Thursday, May 5, 2011

Bila Die Tidur


Mata ini belum mengantuk walaupun da dekat kol 2 pagi. Harini agak pelik. Biasa saya tido lebih awal dr Princess Najla. Tapi malam ni mata saya segar bugar je. Walaupun masa nak tidokan Najla tadi hampir-hampir saya terlelap. Susah betul nak tidokan ikut waktu. Biasanya bile dah padam lampu & tv dengan ibunya skali belayar dalam alam mimpi.

Saya paling suka time die tengah lalok nak tido tu. Time ni kan otak macam separuh sedar. Tanyala apa sahaja die akan angguk mengiyakan. Kekadang die ulang word akhir yang saya tanya die. Sungguh comel je rasa. Dalam Islam pun digalakkan kita berbicara dengan anak sewaktu die tidurkan. Kata-kata nasihat, pujian, zikir dan itu semua senang melekat dalam jiwa anak-anak.

Waktu dia dah betul-betul nyenyak dan tak bagi respond pada apa yang saya cakap saya akan menjadi sayu secara tiba-tiba. Waktu ni, air mata senang sangat mengalir. Macam-macam yang saya fikirkan. Adakah saya telah memanafaatkan sepenuhnya masa bersamanya. Apa yang perlu saya buat supaya bila saya marahkan die, dia tak kan rasa tertekan, macam mana saya nak didik dia supaya rajin baca Iqra, bla...bla...bla....semua soalan tu kekadang mengundang rasa bersalah pada tindakan saya sendiri. Kekadang terasa macam tidak adil untuk saya meninggalkannya 8-9 jam setiap hari sedangkan tanggungjawab seorang ibu adalah mendidik dan mengasuh anak-anak. Apalah daya ibu, keadaan sekarang masih belum mengizinkan duhai anak.

Saya paling takut memikirkan bagaimana sikap dan perilakunya bila die dah berada di alam persekolahan. Pergaulannya akan lebih berkembang dengan adanya rakan-rakan di sekolah. Apa yang harus saya lakukan supaya dia tidak akan tersalah memilih kawan. Bagaimana untuk saya pastikan dia tidak akan terpengaruh dengan perkara negatif sama ada melalui persekitaran mahupun media.

Pakaian anak-anak muda zaman sekarang juga amat membimbangkan saya. Cantik pada pandangan mereka tetapi tidak sopan pada kaca mata 'Melayu' dan 'Islam'. Bertudung tetapi berseluar ketat dan berbaju sendat. Hingga tiada apa yang terselindung walaupun 'bertutup' pada istilahnya. Perkembangan dunia fesyen kekadang di namakan islamik atau muslimah tetapi tidak menepati syarak. Mane tidaknya kerana perekanya bukan orang yang faham Islam. Aduh....ini sungguh menggerunkan.

Saat saya merenung setiap inci wajah dan tubuh kecil ini juga saya terfikir sejauh manakah saya mampu menjamin keselamatan anak-anak saya kelak. Macam-macam jenayah yang telah berlaku di sekeliling. Kekadang berada di rumah sendiri pun tidak merasa selamat. Rompakan, penculikan, pencabulan dan macam-macam benda yang membuatkan hati saya berdebar-debar saat saya membuat entry ini. Semoga Allah memelihara kita semua dari segala yang tidak kita ingini.

Walaupun ia menakutkan tetapi kita harus menerima hakikat yang semua ini berlaku dalam dunia sekarang. Anak-anak tidak lagi boleh dibiarkan bermain di luar rumah tanpa pengawasan, tidak boleh juga membiarkannya menonton TV tanpa kita pastikan apa yang ditonton adalah bermanafaat. Telefon yang dahulunya digunakan untuk membuatdan menerima panggilan juga sudah dipelbagaikan fungsinya. Apatah lagi kekadang menerima sms 'untuk melihat aksi panas saya sila taip ON dan hantar ke xxxx'. segalanya dihujung jari. Itu belum lagi kita ambil kira segala maklumat yang boleh didapati dari kemudahan internet. Segala-galanya hanya perlu taip dan 'ENTER' sahaja.

Ya, Allah.....selamatkanlah generasi Islam dari terus diperbodohkan. Selamatkanlah anak-anak kami dari segala perkara yang ditegah olehMu. Dikau lembutkanlah tutur kata dan indahkanlah perilaku mereka. Hindarilah mereka dari segala kemaksiatan dan godaan duniawi yang melalaikan. Kukuhkanlah tembok keimanan di hati mereka agar segala dugaan dapat mereka tempuhi dengan izin-Mu Ya Allah. Engkau peliharalah anak-anak kami dari segala dengki dan khianat manusia dan semoga hidup dan mati kami hanyalah untukMu.

No comments:

Post a Comment