Thursday, February 24, 2011

Follower Pertama

Selamat pagi semua. Syukur pada Allah masih diberi peluang untuk menyedut oksigen lagi pagi ni. Alhamdulillah masih sihat walafiat dan mampu melangkah mengikut haluan. Saya tak dapat bayangkan kalau Allah tarik segala nikmat yang diberikan ini. Sedangkan kalau Allah uji dengan sendawa yang tak lepas tu pun kita dah rasa tak selesa. Apa lagi kalau ujian yang lebih besar dari itu. Ya Allah, semoga diri ini sentiasa mensyukuri segala nikmat Mu dan sentiasa melaksanakan perintahMu dengan ikhlas.

Hari ni saya keluar rumah seawal 7.45 a.m. Waktu ni memang awal bagi saya kerana perjalanan ke tempat kerja hanya memakan masa 15 minit dan waktu kerja saya akan bermula jam 9.00 a.m. So, saya ada masa nak jenguk-jenguk blog & Fb saya. Inilah untungnya kalau tempat kerja dekat dengan rumah. Tinggal di Gombak ni tak banyak sangat jalan yang jem. Sebab tu saya suka tinggal kat sini. Masih ada kawasan yang belum dicemari dengan pembangunan atau dengan kata lain 'kampung' yang sudah tentu menjadi pilihan saya.

Hari ni bukak je blog saya tengok saya dah ada sorang follower. Alhamdulillah ada jugak yang sudi menjenguk. Terima kasih ya wani . Tipulah kalau saya kata saya menulis blog untuk saya sahaja dan bukan untuk orang lain baca. Kalau tak, buat apa saya register dalam domain blogsport ni kan? Saya ingin berkongsi apa sahaja di sini dan ingin punyai lebih ramai kawan. Kekadang kawan di alam maya ni lebih baik dan jarang mengguris hati. Sebab bila kita menulis kita akan berfikir dahulu. Tak sama macam bercakap yang mana kita akan terus cakap apa yang ada dalam fikiran kita. Salam ukhuwah untuk semua dan semoga saya akan punyai lebih ramai kawan nanti. Yang penting, saya mengharapkan kawan yang ikhlas dan boleh menegur kekurangan diri saya dan 'aku menulis bukan kerna nama' (hehe..lirik lagu sape ni? papa rock kot. dah lupa)

No comments:

Post a Comment