Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru

Bila tibanya hari guru, setiap yang bergelar pendidik pasti tersenyum lebar. Lagi-lagi guru-guru sekolah. Mesti banyak dapat hadiah kan? Cuma guru disiplin jela kalau tak dapat pon. Hehehe......kalau lecturer agak2 dapat hadiah tak? Saya tak pernah bagi hadiah kat lecturer. Tapi kat guru sekolah pernahla.

Saya jarang bagi guru hadiah. Sebab kalau bagi mesti kat favourite teacher je kan. Kesian cikgu-cikgu yang garang tu, mesti tak dapat. Kalau dapat pun satu atau dua je. Nasib la badan. Masa sekolah rendah dulu saya pernah bagi cikgu hadiah buah. Sebab saya bukan orang kaya. Bapa saya hanya jaga sekolah. Duit belanja ke sekolah hanya RM 0.30. Tak boleh nak beli nasi pon. Sebab nasi RM 0.50. Tapi RM 0.30 dah cukup untuk mengalas perut saya dengan air dan kueh. Alhamdulillah, walaupun saya susah, dapat jugak saya belajar sampai ke universiti. Boleh jugak saya bagi duit kepada mek dan abah saya tiap-tiap bulan.

Saya takkan lupa pada jasa semua guru-guru saya. Tanpa kata-kata semangat dan usaha mereka saya takkan pandai. Walaupun tak pandai sangat tapi sekurang-kurangnya boleh jugak mek & abah saya melangkah masuk ke dewan convocation. Dulu kalau nak masuk universiti result SPM kena betul-betul bagus sebab 'U' terhad. Tapi la ni belambak-lambak universiti swasta. IPTA pun dah bertambah.

Masa sekolah rendah dulu saya pernah kena denda jalan itik keliling bangunan kelas. Kena usung kerusi pun pernah jugak. Kene rotan kalau tak dapat jwb soalan memang selalu. Kalau bab bising satu kelas memang tak yah cakap la. Dari sekolah rendah sampai sekolah menengah selalu kena. Kenangan mengusik jiwa betul. Kalau balik mengadu kat abah memang confirm abah bagi 'bonus' lagi. So, baik senyap-senyap je. Abah siap pesan lagi kat cikgu soh rotan kalau saya degil. Tapi kalau murid2 sekarang ni.....memang kena main psikologi. Salah hukum kena saman lagi adela.

Saya percaya kepada kata-kata 'kerjaya guru adalah sangat mulia'. Guru memerah otak untuk menjadikan suasana pembelajaran sesuatu yang menyeronokkan. Guru tak pernah kering dengan idea untuk memudahkan kita memahami tentang sesuatu pelajaran. Guru tidak pernah menidakkan saat kita pergi mengadapnya untuk bertanya soalan. Guru jugalah yang mendidik kita dengan menerapkan nilai-nilai yang murni dalam kehidupan. Tapi kita harus ingat yang guru juga manusia. Pasti ada kelemahan dan kelebihannya. Jadi jangan la kita mengharapkan guru sepenuhnya untuk mendidik anak-anak kita. Kerjasama dan gandingan ibu bapa dan guru itu sangat perlu untuk menjadikan anak-anak kita berjaya.

Bapa mertua saya juga seorang guru. Rumah di Tumpat dan berkhidmat di Jerek, Gua Musang. Anda tahu berapa jauhnya tumpat ke Gua Musang tu? Ayah akan bangun seawal jam 3.00am untuk menaiki keretapi jam 4.00am. Hampir jam 7.00 baru ayah sampai ke Jerek. Saya yang hampir mencecah umur 30 tahun ni pun terasa azabnya perjalanan sejauh itu setiap hari, apa lagi ayah yang telah hampir pencen. Betulkan guru itu umpama lilin? Membakar diri untuk menerangi dunia anak didiknya. Semoga pengorbanan mereka diredhai Allah

No comments:

Post a Comment