Tuesday, September 6, 2011

Selamat Hari Raya

Salam Lebaran untuk semua. Banyak yang nak diceritakan. Tapi masa dan keadaan tak berapa mengizinkan. Kat kampung saya memang tak bermaknanya celcom broadband ni. Simpan jela. Kalau maxis broadband plak macam hampeh. Slow yang teramat. Lagipun time2 raya ni tempat kaum wanita di dapur saya. Bergosip & bersenda gurau sampai kaum lelaki pon sebok gak nak menempel kat dapur.

Tahun ni turn saya beraya di rumah Mr Abe. Tapi oleh kerana KL ke Tumpat akan melalui jajahan Krai dahulu maka destinasi pertama mestila Manek Urai. Beruntungkan kalau macam ni. Pergi dan balik dari KL mesti kena singgah sebab dah menjadi laluan. Terima kasih Mr Abe ye sebab sangat bertimbang rasa dengan isterimu ini.

Saya sangat suka perjalanan di waktu siang. Sebab saya dapat tengok macam-macam keadaan geografi bumi walaupun subjek geografi bukanla subjek favourite masa saya sekolah dulu. Saya suka tengok pembangunan di Kelantan. Setiap kali saya balik ada je bangunan komersil yang naik. Saya tak kesah sangat orang nak kata Kelantan mundur kerana saya tetap bangga dengan negeri kelahiran saya. Tapi kalau raya memang bandar-bandar di Kelantan ni akan jem teruk. Dah macam KL jadinya. Nasib baik saya tak tinggal di kawasan bandar.

Kat rumah hanya tinggal mek dan abah berdua sahaja. Bulan-bulan puasa ni mereka jarang makan kat rumah. Selalunya mereka berbuka di masjid saja. Tak best katanya berbuka berdua saja. Kalau anak-anak balik baru la mek nak cari lauk & masak sedap-sedap. Hidangan berbuka kami hari tu simple saja. Tapi yang best ada kerabu beko. Saya tak tahu nama saintifik untuk buah beko ni. Tapi ni makanan orang dulu-dulu yang jarang dah dapat jumpa. Asalnya mek saya cari buah ni sebab saya nak ajak kawan baik saya berbuka sekali kat rumah. Tapi dieorang tak jadi balik plak. Ni la rupa kerabu beko. Lupa pulak nak ambil gambar buah yang belum diproses.


Najla sangat suka menempel dengan Mak Udanya ni. Walaupun dia baru pertama kali beraya dengan keluarga kami tapi anak-anak buah sangat suka dengan Mak Uda ni. Alhamdulillah, adik saya dapat seorang isteri yang sangat disenangi dalam keluarga kami. Semoga kebahagiaan mereka berkekalan hingga akhir hayat


Saya hanya sempat berbuka dengan mereka sahaja dalam bulan puasa tahun ni. Tak sempat berbuka beramai-ramai. Terima kasih kepada adik saya sebab balik untuk sama-sama berbuka dengan saya. Kedua-duanya bekerja di HUSM Kubang Kerian. Adik saya sebagai jururawat dan adik ipar yang come ini sebagai fisioterapi. Ada jugakla yang dapat diharap untuk selalu menjenguk mek dan abah yang dah semakin berumur.

Mak Uda sedang belajar anyam daun kelapa untuk buat ketupat nasi. Mr Joe ni pun baru je pandai anyam. Harapkan saya memang tak pandai langsung.


Kat kelantan ketupat nasi tak glamour sangat. Kami lebih suka buat ketupat pulut yang guna daun palas. Bila sesekali buat ketupat nasi ni jadik tak cukup pulak.

No comments:

Post a Comment