak dapat jwb soalan memang selalu. Kalau bab bising satu kelas memang tak yah cakap la. Dari sekolah rendah sampai sekolah menengah selalu kena. Kenangan mengusik jiwa betul. Kalau balik mengadu kat abah memang confirm abah bagi 'bonus' lagi. So, baik senyap-senyap je. Abah siap pesan lagi kat cikgu soh rotan kalau saya degil. Tapi kalau murid2 sekarang ni.....memang kena main psikologi. Salah hukum kena saman lagi adela.

Saya percaya kepada kata-kata 'kerjaya guru adalah sangat mulia'. Guru memerah otak untuk menjadikan suasana pembelajaran sesuatu yang menyeronokkan. Guru tak pernah kering dengan idea untuk memudahkan kita memahami tentang sesuatu pelajaran. Guru tidak pernah menidakkan saat kita pergi mengadapnya untuk bertanya soalan. Guru jugalah yang mendidik kita dengan menerapkan nilai-nilai yang murni dalam kehidupan. Tapi kita harus ingat yang guru juga manusia. Pasti ada kelemahan dan kelebihannya. Jadi jangan la kita mengharapkan guru sepenuhnya untuk mendidik anak-anak kita. Kerjasama dan gandingan ibu bapa dan guru itu sangat perlu untuk menjadikan anak-anak kita berjaya.

Bapa mertua saya juga seorang guru. Rumah di Tumpat dan berkhidmat di Jerek, Gua Musang. Anda tahu berapa jauhnya tumpat ke Gua Musang tu? Ayah akan bangun seawal jam 3.00am untuk menaiki keretapi jam 4.00am. Hampir jam 7.00 baru ayah sampai ke Jerek. Saya yang hampir mencecah umur 30 tahun ni pun terasa azabnya perjalanan sejauh itu setiap hari, apa lagi ayah yang telah hampir pencen. Betulkan guru itu umpama lilin? Membakar diri untuk menerangi dunia anak didiknya. Semoga pengorbanan mereka diredhai Allah

Thursday, May 12, 2011

Hari minggu yang lepas saya pertama kali ke Mom & Baby Expo di Mid Valley. Saya rasa itu kali ke 3 saya ke Mid Valley sepanjang saya hidup di Kuala Lumpur ni. Saya memang tak suka pergi shopping Mall yang besar. Takot tak jumpa jalan keluar. Hehehe......memang saya tak suka sebab bukan semua kedai saya nak masuk pun. Saya lebih suka pergi tempat yang tak sesak, yang orang tak pandang saya atas bawah bila masuk kedai die orang then dalam hati 'minah selekeh ni masuk kedai aku ni ade duit ke nak beli?' Oo...memang saya tak suka. Biarlah orang kata saya jakun ke apa. Pavillion or KLCC pon saya jarang pergi. Padahal adik saya kerja kat bank EON kat Pavi tuh.

Kami pergi expo ni pun sebab nak belikan CD untuk sepupu yang baru lahir. Time ni kan dieorang jual murah-murah. Lagipun boleh jumpa Sue Lunatots yang cantek manis tuh. Gigih betul cik kak tu sorang. Masa saya sampai die tengah bz melayan customernya. Jadi kami tegur-tegur kejap jela. Sangat ramai orang, jadi kami tak berlama-lamaan. Mr abe tak suke sangat suasana crowd macam tu.


Ini muka budak yang ngamuk nak naik stage. Ade ke patut adik nih. Siap nak guling-guling lagi.

Seronoknya die dapat naik train. Baru kali ke 2 saya bawak die naik train dari Bangsar ke KL Sentral. Padahal buleh ja naik shuttle bus ke Mid Valley dari sini. Ade lagi ke shuttle bus ke sane ek? Sayapun tak pasti. Tapi sebab nak bawak die naik train kami tak naik bus. Naik LRT ok lagi, tapi bile nak naik komuter...mak aii !!!! ramai giler orang. Mulut tak henti-henti cakap 'adik jangan lepas tangan ibu ye. bahaya !!!'

Najla tak duduk jauh ngan abi lepas kami terpisah sekejap. Gara-gara tak sempat masuk komuter dari Mid Valley. Abi je yang sempat masuk. Asyik tanya 'mana abi?'. Dah la tu, ibu sekupang pon takde duit time tu. Purse ibu Abi yang pegang. Najla mintak nak air la plak. Macam-macam ibu buat nak alihkan perhatian Najla.

Ibu tak sempat masuk komuter gara-gara masyarakat yang kurang kesedaran sivik. Eh boleh ke guna word tu?masing-masing nak dok dekat ngan pintu. Tanak beranjak masuk ke dalam. Hangin jer nengok deme kat dalam train tuh. Padahal banyak je ruang kosong.

Dah la tu, koc yang ada lebel macam kat bawah ni macam tak berapa berkesan je.

Takkan la dieorang tak pandai baca, tak pun dalam paper & news kat TV pun ade cakap yang KTM ada sediakan koc untuk WANITA SAHAJA. Napela mengong sangat yang pegi masuk koc khas untuk pompuan nih. Adohai....nak amek kesempatan ke ape? tapi yang herannya, orang bersarban bagai tuh. Apela deme nih .....

Lempeng Pisang Tradisional

Masak-masak bersama si kecil memang menyeronokkan. Biar comot, biar bersepah kerana ia merupakan saat yang akan kita kenang di hari tua kita kelak. Dan diharap, saat itu juga menjadi satu memori indah yang akan mengingatkan anak kita kepada kita kelak. Masih ingat iklan KFC yang seorang anak perempuan nak buat hidangan istimewa untuk ibunya? Habis satu rumah macam tongkang pecah dibuatnya. Ayat terakhir sebelum iklan tu tamat, si anak kecil tu berkata ‘ esok nak masak macam ni lah….’. Sweet kan? Iklan tu memang membawa mesej yang sangat bermakna dalam sebuah keluarga.


Untuk princess Najla pun sama. Saya cuba libatkan dia dalam aktiviti dapur saya. Dan kali ni kami masak makanan tradisional Lempeng Pisang. Ini kali pertama saya mencuba. Tengok caranya pun senang dan pisang yang bawak balik dari kampung hari tu masih banyak, kami terus masuk dapur.


Bahan yang diperlukan sangat simple

- 1 ½ cawan tepung gandum

- 6 biji pisang (apa-apa pisang pun boleh) - dilenyekkan

- ½ cawan kelapa parut

- 2 sudu gula (gula dah naik harga, kena kurangkan)

- Sedikit garam

Caranya pun sangatla senang. Campur semua bahan dan letakkan di atas daun pisang. Kemudian bakar atas kuali ceper. Tara……


Ye…ye saya tahu rupenya memang tak mengancam. Sebab saya berebut sudu dengan Najla ye. Kalau tak kerana berebut dengan Najla mesti lagi cun. Hehehe….


Sangat senang kan. Makan dengan kopi time tengah panas-panas memang syok tak ingat. Tambah pulak dengan aroma daun pisangnya. Pergh…..


Budak ini bau asyem kerana belum mandi. Comot …..

Tuesday, May 10, 2011

Pelancaran Fame Kids & Anniversary Bling Lustre

Saya hampir tak datang untuk event ni. Contract manager saya minta sama-sama siapkan document tender. Hari Ahad nak masuk office? Kenapa tak buat hari Sabtu? Adeh !!! Saya dah berbelah bagi. Tapi nasib baikla dieorang bagi kebenaran saya masuk lewat. So, sempat jugalah saya ke event nih.

Walaupun tak ramai sangat, tapi saya berbangga dapat hadir. Saya kagum dengan semangat ibu-ibu yang punya anak yang kurang upaya ini. Mereka tak segan menceritakan keadaan anak-anak mereka. Kerana anak-anak istimewa ini adalah anugerah Allah. Satu ujian untuk melihat kesabaran dan ketabahan dalam menjaga amanat yang Allah berikan. Ia juga satu Rahmat kerana ganjaran besar dari Allah sedang menunggu ibu bapa yang redha dengan pemberian Allah ini. Maka mereka tidak mengeluh dan apatah lagi mempersoalkan qada & qadar yang telah ditetapka.

Potong memotong kek. Kek yang sangatla manis dek non eh...mau kene kencing manis acik ni

Celebrity pon ade. Tapi saya tak tegur dieorang. Saya low profail.hehehe....

Ini antara ibu-ibu yang hebat ini. Kekurangan anak mereka bukan satu alasan untuk anak-anak ini hanya berkurung di rumah. Kehadiran mereka harus diterima oleh setiap masyarakat yang mengaku hamba Allah. Kerana di sisi Allah tiada bezanya taraf, warna kulit, kesempurnaan sifat dan segala-galanya. Hanya amalan yang akan membezakan.

Monday, May 9, 2011

Sambutan Hari Ibu & Kita

Sejujurnya saya tak pernah meraikan hari ibu. Saya memang jarang ambil port sangat dengan sambutan seumpama ni. Kekadang tak ingat pun. Bila ada iklan kat TV tayangan movie sempena hari ibu barula saya sedar. Yang saya tahunya sambutan hari guru sebab saya suka dengar lagu yang cikgu cikgi selalu nyanyi kat sekolah time sambutan hari guru tu. Lagipun kalau time sekolah, hari tu memang takkan belajar. Time ni la nak kenakan cikgu. Macam-macam game yang akan di buat. Hari jadi pun jarang kami celebrate. Sejak semua dah kerja ni je baru la kekadang kami buat.

Walaupun tanpa ada sambutan atau hari khas untuk menyambut hari ibu, sudah semestinya IBU adalah insan yang cukup kita sayangi kan? Dari kecil kita dibuai dengan lagu 'Ibu Ratu Hatiku' dan ianya memang cukup bermakna bagi seorang ibu. Sejak dah jadi ibu ni barulah saya boleh menyelami perasaan dan gundah hati seorang ibu. Walau hanya dengan kejayaan kecil si anak seperti boleh meniarap sudah mampu membuatkan hati kita berbunga riang. Apatah lagi kalau kejayaan yang besar. Kalau anak kembung perut sudah mampu membuat hati kita gundah dan tak lena tidur. Apatah lagi jika diuji dengan penyakit kronik. Pastinya air mata menjadi peneman setia. Maka selayaknya Allah meninggikan darjat seorang IBU dengan mengumpamakan syurga seorang anak terletak di bawah telapak kaki seorang IBU.

Semalam saya terbaca tentang asal usul sambutan hari ibu. Tapi saya tak berani memberi kepastian. Dan saya pun tidak punya kawan beragama kristian untuk mengesahkan maklumat tu. Saya juga belum bertanya kepada orang yang lebih alim tentang pendapat mereka. Tapi saya ingin kongsikan bersama untuk kita sama-sama mencari jawapan.

Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.

Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

Sumber : http://www.mothersdaycentral.com/about-mothersday/history/

Thursday, May 5, 2011

Bila Die Tidur


Mata ini belum mengantuk walaupun da dekat kol 2 pagi. Harini agak pelik. Biasa saya tido lebih awal dr Princess Najla. Tapi malam ni mata saya segar bugar je. Walaupun masa nak tidokan Najla tadi hampir-hampir saya terlelap. Susah betul nak tidokan ikut waktu. Biasanya bile dah padam lampu & tv dengan ibunya skali belayar dalam alam mimpi.

Saya paling suka time die tengah lalok nak tido tu. Time ni kan otak macam separuh sedar. Tanyala apa sahaja die akan angguk mengiyakan. Kekadang die ulang word akhir yang saya tanya die. Sungguh comel je rasa. Dalam Islam pun digalakkan kita berbicara dengan anak sewaktu die tidurkan. Kata-kata nasihat, pujian, zikir dan itu semua senang melekat dalam jiwa anak-anak.

Waktu dia dah betul-betul nyenyak dan tak bagi respond pada apa yang saya cakap saya akan menjadi sayu secara tiba-tiba. Waktu ni, air mata senang sangat mengalir. Macam-macam yang saya fikirkan. Adakah saya telah memanafaatkan sepenuhnya masa bersamanya. Apa yang perlu saya buat supaya bila saya marahkan die, dia tak kan rasa tertekan, macam mana saya nak didik dia supaya rajin baca Iqra, bla...bla...bla....semua soalan tu kekadang mengundang rasa bersalah pada tindakan saya sendiri. Kekadang terasa macam tidak adil untuk saya meninggalkannya 8-9 jam setiap hari sedangkan tanggungjawab seorang ibu adalah mendidik dan mengasuh anak-anak. Apalah daya ibu, keadaan sekarang masih belum mengizinkan duhai anak.

Saya paling takut memikirkan bagaimana sikap dan perilakunya bila die dah berada di alam persekolahan. Pergaulannya akan lebih berkembang dengan adanya rakan-rakan di sekolah. Apa yang harus saya lakukan supaya dia tidak akan tersalah memilih kawan. Bagaimana untuk saya pastikan dia tidak akan terpengaruh dengan perkara negatif sama ada melalui persekitaran mahupun media.

Pakaian anak-anak muda zaman sekarang juga amat membimbangkan saya. Cantik pada pandangan mereka tetapi tidak sopan pada kaca mata 'Melayu' dan 'Islam'. Bertudung tetapi berseluar ketat dan berbaju sendat. Hingga tiada apa yang terselindung walaupun 'bertutup' pada istilahnya. Perkembangan dunia fesyen kekadang di namakan islamik atau muslimah tetapi tidak menepati syarak. Mane tidaknya kerana perekanya bukan orang yang faham Islam. Aduh....ini sungguh menggerunkan.

Saat saya merenung setiap inci wajah dan tubuh kecil ini juga saya terfikir sejauh manakah saya mampu menjamin keselamatan anak-anak saya kelak. Macam-macam jenayah yang telah berlaku di sekeliling. Kekadang berada di rumah sendiri pun tidak merasa selamat. Rompakan, penculikan, pencabulan dan macam-macam benda yang membuatkan hati saya berdebar-debar saat saya membuat entry ini. Semoga Allah memelihara kita semua dari segala yang tidak kita ingini.

Walaupun ia menakutkan tetapi kita harus menerima hakikat yang semua ini berlaku dalam dunia sekarang. Anak-anak tidak lagi boleh dibiarkan bermain di luar rumah tanpa pengawasan, tidak boleh juga membiarkannya menonton TV tanpa kita pastikan apa yang ditonton adalah bermanafaat. Telefon yang dahulunya digunakan untuk membuatdan menerima panggilan juga sudah dipelbagaikan fungsinya. Apatah lagi kekadang menerima sms 'untuk melihat aksi panas saya sila taip ON dan hantar ke xxxx'. segalanya dihujung jari. Itu belum lagi kita ambil kira segala maklumat yang boleh didapati dari kemudahan internet. Segala-galanya hanya perlu taip dan 'ENTER' sahaja.

Ya, Allah.....selamatkanlah generasi Islam dari terus diperbodohkan. Selamatkanlah anak-anak kami dari segala perkara yang ditegah olehMu. Dikau lembutkanlah tutur kata dan indahkanlah perilaku mereka. Hindarilah mereka dari segala kemaksiatan dan godaan duniawi yang melalaikan. Kukuhkanlah tembok keimanan di hati mereka agar segala dugaan dapat mereka tempuhi dengan izin-Mu Ya Allah. Engkau peliharalah anak-anak kami dari segala dengki dan khianat manusia dan semoga hidup dan mati kami hanyalah untukMu.

Wednesday, May 4, 2011

Jom Kita Support Dieorang




Sekali lagi saya nak mengajak anda semua sertai satu event pada hujung minggu ni, Ahad 8 mei 2011. Tiada bayaran disertakan. Cuma anda perlu membuat confirmation kehadiran untuk mereka budget makanan dan kerusi. Ye la, kalau tak cukup makan atau tak cukup kerusi mestila ralat juga kan. Nanti ada yang rasa tak puas hati atau tak enjoy pulak. Kalau nak sertai boleh rujuk kepada mommy lyna dan Teacher Watie.

Sama seperti saya menjemput anda untuk event Sarakids Open Day, saya juga tidak mempunyai kenalan rapat dalam event ni. Mereka tak kenal saya pun, tapi saya kenal mereka melalui tulisan mereka yang hebat di blog mereka. Mr Abe tanya saya kenapa saya suka pergi event yang macam ni sejak kebelakangan ni. Saya cuma cakap saya inginkan pembaharuan dalam hidup. Kata Irfan Khairi kalau berkawan dengan orang yang sama, baca blog yang sama, baca buku penulis yang sama dan segala-galanya yang sama kita hanya akan berada di tahap yang sama. Jadi, saya ingin ubah cara saya berfikir, cara saya bergaul, bercakap dan sebagainya ke arah yang lebih positif. Bagi saya mereka insan yang hebat. Mereka melalui hari-hari yang mencabar dengan melaungkan perjuangan mereka. Saya juga jatuh hati dengan tulisan dan idea mereka.

Siapa mommy Lyna dan teacher Watie akan anda kenali apabila anda membaca tulisan mereka. Saya mengenali mereka juga melalui pembacaan di ruang blog mereka. Kalau tak silap saya event ni 3 in 1.

a) Anniversary Wisma Bling Lustre
b) Majlis pelancaran FAME Kids
c) Sambutan Hari lahir 3 ank kecil (saya rs ank orang kuat Bling Lustre ni)

Saya pernah berkunjung ke Bling Lustre untuk program Mom's Day Out dan tempatnya sangat cantik dan ceria. Kalu tak silap, akhbar utusan baru-baru ni ada buat liputan penubuhan Bling Lustre oleh Puan Kay . Tempat yag sesuai untuk ibu-ibu berprogram. Boleh bawa anak bersama dan disediakan persekitaran yang selamat untuk anak-anak bermain.

Mengenai apa itu FAME Kids, anda boleh baca di sini ye. Salah satu sebab saya menyokong mereka ialah kerana saya mempunyai seorang anak buah yang tergolong dalam OKU yang pernah saya ceritakan kisah nya di sini. Tapi tak salah anda turut menyokong usaha murni mereka dan tidak semestinya orang yang mempunyai ahli keluarga yang kurang upaya sahaja yang harus terlibat. Semangat dan sokongan kita yang sempurna fizikalnya amat diperlukan supaya insan OKU ini tidak rasa tersisih dalam masyarakat. Jangan kita mendabik dada dengan kesempurnaan fizikal kita kerana ia hanya pinjaman dan Allah boleh mengambilnya kembali pada bila-bila masa sahaj.

Dibawah saya pastekan jemputan dari Puan Kay di FB atau linknya di sini


Jemputan untuk sama-sama memeriahkan sambutan ulangtahun pertama Wisma Bling Lustre dan majlis pelancaran FAME Kids..

Hari : Ahad (8/5/2011)
Masa: 11am - 4pm
Jemputan: Farah Deeba, personaliti TV3, Aznil Nawawi

Highlights:
  • 1) Sambutan birthday combo untuk Aisy, Airy & Quzayra
  • 2) Pelancaran Fame Kids
  • 3) Bling Bazaar (Bazaar jualan produk bayi, ibu, wanita, muslimah dan pelbagai lagi)
  • 4) Makan2.. :))

Tang jemputan khas tu saya tak berani nak hebohkan. Dieorang kan selebriti, sibuk je memanjang. Kang dieorang cancel last minit tenganga mak cik nak jawab. Harap-harap diaorang dapat datang. Lagipun kedatangan kita ke sana bukan untuk tengok mereka kan? Kita ke sana untuk sama-sama menyokong event di atas. Dan sekiranya mereka hadir ini menunjukkan mereka turut menyokong usaha murni ini.

Hujan


Salam ceria semua. Hari ni pagi-pagi dah hujan lebat. Memang boleh membuatkan kita liat nak bangun pagi. Bila jenguk kat tingkap boleh nampak air bertakung kat depan rumah. On the way ke tempat kerja tadi pun ada 3 tempat yang jalannya ditenggelam air. Macam musim banjir pulak. Kalau rebus ubi makan pagi-pagi memang best ni. Teringat masa saya kecik-kecik dalam musim bah kat kampung.

Aktiviti paling penting kalau air naik secara tiba-tiba adalah selamatkan tanaman ubi mek. Kalau abah dan adik-adik lelaki pulak alihkan lembu dari kawasan ragut. Sebab kawasan mek menanam dan tempat ragut dekat dengan sungai. Masa kecik-kecik dulu memang malas-malas je bile mek suruh tukar baju dan turun angkut ubi. Sejuk tu buat kerja dalam hujan. Tapi lepas dah siap alihkan tanaman kiteorang enjoy main air banjir. Tebang batang pisang dan buat rakit. Best...best...pacat tu dah biasa dah. Tak heran pun. Cuma saya takut dengan lintah.

Balik main air pulak makan ubi rebus panas-panas dengan air kopi. Memang syok tak ingat. Aroma kopinya yang harum dan asap nipis dari ubi rebus memang buat saya terbuai jap. Dah abeh makan ape lagi, tarik selimut la. Hujan kan, memang tak boleh buat apa-apa lagi da.

Ada satu kali tu kami kami kena selamatkan ikan yang abah bela dalam kolam. kalau tak silap ada 7 kolam. So, kena pasang pukat dan cuba selamatkan sebanyak mana ikan yang dapat sebab ada kolam yang airnya dah melimpah. Kalau tak silap time tu abah bela ikan patin & ikan talapia. Abang Ngah saya hampir-hampir lemas sebab kaki tersangkut. Tapi nasib baiklah Allah bagi pelung untuk hidup lagi.

Saya terbuai dengan dunia kecil saya pulak dah. Ni yang buat rindu kat kampung nih. Padahal baru je balik kampung. Hehehe.....pagi ni kami tetap naik motor. Sebab hujan dah reda sket bila kami keluar tadi. Tapi kesian Mr Abe, mesti kesejukan sebab tempat kerja dia agak jauh. Balik nanti jangan lupa beli baju hujan ye. Asyik bertangguh je. Time hujan gini baru teringat nak beli.

Monday, May 2, 2011

Runtun Hati Ini .....

Tak lama lagi kita akan menyambut Hari Ibu kan? Alhamdulillah saya masih lagi mempunyai dua insan untuk di panggil ibu. Mek di Manek Urai dan Mok di Tumpat. Dua insan ini sangat memberi erti dalam hidup saya. Insan yang banyak mengajar saya untuk menjadi isteri yang solehah dan ibu yang tabah. Tak dapat saya bayangkan andai suatu masa mereka pergi meninggalkan saya. Pasti hati ini memerlukan seribu kekuatan dan ketabahan untuk melayari hari-hari mendatang. Kehadirin suami di sisi pasti akan membantu mengurangkan lara di hati. Tapi bagaimana agaknya lara hati seorang anak kecil yang masih memerlukan seorang ibu untuk bermanja?

Saya menziarahi seorang bapa saudara (belah Mr Abe)yang baru kehilangan isteri sebulan yang lalu yang menderita breast cancer. Pemergiannya di usia awal 40-an meninggalkan 7 orang anak yang masih kecil dan masih mendamba tempat untuk mengadu. Si abang sulung baru memasuki alam remaja. Di usia 16 tahun pasti dia masih belum mampu untuk menjaga adik seramai 6 orang yang semuanya lelaki. Si bongsu pula baru berusia 4 tahun. Belum mengerti apa-apa.

Hati keibuan saya tidak mampu menahan air mata ini dari mengalir saat saya melihat wajah suci anak kecil ini. Dia masih sangat kecil. Masih memerlukan kasih seorang ibu untuk mengadu bila si abang mengusik, masih memerlukan hangatnya pelukan seorang ibu untuk bermanja. Sungguh hati saya tidak mampu merenung wajah suci mereka.

Saat melangkah masuk ke rumah mereka saya melihat pak cik saya sedang memegang penyapu. Keadaan rumah yang tidak terurus sebegini tidak pernah saya lihat sebelum ini. Pasti sukar bagi seorang ayah untuk menguruskan anak seramai 7 orang tanpa bantuan isteri yang dicintai. Anak-anak di usia mereka pastinya sedang lasak dan belum pandai untuk mengurus diri sendiri.

Sang ayah ini perlu tabah. Dia masih belajar menerima ujian Allah Yang Maha Besar ini. Masih dalam proses menyesuaikan diri. Nasib baik nenek saya masih kuat dan boleh membantu dia menguruskan rumah dan anak-anaknya. Tapi apalah sangat kuderat seorang nenek yang telah berusia 70-an. Dia sendiri kekadang lupa dimana barang yang diletaknya. Bangun dari duduk pun agak mengambil masa. Hanya kerja-kerja ringan yang mampu dilakukannya.

Saya membawa diri ke dapur. Bukan kerana apa, tapi mencari tempat yang agak terlindung bagi menyeka air mata yang tak mampu tertahan melihat mereka. Saya hanya mampu berdoa agar setiap ahli keluarga ini tabah menerima ujian Allah ini. Dialog si ayah memujuk anaknya malam itu memang meruntun hati saya. kata si ayah 'best ya minum teh susu. Dah lama tak minum air manis kat rumah ye....'Ya Allah, sayunya hati saya. Hati kelakian Mr Abe juga tersentuh dengan dialog si ayah.



Inilah wajah anak kecil yang membuat hati saya meruntun itu. Sangat comel dan petah bercakap. Bila di tanya ibunya di mana, katanya 'mak ade. Dia kat kubur tengah berubat.'

Semoga Allah melindungi anak-anak kecil ini. Dan semoga mereka tabah menghadapi ujian dunia yang sementara ini. Amin ...

Sunday, May 1, 2011

Balik Kampung

Kami masih lagi di kampung.Kejap lagi bertolak balik KL. Seronoknye dok di kampung. Rasa cam baru semalam je kami sampai. Memang tak puas kalau takat 2-3 hari ni. Kate Mr Abe kalau balik Manek Urai kami tak abes duit. Sebab tak banyak tempat nak shopping. Tapi kalau balik Tumpat siapla. Pengkalan Kubur tu macam melambai-lambai je. Macam-macam ade kat sana tu. Semalam kami pergi jugak kat sana. Belikan periuk mengukus yang mek kirim. Memang kat sana syurga barang keperluan dapur.



Ini pengasuh Najla kalau balik Tumpat. Kekadang tak nak ibunya buatkan susu. Nak Cik Mah jugak buatkan. Memang Cik Mah ni rajin melayan dia. Kalau saya nak tinggal gi mana-manapun tak kisah. Cik Mah ni boleh di harap.



Jalan-jalan dengan Tok Mok petang-petang. Tengok teratai di tali air & lembu di padang. Macam-macam binatang Najla boleh kenal bile balik kampug ye.




Ini gambar di Tokong patung duduk. Kat sini ramai masyarakat Siam beragama Budha. Memang banyak tokong kat area Tumpat ni. Kami masuk pusing je kat dalam ni. Tak berani turun kereta bile tengok anjing berkeliaran. Ambil gambar pun dapat sekerat je. Kalau belum pernah tengok patung ni korang teka jela cemane rupenye ye. Hehehe....



Najla tengah pening tengok ikan banyak kat pasar. Mulut nya tak dok diam dok sebut fish..ooo...fisah besar, fish gerak.Emm...macam-macam la ank ibu ni.