Thursday, May 19, 2011

Berkeseorang di Ofis Jam 7.00 PM


Saat dan ketika ini saya berkeseorangan di office yang ada 3 level ni. Macam-macam yang datang melilau dalam fikiran ni. Saya bukak radio kuat-kuat. Station radio apa pun saya tatau, janji ade bunyi jek. Kenapa saya stay office time ni yek? Rajinnya saya kan? Hahahha...takde maknenye kerajinanku kalau sampai berkeseorangan cam ni. Kat luar hujan masih lebat. Dah macam malam dah ni ha.

Mr Abe masih belum sampai. Saya cakap kalau ada kilat tak perlu keluar office lagi sebab saya memang agak fobia dengan kilat. Maklumlah, kuda Kriss bertayar dua kami tu tak mampu melindungi badan kami dari lencun.Memang saya tak berani & dok senyap je kalau kilat & guruh kuat. Sikap tu diwarisi oleh Princess Najla sebab semalam pengasuhnya cakap die nangis sorang-sorang masa guruh kuat.

Semalam kami redah jugak hujan sebab dan jam 7.30 pm pun hujan tak berhenti jugak. Nekad jela redah. Masa atas motor tu saya asyik terfikirkan Mr Abe yang hampir hari-hari meredah hujan lately. Sungguh bahaya dengan jarak pandangan yang terhad dan permukaan jalan yang licin. Buat seketika saya jadi insaf dan sangat menghargai pengorbanannya menghantar dan mengambil saya setiap hari. Kerana itu saya juga tidak lupa mengingatkannya untuk sentiasa berzikir ketika menunggang motor. Jangan terlalu beremosi bila ada pengguna jalan raya yang bersikap kurang menyenangkan.

Terima kasih Mr Abe atas segala pengorbanan dan rasa tanggungjawab itu. Ia sungguh menyentuh hati ini. Semoga Allah sentiasa melindungi setiap langkahmu.

****** Sekarang ni tengah dengar lagi Never Had Dream Come True. Oh sungguh menggamit kenangan zaman UTM dulu. Saya sangat obses dengan lagu ini time tu. Best...best...tq DJ putarkan lagu favourite saya. ******

2 comments:

  1. dugaan dan cabaran yg kite tempuh bersama akan menguatkan lagi ikatan kasih sayang antara suami isteri. Setiap pengorbanan yg suami lakukan utk kita akan mmbuatkan kita jatuh cinta lg kn?I fell in love with my hubby each day. Even the smallest thing he does for me, membuatkan saya sgt terharu. U should tell ur hubby that u love him every day. Tgk sape plak terharu..

    ReplyDelete
  2. meang betul ra. kekadang boleh menitis air mata tau. kalau tanpanya tataula cemane nk teruskn hidup.He is everything to me.huhuhu....

    ReplyDelete