Monday, February 21, 2011

PROGRAM REALITI...KENAPA MENGAIBKAN DIRI?...

Selamat pagi Isnin semua. Mulakan hari dengan senyuman ye...

Malam tadi saya tengok audition program realiti Mentor. Banyak sungguh program realiti sekarang ni. Semua orang nak jadi penyanyi, nak glamour macam artis yang ada sekarang ni. Ramai rupanya orang nak jadi penyanyi kat Malaysia ni yek. Kalau tak, takan audition Aflin Shauki habis sampai kol 4.00 pagi. Sayapon suke 'kesempoian' Aflin Shauki...heheh....tapi takdela sampai fanatik. Suke jer...



Satu bende yang saya pelik dengan calon2 tertentu yang datang audition ni. Dah lama saya perhatikan. KENAPA MESTI MENGAIBKAN DIRI? Kenapa mesti marah-marah bila tak terpilih sampai mencarut segala?Kenapa sampai menangis beria-ria bila tak terpilih? Ada jugak yang meraih simpati judges dengan ceritakan kesusahan datang audition tanpa duit tambang, sampai tido di kali lima semua tu? Macam2 provokasi yang kita boleh lihat.

Bagi saya, langsung tidak berbaloi nak menangis meratap bile kene reject. Nampak sangat ketidakmatangan. Apatah lagi kalau mencarut & memaki hamun bagai tu. Bukan jadi penyanyi je jalan untuk berjaya dalam hidup wahai saudara. Malah lebih ramai orang yang berjaya bukan berada dalam bidang nyanyian atau lakonan. Bukalah mata celik lah akal. Paling saya sedeh bila saya lihat ianya terdiri dari golongan orang Melayu. Semoga Allah selamatkan generasi muda negara kita.

Bukannya saya menolak hiburan 100%. Setiap manusia punya naluri untuk menghiburkan diri. Punyai hak untuk menenangkan otak yang setiap hati berfikir hal-hal kerja dan segala macam. Tapi kita harus ingat jangan sampai hiburan melalaikan tanggungjawab kita pada Allah S.W.T, pada ibu bapa & keluarga. Renung-renungkan...

No comments:

Post a Comment