Thursday, February 24, 2011

SABARLAH AYAH




Entry ini saya tujukan khas buat semua insan yang bergelar ayah, abi, baba,papa,daddy, appa, bapak atau apa saja panggilan oleh anak-anak anda. Kekadang ur wife pon akan panggil anda macam tu kan? saya pun sama. Sebelum ni saya buat entry khas untuk ibu. So, adil la kan.

SABAR. Senang je nak sebut perkataan ni. Tapi tak semudah untuk kita laksanakan. Manusia yang normal telah dianugerahkan Allah dengan pelbagai perasaan dan emosi. Kekadang hati kita berbunga riang, kekadang kita akan jadi sangat sensitif, cemburu, marah dan ada ketikanya blur. Hebatkan Allah itu. Kekadang hanya dengan Expresi muka sahaja orang dah dapat mengagak emosi kita ketika itu. Tapi kekadang kita meletakkn emosi itu pada tempat yang salah. Kita mengeluh pada sesuatu yang tak sepatutnya.

Anak itu merupakan satu anugerah dan dalam masa yang sama ia juga satu ujian. Saya pasti setiap suami ingin bergelar 'ayah'. Ingin punya bukti 'kelakian' dan kemampuannya memberi zuriat bagi meneruskan kesinambungan generasi. Kalau tidak, takan ada lelaki yang bagi alasan untuk berkahwin lebih dari satu kalau isterinya tidak dapat melahirkan zuriat kan? Alasan itu memang kukuh. hehehe.....


Dalam kegairahan untuk bergelar ayah itu adakah kita telah benar-benar mempersiapkan diri kita? Bersediakah telinga kita untuk menahan bingitnya tangisan si anak kecik? Bijakkah kita memujuknya di kala tangisnya makin menjadi-jadi? 'Tangan' kah penyudahnya bila anak degil tidak mendengar kata? Cuba kita sama-sama duduk dan fikirkan sejenak.

Tanggungjawab seorang ayah tidak selesai dengan hanya menyediakan keperluan & kebajikan si anak. Mendidik dan mengasuh anak tidak boleh hanya diserahkan kepada si ibu sahaja. Tanggungjawab itu seharusnya sama-sama di pikul. Kerana mereka adalah bukti kasih & cinta antara si ayah & si ibu. Dalam Islam kita telah di ajar cara-cara untul bergaul dengan anak-anak kita. Ada ketikanya kita perlu menjadi kanak-kanak seperi mereka, ada kalanya kita perlu menjadi kawan & pendengar yang setia dan ada kalanya kita perlu bertegas.


Kadang-kadang si ayah terlalu cepat melenting. Anak itukan ibaratnya kain putih. Segalanya atas kebijaksanaan kita untuk menghasilkan corak yang menarik padanya. Jadi, berfikirlah sebelum bertindak. Sekiranya anak masih kecil, sudah tentunya dia tidak mengerti apa-apa. Perasaan ingin tahu mereka sangat kuat. Perkembangan otak kanak-kanak sangat hebat apatah lagi di usia 3 tahun ke bawah. Malah lebih hebat dari seorang saintis ulung. Jadi biarkanlah mereka meneroka asalkan tidak bahaya. Jangan melenting bila mereka sepahkan mainan, jangan bengang jika mereka rosakkan barang kesayangan anda. Bersabarlah, istighfarlah di saat perasaan marah menguasai diri. Kitalah yang harus bijak mengawal keadaan. Kitalah yang mesti mengambil kira susunatur barang-barang di rumah agar tidak mudah di capai oleh si anak. Nasihatilah anak dengan penuh kasih sayang dan baritahulah dengan berhemah kenapa dia tidak boleh buat begitu dan begini. Dan jangan lupa beritahu mereka akibat jika mereka berbuat apa yang kita larang.

Sekiranya anak meragam kenal pastilah kenapa mereka berbuat demikian. Mungkin diapers basah, mungkin perut kembung dan mungkin juga ada kehendak mereka yang tidak dipenuhi. Sekiranya anak meragam kerana kehendak tidak diperolehi, cubalah alih perhatian mereka dengan sesuatu yang lain. Tidak semestinya apa yang anak minta perlu dipenuhi. Jadi ambillah pendekatan diplomatik. Gunakan psikologi untuk mengawal mereka. Sabarlah ayah, perangai mereka ini tidak akan berterusan. Mungkin esok mereka jadi anak yang sangat mendengar kata. Peluklah mereka. Cium lah mereka. Sentuhan seorang ayah adalah pengubat resah si anak.

Percayalah, ganjaran yang besar menanti bagi setiap ayah yang membesar dan mendidik anak dengan penuh sabar. Saya teringat ceramah Ustaz Kazim yang menyatakan ragam anak merupakan kifarah buat ibu dan ayah. Allah itu sangat penyayang. Dia menghapuskan dosa ibu & ayah dengan cara mengujinya dengan ragam anak-anak. Maka bersabarlah. Berdoalah semoga ayah tabah dan kuat menerima ujian Allah. Anak itu satu anugerah yang istimewa ayah.

* Buat Mr Abe, sayang akan menyokong & menbantu abang dalam mendidik anak-anak kita. Mereka adalah benih yang kita semai. Semoga di hari esok, mereka berdiri sebagi pokok yang kukuh dan mengeluarkan buah yang manis dan ranum. Amin...






No comments:

Post a Comment