Bersemangat saya nak menghupdate blog hari ni. Kami baru je balik dari Gathering ibu-ibu menyusu & Open Day Sarakids di Shah Alam. Sangat best dan tahniah saya ucapkan pada seluruh warga Sarakids. Nasib baik la ada mama zara di sana. Muka-muka lain saya kenal depa melalui blog je. Tapi depa tak kenal saya. So, agak malu-malu kucen sket la saya ngan depa.
Entry sebelum ni saya ada war-warkan Pak Nil akan turut serta kan? Saya mintak maaf banyak-banyak ye. Pak Nil tak hadir hari ni. Mungkin berita yang saya dapat tu belum confirm sepenuhnya., tapi saya dah gi citer. So, saya mintak maaf banyak-banyak k.
Walaupun tanpa kehadiran Pak Nil tetapi majlis tetap meriah. Pn Watie dari GBOB memang sangat pandai menghidupkan majlis. Seronok tengok semua yang datang berbaju pink, merah & hitam. Masa pelancaran breast pump keluaran Sarakids, anak puan Farah keluar dengan naik kuda dan datang peluk mummynya. Time tu tetiba saya jadi sebak. Hampir menitis ait mata. Tataula kenapa. Spirit of breast feeding sangat bergelora dalam jiwa saya time tu. Menyesali kekurangan ilmu saya sebagai seorang ibu kerana menyogokkan anak saya dengan susu lembu. Yang saya perasan si mc Pn Watie tu pun menitis gak airmatanya. Huhuhu.....tambah saya sayu bila lepas nyanyi lagu penyusuan susu ibu Mr Abe bisik kat telinga saya "... pasni ibu pun kene nyusukan anak tau ...". Ibu janji abang. Kalau Allah izinkan kita untuk dapat anak seterusnya, saya akan berusaha sepenuh hati saya untuk menyusukan anak kita. Doakan kita cepat dapat second child k.Hehehe ....
Najla dengan spek hitamnya. Tak mao bukak. Kunun glamer la tuh. Malu weh orang lain tak pakai spek itam pon nak oii. Pujuk-pujuk die nak la letak atas kepala. Tengok la gambar kat bawah lak. Eksen sungguh ............
Siap ambil tag celebrity yang orang tampal kat kerusi lagi tau. Aduhai anak ibu ni. Cumel la ....
Bila mc umum untuk buat penyusuan serentak Najla pun sebok nak menyusu jugak. Saya dengan segan silunya keluarkan botol susu. Tutup ngan kain sebab malu kat orang nak. Anak yang lain menyusu dengan susu asli. Kamu lak dengan susu pinjam. Dah namanye perhimpunan ibu-ibu menyusu kan. Malula saya bila anak saya menyusu botol. Maaf nak ye, ibu terlambat dapat ilmu.
Saya curik-curik ambil gambar Pn Su - Lunatots ni. Segan nak gi tegur. Macam secret admire la plak saya ni. Curik-curik je. Pandang-pandang, jeling-jeling dari jauh jela.
Tak lama pas tu saya tetiba je jadi berani tegur dia. Sungguh peramah mummy yang comel ni. Beborak ngan dia macam dah lama kenal. Melalui dia la saya kenal lampin kain moden. Sungguh best anak saya ber Cloth Diapers dan banyak duit dapat jimat. First jumpa dia teka saya lebih muda dari dia, tapi sebenarnya saya tua setahun dari dia. So, saya lagi kiut la ye Su? Ahaks, suke acik kenal awak tau.
Semua orang nak bergambo dengan Pn Farah. Saya selit-selit jela mane yang boleh nampak muke. Janji ada muka saya dengan Pn Farah.Hehehe......
Akhirnya dapat jugak saya bergambar in person dengan Pn Farah. Dia sangat bizi hari ni. Tak sempat nak berborak bertanya khabar. Tapi sempat berborak sekejap dengan husband Pn Farah sebelum balik. Sopan sungguh dia meminta maaf atas segala kekurangan majlis anjurannya. Katanya kedatangan peserta 3 kali ganda dari yang mendaftar. Tak heran la bila tak cukup kerusi. Yang mendaftar 200 lebih je, tapi yang datang lebih dari 600. Tahniah atas penganjuran yang sangat meriah dan hebat. Kalau kita nak puaskan hati semua orang memang susah. Bagi saya bukan senang yang control crowd yang seramai ini.
Ni la mama zara, ibu muda yang dah beranak dua. Pandai menjahit lak tuh. Nanti ajar akak menjahit ye. Hehehe....tengok tulisan 'mama zara' kat bajunya itu? Dia buat sendiri tau. Comel...sapa nak tempah boleh la cari dia.
Ni antara mama, mummy, ibu dan ummi yang datang. Sangat ramai sampai tak muat stage nak bergambar. Cameraman pulak sampai panjat-panjat kerusi nak ambil gambo.
Ini pulak dua insan yang beraja di hati saya. Tanpa mereka saya takkan ada dalam majlis ni. Tanpa mereka saya juga takkan sedar bahawa susu ibu itu adalah anugerah yang sangat hebat yang hanya Allah berikan kepada sesiapa yang bergelar ibu. Terima kasih Mr Abe yang sangat sporting melayan saya hari ni. Abang suami yang hebat kerana menyokong ibu untuk menyusukan anak-anak abang kelak. Semangat dan kata-kata perangsang abang sangat diperlukan dalam merealisasikan impian kita. Terima kasih sayang.....
aha..kan..mmg xternilai susu ibu nih..Qistina sempat minum fully susu ibu sampai umur 3bulan je..pastue campur je la..mlm susu ibu n siang susu lembu..sama la kita xtau ilmu itu..insyaAllah..thn dpn nk bg bb baru minum susu ibu sepenuhnya dh..amin..
ReplyDeletesori ibu qis, lupa nak ajak die joint skali. nanti kalau ada lagi kita g sama-sama k. lain mcm je statement, qis da nk dpt adik ke?
ReplyDeletedh tau ritu..tp, xdan nk g coz ada agenda lain..insyaAllah..tgk awal thn dpn cne..amin..amin..hehe
ReplyDeletesalam perkenalan...
ReplyDeletesaje search kt internet tentang open day sarakids..terjumpa blog ini
saya pun join. Belum up cerita lagi. Nak edit gambar dulu.
Takpe, 2nd baby boleh breastfeed, Insyaallah.. Semua ibu kalau boleh nak menyusu anaknya dgn susu ibu, tapi maybe sebab kurangnya ilmu bf membantutkan usaha itu. now kita boleh berkongsi cerita dgn ibu2 yang BF. Good luck
hi nieda. selamat berkenalan.
ReplyDeletenasib baik saya ada kesedaran walaupun agak lambat. saya pun nak kenal lebih ramai ibu-ibu yg bf. bila dalam kelompok yg sama kita boleh berkong si rasa. saya tunggu cerita nieda pulak ye
hihii...cepat naek story... gmbr lum tsfer lg..tggu lah story da basi :)
ReplyDeletehehehe....semangat beb. akak balik dulu hr tu. mr abe tanak bg anak mandi. panas katanya. kol bape wani balik?
ReplyDeletesama la..wani pon balik terus...lepak kt gym tu je kejap...bg papa dia lepas gian nak bergym...hehe
ReplyDelete