Tuesday, March 22, 2011

Roti Tempayan

Bila balik kampung memang saya boleh makan sepuas-puasnya. Hehehe...menambah kilos la kojenye. Bak kata adik perempuan saya " kalau balik kampung mesti dok dapur je" . Borak-borak pun kat dapur. kalau dah dok dapur tu confirm2 la sebat ape je yang ade depan mata kan?

Resepi simple yang menarik & mendapat sambutan masa balik kampung haritu ialah roti tempayan. Pembuatnya ialah kakak saya. 2 kilo sekali uli boss. Mau tak lenguh tangan. Roti ni sedap makan dengan kari, tapi kalu nak makan dengan kuah dal pun takde hal. Buatnya senang dan tak banyak kalori macam roti canai. So, buleh dipertimbangkan untuk makan banyak. Apakah???

Saya rasa roti ni sama je macam roti nan yang kita makan kat kedai mamak tu. Cume oleh kerana takde tempayan, so kami bakar atas kuali. Roti ni lembut je. Kalau biar lama pun dia tak jadi keras. Tapi lagi best makan time panas-panas.

Ok, mari kita tengok resepi mudah ni :-

Untuk Doh

1. 1/2 kg tepung gandum
2. 1/2 mauripan (yang paket RM 1.00 tu) - larutkan dalam air
3. 1/2 sudu kecil garam (larutkan dengan air)
4. 2 sudu besar Marjerin
5. 1 sudu besar gula
6. Air secukupnya

Campurkan tepung dengan marjerin & gula dan gaul hingga sebati. kemudian masukkan air garam & mauripan yang telah dilarutkan. Tambah air sehingga adunan menjadi sebati. Uli sampai lembut dan hempas-hempaskan ke lantai upss maksud saya ke dalam bekas (kalau saya, saya suka gula talam yang besar). Lagi best buat sambil bersila. Kalau nak hempas-hempas atas meja takut tertanggal abeh kaki meja ye kalians. Time korang nk hempas tu korang lepaskan la geram korang kt sape2 yang korang anti. Confirm hilang marah korang.Hehehe...then simpan dulu adunan tu sampai dia naik satu kali ganda. Tutup dengan tuala lembap. Lebih kurang 45 minit adunan tu dah boleh di canai. Bentukkan bulat2 ikut saiz yang dikehendaki dan canaikan. Bakar di atas api sederhana. Masa membakar tak perlukan minyak ye.

Kari Ayam

1. 1/2 ekor ayam di potong kecil
2. 2 sudu besar rempah kari
3. 1 inci halia
4. 5 ulas bawang merah
5. 3 ulas bawang putih
6. Air asam jawa
7. Santan
8. Garam & gula

Bahan tumis
1. 1 batang kulit kayu manis
2. Halia, bawang merah & putih - dihilis halus
3. 4 tangkai bunga cengkih
4. 2 kuntum bunga lawang
5. Minyak untuk menumis


Panaskan minyak dan masukkan semua bahan untuk menumis. Kemudian masukkan rempah kari yang telah ditumbuk dengan bawang putih, bawang merah dan halia. Apabila dah bangkit baunya, masukkan sedikit santan, air asam jawa dan ayam. Tutup periuk dan biarkan hingga isi ayam sebati dengan bahan yang ditumis. Agak-agak isi ayam dan separuh masak bolehlah dimasuk baki santan. Perasakan dengan garam dan gula dan biarkan hingga masak.

Gambar yang memang tak menarik. Tapi makan memang best

Okeh dekat sikit

Nota Saya:-
Saya memang bukan seorang yang pandai masak. So, entry masak-masak ni pepandaila adjust ye kalau rasa tak kena gaya seorang chef. Hehe....

No comments:

Post a Comment