Monday, March 7, 2011

Esok?Lusa?Minggu Depan?Tahun Depan?


Hidup ini tak selalunya indah. Kekadang kita di atas & kekadang kita di bawah. Tak semestinya apa yang kita ada hari ini akan masih menjadi milik kita di hari esok. Sebab apa yang kita miliki adalah datangnya dari Allah dan Dia boleh mengambilnya dari kita bila-bila masa pun. Ibarat kata kita pinjam satu buku tulis dari seorang kawan. Buku tu kita selalu guna untuk menulis. Kita tulis apa sahaja & buku tu kita dah guna macam buku kita sendiri. Satu hari tuan punya buku tu nak balik barang yang dia pinjamkan pada kita. Dia berhak ambil balik walaupun secara baik atau kasar. Dia berhak untuk beritahu dahulu yang dia mahukan buku itu dan dia juga berhak untuk mengambilnya secara tiba-tiba. Hakikatnya kita tahu yang buku itu memang kita pinjam. Walaupun kita sayang buku tu sepenuh hati. Kita tetap tak boleh nak menghalang tuan punya dari ambil balik kan?

Jadi kita perlu sentiasa bersedia. Suatu hari orang yang kita sayang akan meninggalkan kita ataupun sebaliknya. Suatu hari handphone yang kita sayang akan rosak, lap top yang menjadi nadi kita mungkin jatuh. Semua tu 'pinjaman' yang Allah berikan pada kita kan? Jadi janganlah kita terlalu meratap jika apa yang kita miliki hari ini suatu hari di tarik balik. Pasrahlah pada ketentuan Allah.

Intro entri macam nak cerita pasal benda sedihkan? tapi sebenarnya saya nak bercakap tentang pentingnya kita membuat persediaan dalam kewangan. Tapi duit/harta yang kita ada juga milik Allah kan? Tiada siapa yang boleh mengagak apa yang akan berlaku di hari esok. Sama macam kewangan kita. Mungkin hari ini kita masih boleh mewah berbelanja. Boleh pakai baju berjenama, makan kat restoran yang high class, boleh beli apa sahaja kehendak anak-anak. Tapi macam mana kalau tetiba company tempat kita kerja tiba-tiba bankrup. Tak dapat bayar gaji. Kalau ada VSS mungkin la kita boleh survive untuk sebulan dua. Tapi lepas tu? Jadi bermula dari hari inilah kita perlu sedar yang langit tak sentiasa cerah. Kene sediakan payung sebelum hujan.

Rancanglah segala perbelanjaan kita. Tak salah untuk sekali sekala makan di tempat yang mahal. Tak salah untuk punya baju berjenama, modified kereta, tukar perabot rumah, nak beli tv plasma 42 inci. Semua tu tak salah dan tak dilarangpun dalam Islam kalau kita mampu. Tapi jangan sampai bermegah-megah. Jangan sampai timbul riak. Ukurlah baju di badan sendiri. Lihatlah kemungkinan yang akan berlaku di hari esok.

Kalau nak pakai baju berjenama, belilah ketika ada jualan murah. Tapi tak salah kalau kita pakai baju murah selagi tidak membuka aurat & kemas serta bersih. Saya suka statement Irfan khairi yang saya baca di FB beliau tidak lama dulu. Lebih kurang gini bunyinya " Orang lain bukan tahupun kita pakai baju berjenama kalau kita tak bagitahu" Sebab tak semua orang kenal brand yang mahal-mahal kan? macam saya la tu. Hehehe....saya tak mampu beli baju mahal-mahal.

Lagi satu elakkan la hutang yang negatif. kalau hutang rumah & kereta itu kategori hutang positif. Tapi kalau sampai 3 biji kereta takde maknanya positif. Hutang negatif maksudnya hutang yang hanya menambah beban kewangan. Contohnya beli peti ais hutang, beli perabot rumah hutang, buat personal loan tanpa sebab yang kukuh, pakai kredit kad sampai 3-4 keping. Banyak lagi la. Saya punya prinsip beli barang secara cash. (bukan barang yg puluh-puluh ribu) Kalau belum cukup duit, simpan dulu. Kumpul sampai cukup. Jangan berbelanja ikut kemahuan. Utamakan keperluan yang asas dahulu. Biarlah orang nak berkata kita tak up to date, sayang nak berhabis duit kat anak ke apa. Janji kita tahu apa yang kita buat. Sebab hanya kita yang tahu apa yang kita tanggung. Tapi jangan sampai kita jadi kedekut. Jadi macam Haji Bakhil. Hj Bakhil tu pun ada jugak time dia jadi pemurah. Time Cikgu Munirah datang jela. Ngan orang lain jangan harap. Jadi kita harus bersederhana. Pastikan ada tabungan setiap bulan. Sebab kita belum tahu apa yang akan berlaku di hari esok, lusa dan esok-esoknya.

No comments:

Post a Comment