Monday, September 26, 2011

Pulau Sibu, Mersing

Rasa nak bercuti merehatkan minda? Pemandangan menarik dan suasana tenang dan damai yang sangat menenangkan? Boleh juga ke Pulau Sibu. Saya ini kekadang terasa jiwang kalau suasana cam ni. Huk...huk....kalau zaman bercinta harus saya berangan menyanyi di gigi pantai sambil guling-guling macam filem hindustan. Tapi sekarang, baru je nak start berangan dah ada tangan kecil yang akan tarik-tarik baju ajak main sama.

Tahun ni syarikat Mr Abe buat family day di sini. Saya tak pernah bercuti ke pulau. So, agak excited la jugak. Kalau dari KL ambil masa lebih kurang 5 jam untuk sampai ke Jeti Tanjung Leman. Perjalanan agak mencabar dengan jalan yang berpusing-pusing dan banyak melalui kawasan felda kelapa sawit. Cukup la untuk buat saya pening kena goyang dengan bus. Atau mungkin jugak sebab saya dah lama tak naik bas.

Dari jeti ke Pulau Sibu hanya memakan masa selama 15 minit dengan menaiki bot. Si kecil Najla sangat suka. Asyik cakap 'best' and thumps up je bila tanya pasal bot. First time ....

Ni baru balik dari snorkeling. Si kecil ni sangat lapar sampai abeh roti 2 keping. Tu la, kalau dah dapat mandi tak ingat nak naik ke darat dah. Pakai sun block pon macam tak pakai je nak oi.


Sangat cantik kan pemandangan dari puncak bukit nih. Kami tinggal di Twin Beach Resort. Namanya Twin beach sebab pantai ada belah belakang dan depan.



Saya tak ikut Mr Abe ber'jungle trekking'. Takot nanti tergolek dok memikul Najla. So, kami tidur saje di bilik dan biarkan Mr Abe dan kawan-kawannya bersuka ria menegangkan urat saraf memanjat bukit. Dia po dah lama tak panjat bukit. Buah tangan yang dia bawak dari bukit tu, pokok tongkat ali. Panjangnya lebih kurang sedepa. Akar ngan batang hampir sama panjang. nak buat apa pun tatau la. Jadi perhiasan lagi tu ha terselit kat dinding rumah.



Ni part paling best. Mr Abe tak pandai berenang. So, die tak joint member-member lain ke tengah tengok ikan semua. hanya menemankan saya dan anak main air. Paling jauh pun paras leher Mr Abe je yang kami bermain. Najla seronok tak hengat. Susah nak di ajak naik. Sama macam raya hari tu jugak.


Cantik sungguh pemandangan di pagi hari ni. Masya Allah......


Bercanda di pesisir pantai dengan Mr Abe. jangan sampai anak hanyut tak sedar dah la yek. Pstt.....nape Mr Abe tak ajak saya ke pulau masa belum ade anak eh? Sebab abang tak pandai berenang ye? Hehehe.....Mr Abe nampak hensem di mata saya time nih


Dikelilingi amoi-amoi seksi sepanjang 3 hari 2 malam nih. Tak sejuk ke dik malam-malam pon pakai short? Mr Abe sila pandang sekali je eh. Jangan pandang berkali-kali. Mereka semua peramah dan mudah mesra. Semua muda-muda belia belaka. Yang melayu hanya 3 keluarga.

Sila lah bercuti ke sini. Hanya RM 250 untuk satu kepala (3 hr 2 mlm). Include snorkeling, jungle trekking & makan-makan. Makanan laut yang best dan frest. Yummy....yummy....

Wednesday, September 21, 2011

Saya Tak Kacau Waktu Kerja Ye

Ye betul saya seorang blogger. Saya ini beginner dan bukan blogger tegar yang sentiasa update blog setiap hari or isu baru 2-3 entry sehari. Saya hanya update bile lapang dan otak saya tak serabut dengan urusan kerja atau peribadi. Jadi saya saya SANGAT JARANG update blog time waktu kerja ye. Biasanya saya sampai office awal-awal pagi, sejam sebelum waktu kerja. Kalau berkesempatan dan ada idea saya akan update blog. Kalau tak, saya baca blog kawan-kawan je.

Jadi jangan risau ye. Kerja pejabat saya tak terganggu dengan adanya blog ni. Sebab saya tak boleh buat sesuatu yang memerlukan kita membina ayat sambil buat kerja lain. Kekadang nak dengar radio sambil menulis pon tak boleh. Kalau kawan-kawan yang dah faham saya, memang mereka tahu yang saya tak suka di ganggu kalau saya perlu buat surat atau mengarang.

Itu memang kelemahan saya sejak zaman sekolah lagi. Sebab tu saya sangat pelik kalau ada orang yang boleh buat revision sambil dengar radio. Saya tak boleh.

Kesimpulannya, blog ini tak mengganggu urusan kerja saya seharian. Terutama kerja-kerja di office. Saya hanya gunakan waktu luang waktu pagi sebelum office hour bermula. Harap maklum. Terima kasih

Wednesday, September 14, 2011

Thanks For Being my Sister

Entry lepas saya ada cerita sikit tentang sweet word yang buat hati saya syahdu dan sayu kan? Luluh hati seorang adik bile seorang abang mengucapkan terima kasih kerana menjadi adiknya. Saya terkedu saat abang saya mengucapkan kata-kata itu. "Thanks for being my sister".Ucapan itu hanya didengari oleh saya saat saya mengiringi perjalanannya hingga ke pintu pagar rumah. Memang saya terkesima sesaat sebelum saya membalasnya dengan senyuman. Hampir-hampir air mata saya mengalir saat itu. Tiada apa yang saya lakukan abang. Hanya menyayangi abang dan keluarga sepenuh hati kami.

Sebelum ni, bila orang bertanya berapa adik beradik saya, saya selalu cakap 9 orang. Tetapi sekarang saya akan katakan dengan bangganya saya ada 10 orang adik beradik. Saya punya 3 abang, 3 kakak dan 3 adik. Wah....semuanya ada tiga. Sangat ramai adik beradik saya kan? Dan saya bersyukur saya punya keluarga besar yang sangat bahagia. Dan Allah tambah kebahagiaan itu dengan kehadiran pelengkap hidup saya, Mr Abe dan puteri pengubat lara Ainun Najla. Alhamdulillah, tiada ungkapan untuk saya lafazkan rasa syukur saya dengan rahmat Allah ini. Semoga Allah terus melindungi dan memelihara kebahagiaan keluargaku.

Saya tidak pasti kenapa abang sulung yang berlainan ibu ini mengungkapkan kata-kata itu. Mungkinkah kerana kami tidak penah membezakan kelahiran kami yang lahir dari tembuni ibu yang berlainan. Darah yang mengalir dalam tubuh kami tetap darah yang sama. Dari bapa dan ber'bin'kan orang yang sama. Keturunan dan waris yang bernama Hashim.

Kalau saya bersalam dengan abang-abang yang lain dengan mencium tangan dan pipi mereka, maka itulah jua yang saya lakukan padanya. Jika saya memeluk abang saya saat bergurau dan bermanja, maka itulah jua yang saya lakukan padamu abang. Memang saya seorang adik yang manja dan sentiasa ingin bermanja. Dengan abang, kakak dan adik, saya tetap seorang yang manja.

Malah saya masih ingat, sayalah orang pertama yang memulakan budaya salam yang diiringi dengan ciuman di pipi ahli keluarga kami. Sejak saya membudayakan mencium pipi dan dahi abah setiap kali sebelum ke sekolah, ia terus menjadi rutin buat saya dan adik beradik yang lain. Tidak mudah untuk memulakan kerana abah sangat garang dan sifat malu yang menebal tetapi ia juga tidak susah untuk dilaksanakan. Kerana saya sangat menghargai wira-wira dalam keluarga yang sentiasa melindungi ahli keluarganya yang bergelar ibu, isteri, adik dan anak. Ciuman itu tanda kasih, tanda sayang. Dan pada ciuman itu juga ada pahala dan barokah dari Allah.

Dan buat abang Makhtar Bin Hashim, terima kasih kerana menjadi abang saya yang baik. Saya bahagia kerana abang sentiasa membahasakan diri dengan panggilan 'abang' dan 'kanda'. Saya bahagia berkongsi kasih dengan abang pada ayah yang sama. Saya bersyukur abang bahagia dengan adik-adik yang nakal dan becok. Dan saya bersyukur kerana Allah menganugerahkan abang sebagai abang saya. Alhamdulillah, semoga keluarga kita dirahmati Allah.

Inilah Abang Makhtar. Rupanya sangat iras dengan Abang Long saya. Hensemkan?

Ini gambar semua adik-beradik saya kecuali yang bertudung hitam dibelakang ibu saya. Dia adik bongsu Mek yang dibela sejak dilahirkan. Abang Long yang berkain pelikat putih. Sangat iras dengan Abang Makhtar.

Friday, September 9, 2011

Warna-Warni Hari Raya

Belum habis cerita raya saya. Apela yang saya sibukkan sangat kan sampai lambat update blog ni. Sibuk memenuhkan perut dengan makanan mungkin. Open house sana sini + kemalasan yang melanda.

Saya memang suka bila berkumpul ramai-ramai. Saya dan Mr Abe masing2 punya keluarga besar. Mr Abe ada 10 adik beradik dan begitu juga dengan saya. Bezanya, abang sulung saya lahir dari bapa yang sama tetapi berlainan ibu. Next entry saya kisahkan pasal abang sulung saya ni ye. Sebab saya dapat ungkapan yang sangat istimewa dari dia. Yang buat hati saya menjadi sayu.

Tahun ni saya beraya di Tumpat. Agak meriah dan semua adik beradik dapat berkumpul di hari raya pertama. Tahun ni kami gantung lampu lip lap lip lap dan pelita keliling rumah. Mok kata ni kali pertama pasang lampu. Sebelum ni tak pernah pasang pon. Seronok agaknya dapat beraya ngan cucu (cucunya dah 3 orang). Lagi-lagi si Najla yang melompat-lompat kalau nampak lampu cantek.


Dikala kaum lelaki sebok memanjat sana sini saya menggedik bergambor sana sini. Tapi letak sekeping jela gambo menggedik. Takut terserlah sangat kegedikkan saya dan adik-adik ni. Bagi saya beraya bersama keluarga mertua atau keluarga sendiri tetap sama. Kerana saya berkongsi insan yang sama-sama kami sayangi. Mr Abe sangat dihormati oleh adik-adiknya. kalau balik kampung diala yang paling bizi. Ada je kerjanya. Nak kemas laman la, baiki motor & basikal adik-adik la bla-bla......Mewarisi sifat ayah yang tak senang duduk diam.


Si kenit Najla ni tak pernah naik lori. Mula-mula asyik cakap tak nak je bila orang suruh naik lori. Bila tengok cousinnya seronok je melompat atas tu baru jeles nak naik. Tengok-tengok dia yang lagi over memanjat. kejap naik,kejap turun. Kiut betul budak dua orang ni.




Adik-adik masih muda remaja. Sihat-sihat belaka semuanya. Hehehe......seronok saya tengok depa semua pakai baju sedondon.


Kami pulak memang jarang buat baju sedondon. Saya rasa sepanjang 3 tahun beraya sebagai suami isteri kami tak pernah ada baju sedondon untuk raya. Mr Abe selalu ngelak kalau saya mintak dia buat baju melayu. Membazir katanya. Sebab dia jarang pakai baju melayu. kalau pakai sekali dua je setahun ken ke sayang. Tak kisah la bang. Tapi tahun depan kita buat sedondon ye. hehehe....jeles tengok orang lain sedondon tau.


Saya suke gambo ni. Bercanda ditaman larangan bos ke 2 saya. Acik nampak kuruih kan..kan..kan...


Dah berbuih mulut saya larang dieorang beli mercun. Tapi tak makan saman anak-anak buah dan adik saya nih. Dum dam...dum dam....tak kire siang or malam. Geram betul...


Ini anak-anak bujang yang hensem & comel semua. Rupanya anak buah saya yang paling tua dan berumur 23 tahun. Wah...dah boleh kawen kan. Adakah ini bermakna saya dah semakin berumur?Oh tidakkk...sungguh cepat masa berlalu



Di sini kita akan kembali suatu masa nanti. Tapi diri ini belum bersedia. Moga Allah merahmati arwah nenek saya. Saya langsung tak kenal arwah nenek saya yang ini sebab abah kata dia meninggal semasa melahirkan adik abah yang bongsu.


Nak menghabiskan masa bersama, kami keluar picnic di Lata Rek, Laloh. Dah lama kami tak picnic macam ni. Suke giler si kecil Najla. Dia yang paling lama mandi. Payah nak memujuk die naik. Tengokla betapa bersantainya die di atas pelampung tuh.


Ok, cerita raya saya berakhir di sini. Sangat seronok dapat bersama keluarga kan. harap hubungan mesra dengan keluarga terus berkekalan. Saya sangat bersyukur kerana punya keluarga yang sangat kuat ikatan kasih sayang. Alhamdulillah moga sentiasa diberkati Allah.

Tuesday, September 6, 2011

Selamat Hari Raya

Salam Lebaran untuk semua. Banyak yang nak diceritakan. Tapi masa dan keadaan tak berapa mengizinkan. Kat kampung saya memang tak bermaknanya celcom broadband ni. Simpan jela. Kalau maxis broadband plak macam hampeh. Slow yang teramat. Lagipun time2 raya ni tempat kaum wanita di dapur saya. Bergosip & bersenda gurau sampai kaum lelaki pon sebok gak nak menempel kat dapur.

Tahun ni turn saya beraya di rumah Mr Abe. Tapi oleh kerana KL ke Tumpat akan melalui jajahan Krai dahulu maka destinasi pertama mestila Manek Urai. Beruntungkan kalau macam ni. Pergi dan balik dari KL mesti kena singgah sebab dah menjadi laluan. Terima kasih Mr Abe ye sebab sangat bertimbang rasa dengan isterimu ini.

Saya sangat suka perjalanan di waktu siang. Sebab saya dapat tengok macam-macam keadaan geografi bumi walaupun subjek geografi bukanla subjek favourite masa saya sekolah dulu. Saya suka tengok pembangunan di Kelantan. Setiap kali saya balik ada je bangunan komersil yang naik. Saya tak kesah sangat orang nak kata Kelantan mundur kerana saya tetap bangga dengan negeri kelahiran saya. Tapi kalau raya memang bandar-bandar di Kelantan ni akan jem teruk. Dah macam KL jadinya. Nasib baik saya tak tinggal di kawasan bandar.

Kat rumah hanya tinggal mek dan abah berdua sahaja. Bulan-bulan puasa ni mereka jarang makan kat rumah. Selalunya mereka berbuka di masjid saja. Tak best katanya berbuka berdua saja. Kalau anak-anak balik baru la mek nak cari lauk & masak sedap-sedap. Hidangan berbuka kami hari tu simple saja. Tapi yang best ada kerabu beko. Saya tak tahu nama saintifik untuk buah beko ni. Tapi ni makanan orang dulu-dulu yang jarang dah dapat jumpa. Asalnya mek saya cari buah ni sebab saya nak ajak kawan baik saya berbuka sekali kat rumah. Tapi dieorang tak jadi balik plak. Ni la rupa kerabu beko. Lupa pulak nak ambil gambar buah yang belum diproses.


Najla sangat suka menempel dengan Mak Udanya ni. Walaupun dia baru pertama kali beraya dengan keluarga kami tapi anak-anak buah sangat suka dengan Mak Uda ni. Alhamdulillah, adik saya dapat seorang isteri yang sangat disenangi dalam keluarga kami. Semoga kebahagiaan mereka berkekalan hingga akhir hayat


Saya hanya sempat berbuka dengan mereka sahaja dalam bulan puasa tahun ni. Tak sempat berbuka beramai-ramai. Terima kasih kepada adik saya sebab balik untuk sama-sama berbuka dengan saya. Kedua-duanya bekerja di HUSM Kubang Kerian. Adik saya sebagai jururawat dan adik ipar yang come ini sebagai fisioterapi. Ada jugakla yang dapat diharap untuk selalu menjenguk mek dan abah yang dah semakin berumur.

Mak Uda sedang belajar anyam daun kelapa untuk buat ketupat nasi. Mr Joe ni pun baru je pandai anyam. Harapkan saya memang tak pandai langsung.


Kat kelantan ketupat nasi tak glamour sangat. Kami lebih suka buat ketupat pulut yang guna daun palas. Bila sesekali buat ketupat nasi ni jadik tak cukup pulak.