Wednesday, March 9, 2011

Ulang Tahun Perkahwinan ke 3



Alhamdulillah sudah masuk tahun ke 3 kami hidup bersama. Berkongsi suka dan duka. Bersilang tangis dan tawa. Semua itu rencah hidup yang menjadikan warna kehidupan kami berwarna warni. Saya bersyukur dengan hubungan suci ini. Sungguh saya bahagia dengan adanya Mr Abe di samping saya dan dengan kehadiran si comel Ainun Najla. Syukur padamu ya Allah atas segala anugerah ini. Semoga kebahagiaan ini akan berterusan hingga akhir hayat kami.

Memang kami tidak hidup mewah. Memang kami tak punya kereta besar. Kami tak punya rumah sendiri lagipun. Tapi kami bahagia dengan hari-hari yang kami lalui. Kami dilimpahi dengan kemewahan kasih sayang. Setiap hari akan kedengaran tawa riang dan manja. Pelukan dan ciuman tanda kasih dalam ikatan kami tidak pernah kami lupakan setiap hari. Si comel Najla akan mencium tangan dan memeluk kami kalau dia datang dengan rasa bersalah. Tiap masa luang yang ada kami manafaatkan dengan aktiviti bersama. Semoga Allah mengekalkan kebahagiaan ini. Dan semoga Allah merahmati kehidupan kami. Yang penting kami bersama atas restu ayah dan ibu kami. Dan kami bahagia dengan keluarga besar kami. Alhamdulillah...

Buat Mr Abe, terima kasih kerana menjadi seorang suami yang penyayang dan bertanggungjawab. Seringkali abang mohon maaf kerana tak dapat beri kemewahan pada saya. Tapi hati ini tidak pernah ralat kerana memilihmu sebagai seorang suami adalah tepat. Di hati ini hanya dirimu yang bertakhta. Terima kasih kerana menyayangi diri ini sepenuh hati dan sentiasa membahagiakanku. Setiap manusia akan punya kelemahan, maka ku jadikan kelebihan ku untuk menutup kelemahan mu. Dan kelemahanku akan ditutup dengan kelebihan mu.


Perkahwinan ini adalah hubungan suci yang saling melengkapi. Perkahwinan ini menjadikan pahala ibadah kita digandakan. Hubungan ini menjadikan tiap air tanganku adalah pahala dan tiap titis keringat kerana mencari rezeki yang halal adalah pahala. Perkahwinan juga menjadi medan untuk kita menyemai kasih sayang tanpa dibatasi dan dijauhi dari dosa zina. Tiap benih yang lahir dari hubungan suci ini menjadi kifarah pada dosa kita yang lalu. Kerana berjaga malam kerana anak sakit juga mendapat pahala, mendidik anak yang belum tahu apa-apa juga diganjari pahala. Alhamdulillah atas kurniaan Allah ini.

Kami dinikahkan oleh Abah saya

2 comments:

  1. Aduhai Sah..Trsentuh hati membacanyer.Kita brsyukurlh dgn apa yg ade.saye pn sederhana shj. Itupn slps bbrp thn brkahwin. kalau diingtkn ms awal2 kahwin,lg la ssh.Alhamdulillah,makin lama makin bertambh rezeki dgn brtambahnyer anak2.Xperlulah kita membandingkan diri kita dgn org yg sng/mewah. Kdg2 apa yg kita ade sdh lebih dr org yg sng. Insyaallah, dgn rs syukur Tuhan akn kurniakn lebih lg pd kita dlm apa btk sekali pun.Tidak semestinya dgn duit shj.

    ReplyDelete
  2. Betul tu ra. Tak semestinya hidup mewah akan lebih bahagia. Syukurlah dengan apa yang ada.

    ReplyDelete