Wednesday, February 23, 2011

SAYA DI ALAM REMAJA II

Malam ini sungguh sunyi, damai dan indah. Ketenangan di lewat malam memang sentiasa menggamit kenangan silam di alam kampus yang sungguh indah. Malam ini memang saya agak sentimental, syahdu dan menjadi seorang perindu. Jika di alam persekolahan saya masih lincah dan sentiasa bergembira dengan kawan-kawan yang menghiburkan, tapi menginjak usia kemuncak keremajaan rencah hidup saya makin berwarna warni. Ingin tahu di mana saya mula mengenali dunia luar? mengenali peritnya hidup berjauhan dari ibu dan ayah? Ya....terlalu banyak perkara yang saya belajar di bumi Allah ini. Bumi yang banyak melahirkan insan-insan cemerlang, yang bait-bait lagunya sentiasa saya rindui.....


********
Kami anak kandung
UTM rimbun bernaung

Usaha kami bukti cintamu

Dikau persada ilmu

*******




UTM-satu nama yang sentiasa saya rindui.Ya, itulah UTM. Selama 4 tahun saya mengutip serpihan ilmu Allah yang Maha Luas. Seteguk ilmu yang membawa saya mengenal kewajaran seorang pelajar untuk menghormati seorang guru. Walau siapa pun guru itu, walau kita tidak merasakan dia adalah seorang yang hebat. Tetapi dia tetap seorang guru, seorang pendidik yang wajib kita hormati.

Saya bukan seorang pelajar yang cemerlang, saya bukan pengunjung setia library, saya juga pelajar yang nakal yang pernah tidak menyiapkan assignment. Saya juga pernah fail paper. Itu tak mungkin saya lupakan. Sungguh malu saat pertama kali masuk ke kelas untuk repeat paper. Terpaksa belajar bersama adik-adik junior untuk subject law. Saya sering masuk bila betul-betul waktu pengajaran akan bermula dan berada di sit yang paling dekat dengan pintu keluar. Tak mahu beramah mesra dengan adik-adik junior sebab tersangatlah segan. Bila diingatkan balik kesal jugak rasa hati. Tapi itulah natijah yang terpaksa saya bayar atas kesilapan sendiri. Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga grade dan mampu membuat ibu & ayah saya tersenyum.

PERSAHABATAN....itulah perkara yang paling meninggalkan kesan di hati saya. Berada di tahun tiga, saya mula mengenal erti persahabatan yang benar-benar ikhlas. Tidak pernah saya menyayangi mereka seperti saya menyayangi sahabat-sahabat yang lain. Mereka benar-benar insan yang boleh saya berkongsi apa sahaja. Mereka punya karektor yang berbeza tapi memang sekepala. Kekadang ade sahaja konflik yang datang dan membuatkan air mata menjadi peneman. Tetapi itu resam biasa dalam bersahabat dan saya terima. Kami pernah panjat pokok jambu air bersama, berborak sampai ayam berkokok, berebut bilik air dan makan kuaci sambil dengar lagu di waktu petang. Sungguh saya merindui kalian. Walaupun kita tidak sama course, tidak sama umur dan kekadang tidak sama pendapat tetapi saya tetap sayang kalian. Walau kita jarang berhubung sekarang ini, ngin ku katakan kalian adalah sebahagian dari hidupku. Kalian melakarkan episod indah dalam usia remajaku. Dan kalian adalah ........

K.Hasnie, K.Siah, Linda & Aini


Walau saya agak kurang rapat dengan rakan sekelas sewaktu di kampus, tapi kalian tetap di hati saya. Kalianlah rakan yang sentiasa membantu di kala saya bingung dan pening dalam pelajaran. Kalian telah menjadi orang-orang yang hebat. Tahniah untuk anda semua. Dan sekalung penghargaan buat teman sekelas yang paling rapat Norul Faeza. Terima kasih kerana sentiasa bersama dan menjadi teman karibku.

3 rd Batch - SHP 2003 (Pembangunan Sumber Manusia)

*Entri ni saya draf mlm tadi tapi baru sekarang say post kn

No comments:

Post a Comment