Friday, April 29, 2011

Mertua Vs Menantu

Hehhehe......ini bukan cerita di TV ye.


Tetibe di hari Jumaat yang indah ni nak jadi motivator macam Dato’ Dr Fadhilah Kamsah lak. Emm….Dr Hayati pun saya suke jugak. Sangat lembut dan tersusun je kata. Best kan orang-orang yang banyak ilmu ni. Banyak pahala dapat. Dengan kata-kata sahaja mereka dapat mendidik masyarakat. Dapat mencairkan hati yang keras menjadi lembut, merubah dunia gelap kepada kehidupan yang tenang berpaksikan hukum Tuhan. Bagi saya nilai mereka lebih tinggi dari pemimpin yang dok sebok mencari salah parti lawan. Ops…saya bukan pengkritik politik. Gostan…gostan…


Insya Allah malam ni kami sekeluarga akan balik kampong. Tak sabar rasanya nak jejak kaki ke Tanah Serendah Sekebun Bunga ni. Kali ni kami balik ke kampong Mr Abe, Tumpat. Bulan Mac lepas kami dah balik Manek Urai untuk majlis wedding adik saya, so kali ni kami bayar hutang family Tumpat la plak. Orang Tumpat pun rindu jugak kat kami. Ye dak Tok Mok & Tok Ayoh?


Saya ni jenis yang jarang guna istilah father in law or mother in law. Bagi saya ibu & ayah suami adalah sama seperti ibu dan ayah sendiri. Kekadang istilah 'mertua' mewujudkan satu jurang antara kita dan mertua. Mereka yang melahirkan suami kita. Suami yang kita cinta dan berlindung di sebalik tubuh sasa mereka. Jadi, adalah wajar untuk kita menyayangi mereka sama seperti ibu dan ayah sendiri. Tiada beza antara keduanya.

Dan jangan kita sentap tak tentu arah kalau kita jatuh di tangga ke 2 atau ke tiga di hati suami kerana yang pertama adalah ibunya. Itu Allah yang perintahkan. Dan saya rasa itulah sebabnya sangat penting untuk tidak meletakkan beza antara ibu kandung & ibu mertua. Supaya kita sentiada bersedia untuk mendahulukan ibu suami kita.

Tapi makhluk Allah si syaitan tu memang jahat. Akan sentiasa menggoda kita. macam-macam bisikan yang akan digunakan untuk mempermainkan hati kita. Jadi sama-sama lah kita mohon perlindungan dari Allah. Moga iman kita kuat dan tidak mudah termakan hasutannya.

Alhamdulillah saya dianugerahkan ibu & ayah mertua yang sporting dan sangat baik. Mereka lah insan-insan yang sentiasa mendoakan kebahagiaan kami. Merakalah insan yang akan keluar mencari itu dan ini bila kami beritakan akan pulang ke kampung. Mereka yang sangat susah hati kalau dikatakan cucunya Najla tidak sihat. Merekalah yang sentiasa dan selalu memberi kata semangat diwaktu kami mengadu domba. Semoga Allah melindungi mereka dalam rahmat dan keberkatannya.

Dan buat mek & abah, kalian juga adalah ibu dan bapa yang sangat hebat. Menantumu yang nakal dan selalu kene marah ini juga menyayangimu seperti dia menyayangi ibu dan ayahnya. Mek, mok, ayah & abah adalah kekuatan kami. Semoga Allah melindungi kalian sentiasa.

No comments:

Post a Comment