Monday, October 17, 2011

Lebih Senang Menuding Jari

(Gambar pinjam Mr Google punye)


Hari Isnin saya penuh dengan semangat. Saya bekerja hingga tidak sedar dah pukul 1 lebih. Wah...sungguh bersemangat saya hari ini. Clear je meja saya . Nampak terang dan seronok mata memandang. Biasanya meja saya memang selalu bersepah-sepah. Kat belah kiri dokumen yang belum ambil tindakan, kat belah kanan file bersusun dan kat belakang dokumen belum bagi kat adik kerani. Haih....hari ini semua dah hampir settle. Seronok betul rasanya.

Tapi saya tak nak ceria tentang kerja saya. Tapi ingin berkongsi tentang adat manusia yang lebih suka melihat kesalahan orang berbanding kelemahan diri. Rasanya sikap seperti ini ada pada semua orang. Kalau ada yang terkecuali pon memang sangat sedikit dan sukar di cari. Dan saya bukan orang yang terkecuali dari sikap ini. Seringkali juga saya menyalahkan orang lain dan terlalu melihat kelemahan orang lain. Walhal kekadang mungkin pokok pangkalnya datang dari diri kita sendiri.

Biasa kita dengar ' satu jari menuding ke arah orang lain, yang lainnya akan menuding ke arah kita.' Memang benar kata-kata ini. Sungguh saya akui. Sebab tu saya sangat suka dengan perkongsian saya di entry ini. Bersangka baik itu memang lebih mulia walaupun pada keadaan yang kita nampak sangat teruk. Apa pun perkara yang berlaku dalam hidup ini, melihat sesuatu dari sudut pandangan yang positif itu lebih baik dan jauh lebih menenangkan. Walau hakikatnya tidak senang untuk kita laksanakan.

Jika kita hanya melihat dari sudut yang negatif, ia lebih menekan jiwa, mengusutkan fikiran dan hanya menambah noda hitam dalam hati kita. Prasangka itu virus yang secara senyap meratah sifat baik yang ada dalam diri kita. Secara zahirnya nampak seolah-olah kita tidak mencederakan fizikal individu lain, tetapi hakikatnya kita telah menyekat dari melihat sifat baik dan kelebihan seseorang. Rugikan......rugi jika kita hanya menyimpan dendam, membungkam resah dan menyulam kata-kata nista.

Bukankah menyembunyikan keaiban seseorang itu lebih baik? Kerana Allah akan menyembunyikan keaiban kita. Bukankah memaafkan insan lain itu menjadikan kita seorang yang hebat? Kerana kita juga melakukan kesilapan dan semoga orang lain juga senang memaafkan. Dan bukankah melihat kelemahan diri itu lebih memandu kita ke arah syurga berbanding menghitung kelemahan dan keburukan orang yang hanya meluaskan jalan ke neraka.

Semoga perkongsian ini memberi manafaat kepada kita semua lebih-lebih lagi diri saya.

No comments:

Post a Comment