Monday, February 28, 2011

Tak Suka Pindah-Pindah

Assalamualaikum & salam ceria.

Badan ni masih penat. Masih lenguh-lenguh. Aduhai...bila la agaknya penat ni akan habis. Hujung minggu ni saya agak bizi. Nak update blog & jenguk-jenguk FB pun takde mood. Nak ambil leave sayang plak cuti tanpa sebab. So datang jugak la kerja walaupun penat. Abang saya asek cakap da tanak pindah-pindah dah. Penat....saya pun tak suke. Tak tahula cemane orang yang jenis pindah tiap-tiap tahun tu.

Sejak saya hidup bersama Mr Abe, ni la kali pertama kami pindah. Dulu masa anak dara nak pindah senang aje. Saya cuma bawak diri dan beg pakaian je. Dalam 2 hari dah siap kemas. Tapi bila dah berkeluarga ni, mak aii....banyak jugak rupanya barang kami. Rasanya kami ni takde la banyak perabot pon. Tapi lori 3 tan tak boleh muat satu trip. Haishhh....Sampah ke hape kami simpan dalam rumah ni yek? Hehhe....

Tak tahu barang mane dulu nak kemas


Rumah yang baru ni agak sempit dari rumah dulu. Walaupun kami sayang rumah dulu tapi terpaksala pindah bila tuan rumah nak buat operasi anai-anai secara besar-besaran. Dah nasib orang menyewa kan. Terpaksa la pindah. Rumah tu sangat la luas. Dapur tu boleh buat satu lagi bilik. Saudara mara pun suka datang rumah tu sebab selesa. Tapi yang sekarang ni...sob..sob...isk......Lepas ni Najla dah tak dapat main basikal dalam rumah lagi ye. Yang paling sedeh, tiada ruangan khas untuk Najla macam di rumah lama dulu. Takpela ye sayang. Pembelajaran boleh berlaku di mana sahaja kan.


Sabar ye nak. Nanti ibu ngan abi cuba cari rumah kita sendiri k.


Naluri orang kampung memang kuat dalam hati saya ni. Rumah baru yang kami cari ni pun dalam kawasan kampung jugak. Segala jenis binatang ada. Itik la, angsa, ayam, arnab & yang paling best bunyi cengkerik di waktu malam. Sapa yang penakut memang tak boleh datang rumah ni agaknya. Saya pun penakut jugak. Benda yang paling saya takut kat rumah ni .... sila lihat di bawah ok...

Kenapa la kau bukan tokek?

Apa tu ye? Tokek ke? Mengkarung ke?....ia adalah seekor cicak. mak aiii besonye. Ini bukan first time saya tengok cicak sebesor ni. Tapi saya memang dari dulu alahan@geli dengan cicak. Tak kira la beso atau kecik. Kalau tokek kompem saya tak geli kan? Hahaha.....terbayang-bayang kalau ia adalah seekor tokek. Harus berbuat sesuatu supaya dia tak masuk rumah lagi ni.

No comments:

Post a Comment