Wednesday, September 14, 2011

Thanks For Being my Sister

Entry lepas saya ada cerita sikit tentang sweet word yang buat hati saya syahdu dan sayu kan? Luluh hati seorang adik bile seorang abang mengucapkan terima kasih kerana menjadi adiknya. Saya terkedu saat abang saya mengucapkan kata-kata itu. "Thanks for being my sister".Ucapan itu hanya didengari oleh saya saat saya mengiringi perjalanannya hingga ke pintu pagar rumah. Memang saya terkesima sesaat sebelum saya membalasnya dengan senyuman. Hampir-hampir air mata saya mengalir saat itu. Tiada apa yang saya lakukan abang. Hanya menyayangi abang dan keluarga sepenuh hati kami.

Sebelum ni, bila orang bertanya berapa adik beradik saya, saya selalu cakap 9 orang. Tetapi sekarang saya akan katakan dengan bangganya saya ada 10 orang adik beradik. Saya punya 3 abang, 3 kakak dan 3 adik. Wah....semuanya ada tiga. Sangat ramai adik beradik saya kan? Dan saya bersyukur saya punya keluarga besar yang sangat bahagia. Dan Allah tambah kebahagiaan itu dengan kehadiran pelengkap hidup saya, Mr Abe dan puteri pengubat lara Ainun Najla. Alhamdulillah, tiada ungkapan untuk saya lafazkan rasa syukur saya dengan rahmat Allah ini. Semoga Allah terus melindungi dan memelihara kebahagiaan keluargaku.

Saya tidak pasti kenapa abang sulung yang berlainan ibu ini mengungkapkan kata-kata itu. Mungkinkah kerana kami tidak penah membezakan kelahiran kami yang lahir dari tembuni ibu yang berlainan. Darah yang mengalir dalam tubuh kami tetap darah yang sama. Dari bapa dan ber'bin'kan orang yang sama. Keturunan dan waris yang bernama Hashim.

Kalau saya bersalam dengan abang-abang yang lain dengan mencium tangan dan pipi mereka, maka itulah jua yang saya lakukan padanya. Jika saya memeluk abang saya saat bergurau dan bermanja, maka itulah jua yang saya lakukan padamu abang. Memang saya seorang adik yang manja dan sentiasa ingin bermanja. Dengan abang, kakak dan adik, saya tetap seorang yang manja.

Malah saya masih ingat, sayalah orang pertama yang memulakan budaya salam yang diiringi dengan ciuman di pipi ahli keluarga kami. Sejak saya membudayakan mencium pipi dan dahi abah setiap kali sebelum ke sekolah, ia terus menjadi rutin buat saya dan adik beradik yang lain. Tidak mudah untuk memulakan kerana abah sangat garang dan sifat malu yang menebal tetapi ia juga tidak susah untuk dilaksanakan. Kerana saya sangat menghargai wira-wira dalam keluarga yang sentiasa melindungi ahli keluarganya yang bergelar ibu, isteri, adik dan anak. Ciuman itu tanda kasih, tanda sayang. Dan pada ciuman itu juga ada pahala dan barokah dari Allah.

Dan buat abang Makhtar Bin Hashim, terima kasih kerana menjadi abang saya yang baik. Saya bahagia kerana abang sentiasa membahasakan diri dengan panggilan 'abang' dan 'kanda'. Saya bahagia berkongsi kasih dengan abang pada ayah yang sama. Saya bersyukur abang bahagia dengan adik-adik yang nakal dan becok. Dan saya bersyukur kerana Allah menganugerahkan abang sebagai abang saya. Alhamdulillah, semoga keluarga kita dirahmati Allah.

Inilah Abang Makhtar. Rupanya sangat iras dengan Abang Long saya. Hensemkan?

Ini gambar semua adik-beradik saya kecuali yang bertudung hitam dibelakang ibu saya. Dia adik bongsu Mek yang dibela sejak dilahirkan. Abang Long yang berkain pelikat putih. Sangat iras dengan Abang Makhtar.

No comments:

Post a Comment