Friday, April 22, 2011

Era dan saya di pagi hari

Salam Jumaat semua. Pagi Jumaat yang indah dan cerah hari ni di Gombak. Harap-harapnya tak hujan la petang karang. Dah 3 hari saya balik lrumah pukul 7 pm lebih sebab tunggu Mr Abe yang stuck dalam hujan. Maklumlah, kami ni merempit je. Mr Abe memang tak suka bawak kereta gi kerja. Kesian jugak kat si kecik Najla yang tak sempat bermanja lama-lama ngan ibu dan abinya.

Aktiviti yang paling saya gemar buat pagi-pagi bila sampai ofis adalah on radio. Saya memang tertunggu-tunggu slot 'Can I Help U' dan 'Cayang Die' di radio Era. Memang saya suke sesangat. Yang Can I Help U tu memang akan buat saya gelak sorang-sorang. Terbayang-bayang jugak kalau la orang buat dajal kat saya macam tu tatau la cemane saya rase. Sebab saya memang 'teror' giler berbahasa Inggeris. Abes semua aku tibai sat lagi. Tak kira dah grammer nye cemane. Janji jalan jer. Hehehe.....

Paling best dengar celoteh anak-anak kecil dalam slot 'Cayang Dia' tu. Bijak sungguh anak-anak kecil tu. Harapnya Princess Najla pon akan petah bercakap. Jangan cakap yang bukan-bukan dan buat orang sakit hati dah la. Indahkan dunia ni kalau dapat anak yang bijak bercakap dan sentiasa buat hati kita bahagia.

Bila dah masuk pukul 9 am saya dah tak ambil kisah sangat dah ngan radio tu. Kekadang tak on pon radio. Sunyi sepi bilik ni ha. Sejak dari belajar saya memang tak suka on radio kalau saya study. Jadi melekat sampai saya kerja habit tu.

2 comments:

  1. kitorang pun merempit gak..merempit berempat...hehe

    ReplyDelete
  2. kami bertiga. tupon da penuh. kalau berempat tatau mane nak letak sorang lg. akak ngan Mr abe saiz xl & xxl. wani takpe kecik.heheh...

    ReplyDelete