Thursday, May 12, 2011

Lempeng Pisang Tradisional

Masak-masak bersama si kecil memang menyeronokkan. Biar comot, biar bersepah kerana ia merupakan saat yang akan kita kenang di hari tua kita kelak. Dan diharap, saat itu juga menjadi satu memori indah yang akan mengingatkan anak kita kepada kita kelak. Masih ingat iklan KFC yang seorang anak perempuan nak buat hidangan istimewa untuk ibunya? Habis satu rumah macam tongkang pecah dibuatnya. Ayat terakhir sebelum iklan tu tamat, si anak kecil tu berkata ‘ esok nak masak macam ni lah….’. Sweet kan? Iklan tu memang membawa mesej yang sangat bermakna dalam sebuah keluarga.


Untuk princess Najla pun sama. Saya cuba libatkan dia dalam aktiviti dapur saya. Dan kali ni kami masak makanan tradisional Lempeng Pisang. Ini kali pertama saya mencuba. Tengok caranya pun senang dan pisang yang bawak balik dari kampung hari tu masih banyak, kami terus masuk dapur.


Bahan yang diperlukan sangat simple

- 1 ½ cawan tepung gandum

- 6 biji pisang (apa-apa pisang pun boleh) - dilenyekkan

- ½ cawan kelapa parut

- 2 sudu gula (gula dah naik harga, kena kurangkan)

- Sedikit garam

Caranya pun sangatla senang. Campur semua bahan dan letakkan di atas daun pisang. Kemudian bakar atas kuali ceper. Tara……


Ye…ye saya tahu rupenya memang tak mengancam. Sebab saya berebut sudu dengan Najla ye. Kalau tak kerana berebut dengan Najla mesti lagi cun. Hehehe….


Sangat senang kan. Makan dengan kopi time tengah panas-panas memang syok tak ingat. Tambah pulak dengan aroma daun pisangnya. Pergh…..


Budak ini bau asyem kerana belum mandi. Comot …..

2 comments:

  1. It's a good thing to have such an cativity with ur daughter..barulah anak akan akrab dgn ibu. saya mmg admire cara Sah layan anak..sungguh sabar..kalau saya.asik meninggi suara je..dh cube xmau naik angin tp anak xmau dgr..xtau nk wat camane..ade tips?org kate bc surah an-nas hembus kt ubun2,brzikir time sediakan makanan..I did that every chance I have. klau ade tips2 lain yg sah bleh kongsi, I would appreciate it..

    ReplyDelete
  2. Alahai ra, sah ni takdela pandai sgt kontrol emosi ngan ank ni. kekadang tinggi gak suara. Masih mencari ilmu dlm mendidik ank2 jgk ni. Biasanya kalau dia menguji kesabaran sah, sah akan istighfar byk2. Sorang marah, sorang lg akn pujuk ank.sah selalu borak ngan die time die br2 tidur tu. time tu la nk nasihat dan bgtahu apa yg boleh & x boleh buat. sama2 kt cuba ye ra. sah pon x pandai sgt

    ReplyDelete