Monday, August 29, 2011

Perjalanana Balik Kampung

Semua orang dah sampai kampung ke? Masih ada yang kena kerja eh? Adik pompuan kesayangan saya pun masih kerja hari ni. Kesian......Hero Malaya dah sampai semalam. Tapi hari ni die akan naik bas balik ke KL untuk ambil kakaknya. Die tak benarkan akaknya drive balik kampung sorang-sorang di malam raya. So, sanggup die ulang alik ke sana. Alhamdulillah, sifat macam ni memang buat saya bangga. Die betul-betl jaga kebajikan kakaknya. Kekadang ngan saya yang dah ada suami ni pon die tetap ambil berat. Alhamdulillah....

Perjalanan kami dari KL ke Kelantan hari Sabtu lepas pun ok. Kami bertolak seawal jam 4.00am. Bersahur dalam kereta je. Mr Abe sejak akhir ramadhan ni sahur ngan kurma & air je. Tak makan nasi pon takpe. Kat tol lengang tak banyak kereta.


Sepanjang perjalanan saya rasa ni kali pertama tak banyak eksiden yang berlaku. Hanya kemalangan kecil yang melibatkan langgar belakang. Kalau sebelum ni ade je terserempak dengan kemalangan yang nampak teruk. Yang buat hati saya tak tenang. Tapi kali ni Alhamdulillah. Agaknya Ops Sikap tahun ni berjaya kurangkan kadar kemalangan kot. Insya Allah.......moga dijauhkan dr musibah bagitu.
Saya tak ingat kat mane saya snap gambar ni. mungkin di area Kuala Lipis kot. Pemandu kereta pon saya tengok takde yang tak sabar dan asyik memotong jek. Semua ok. Kalau tak, jalan yang 1 lane pon boleh jadi 2 lane. Semoga perjalanan balik ke KL nantipon macam ni jugak ye.


Sunday, August 28, 2011

Dewan Perdana Felda




Sebelum balik ke kampung kami sempat berbuka di Dewan Perdana Felda di Jln Semarak. Majlis berbuka anjuran syarikat. Alhamdulillah, dapat makan free di minggu2 akhir sebelum balik raya yang memang saya alu-alukan. Sebab motif saya adalah nak mengosongkan peti sejuk. So, takde mood masak okeh. Hahaha....sungguh maless wife mu ini Mr Abe. Seb baik die ok jek ngan idea saya.

Makan2 kat dewan Felda ni ok jugak. Selesa & dewannya pon cantik.Harga RM 52++/individu. Tapi puteri saya asyik nak manje2 ngan ibu jek. So, tak dapek la ibu nak meround dan tawaf dengan sempurna kat tempat dieorang serve makanan. Banyak gak makanan yang dihidangkan.

Sambil-sambil makan ada Kumpulan UNIC tolong ceriakan halwa telinga. Mok Cik sukeee. Sejak dari zaman-zaman belajar saya memang suke ngan group ni. Suke sangat ngan lagu-lagu dieorang. Ntah berapa banyak kaset dieorang yang saya beli dulu. Malam-malam bersantai ngan roomate saya sambil melalak2 nyanyi lagu dieorang. Boleh kata kebanyakannya saya hafal. Eeee...bestnya life kat UTM dulu.

Lagu-lagu dalam abum terbaru dieorang pon saya suke sangat. Walaupun ahli group dieorang dah bertukar saya tak kisah. Yang penting lagu-lagu dieorang buat saya jatuh hati dan layannnn.

Friday, August 26, 2011

Jalan TAR ....Sesak Giler

Masa saya bujang trang tang tang saya memang suka sangat gi Masjid India / Jalan TAR. Boleh di katakan sebulan sekali saya akan sampai area tu. Saya ni gile shopping ke sampai sebulan sekali ke sana? Dok ler sangat. Kalau saya ke sana cuma mencari tudung or kain pasang. Kekadang kalau nak jumpa kawan saje je set untuk jumpa kat sana. Mungkin sebab tempat tu centre dan senang kalau guna public tranport. Bus ada, LRT pon ada. Taxi pon senang.

Suka sangat tengok ragam manusia kat sana. macam-macam kerenah yang boleh kita jumpa. Dulu saya suke sangat tengok pak Cik yang kata dia lebih bijak dari Estain tu. Saya tak pernah faham pon formula matematik yang die gunakan. Tapi saya puji dengan sikap dia. Cekal dan berani.

Musim-musim raya macam ni tempat ni memang sesak giler la. Nak cari pakaian, biskut raya, hiasan rumah....macam-macam la. Kaya, miskin, yg kurang upaya dan apatah lagi yang sempurna. Semua jenis lapisan masyarakat ada. Saya berjalan pon tak lepas tangan Mr Abe. Takut gak dalam ramai-ramai ni ada yang ambil kesempatan. Princes Najla saya tinggalkan dengan Cik Dahnya. Tak sanggup saya nak bawak dia datang tempat sesak cenggini.

Kalau datang tempat macam ni memang rambang mata. Banyak benda yang akan berkenan di hati. Risiko itu sangat membahayakan kadar kenipisan poket okeh. So, saya hanya bawak budget yang diperlukan sahaja. Takdela saya beli barang yang merapu. Keutamaan pada barang-barang yang dah saya set dalam kepala.

Saya memang tabik spring ngan Mr Abe hari tu. Sabar sungguh dia follow saya masuk keluar kedai tudung.Hehehe...tq dear. Masa dah nak dekat tengah hari tu, Mr Abe bisik kat telinga saya 'ni kedai ke 25 ibu masuk tau'.Hahahaha.........betol ke?Cam tak caye lak sebanyak tu kedai yang saya dah masuk. Memang mood Mr Abe pon kene jaga. So, saya hadiahkan die sehelai baju raya as reward. Hehehe....Tak rugi kan abang ikut ibu.

Ini tips saya kalau nak keluar beli barang di tempat sesak. Tapi kekadang terbabas gak:-
1. Bawak budget yang diperlukan sahaja
2. Datang seawal mungkin. Masa tuan kedai nak bukak pintu kedai okeh.
3. Jangan bawak anak kecil - Risiko hilang & anak nangis melalak2 yg boleh spoilkan mood kite
4. Jaga hati orang yg temankan kite - saya belikan die baju. Senyum die...
5. Naik public transport or motor je- parking jd mahal & susah giler.


Dia Bukan Maryam

Dah nak abih Ramadhan kan. Cepat jer rasa. Masing-masing dah sibuk nak balik kampung. Jalan semua jem teruk. Semoga kita semua selamat dalam perjalanan dan dapat bersama wajah-wajah yangs entiasa kita rindukan.

Sepanjang Ramadhan ni hati saya terpaut dengan drama ulangan Dia Bukan Maryam di TV9. Dan pagi tadi episod akhir drama yang penuh dengan konflik persahabatan anta Sara & Zaimah. Demi untuk menutup rasa bersalah seorang sahabat sanggup menyerahkan darah darah daging sendiri kepada sahabat baiknya. Bila Allah uji sifat keibuannya dengan tak mampu lagi melahirkan zuriat, maka meruntunlah jiwanya untuk mendapatkan anaknya kembali. Kita takkan tahu nasib kita di kemudian hari kan. Anak adalah anugerah terindah dan amanat yang sangat besar untuk kita pelihara. Subhanallah....

Saya sangat terkesan dengan dialog Zaimah saat die terbuka hati untuk menyerahkan kembali anak Sara '....mana mungkin aku terus bahagia dengan mengambil hak orang lain dan membuatkan kau sengsara'. Dialog itu membuatkan air mata saya tak berhenti mengalir. Tidak semestinya apa yang ada pada kita akan kekal menjadi milik kita. Seharusnya kita mensyukuri apa yang dipinjamkan Allah pada kita kerana hidup hanya sementara.

Hak orang tetap bukan milik kita dan harus kita hormatinya. Walau macam mana sayangpon kita padanya, kita tetap tidak berhak ke atasnya. Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk meneruskan hidup ini dengan mensyukuri setiap nikmat yang Allah berikan.

Wednesday, August 24, 2011

Dahulukan bersangka baik

SAYA KONGSIKAN DARI WALL FB SEORANG TEMAN. SEMOGA ALLAH MENJADIKAN KITA SEORANG INSAN YANG BERSANGKA BAIK.
............................

Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
..."Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku,"

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku,"

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku,"

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku,"

Jika bertemu dengan seorang yang cerdik sungguh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia cerdik sungguh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku,?

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk,"

Wednesday, August 17, 2011

Bahang Raya

Tak sabar rasa nak tunggu minggu depan kan. Lagu raya asyik dok bermain-main je kat telinga ni. Dah terbayang-bayang suasana kesibukan mek saya buat ketupat daun palas dan nasi himpit. Walau dah tak berapa larat, tapi mek saya tetap akan buat ketupat mengenangkan anak dan cucu akan tanya ketupat air tangannya tiap kali raya. Kalau masa saya dan adik-adik ada kat kampung ada jugak orang yang nak tolong dia 'harung' ketupat. Penat tau nak sekatakan santan dan gula tu dengan beras pulut. Dah la kena kukus 2-3 kali. Memang kederat dengan umur mek tu amatla terbatas. Semoga Allah sentiasa berikan kesihatan yang baik buat mek dan abah.

Sebenarnya hati saya agak redup sket. Tahun ni tak ada rezeki untuk dapat bonus. Pasrah je la dengan ketentuan Allah. So, anak-anak buah saya jangan mengharap untuk dapat duit raya extra ye tahun ni. Singgit sorang dah la. Hehehe....Cik Sah buat kueh raya je nanti eh.

Ewah-ewah berangan nak buat kueh raya sokmo. Tapi tatau la bila nak buat. Last year sempat jugak saya buat 3-4 jenis. Tahun ni belum start lagi. Kalau hari kerja jangan harap la nak buat. tak sanggup nak berjaga malam sebab kueh raya. Weekend plak ade je plan. So, time bilanye nak berkueh raya. Verangan lah dahulu.

Teringat plak masa zaman muda remaja lebih kurang 15 tahun dulu. Saya ngan kakak & adik saya memang suka buat kueh raya. Walaupun saya tak pandai, biskut keras macam kayu pon abah bagi komen baik je. Mintak je apa bahan yang perlu, semua dia belikan walaupun dia tahu bukan sedap pon kueh yang saya buat. Dia seronok 'mengetest' biskut yang anak-anak dia buat.

So, tahun ni belum start lagi. tengok la cemane keadaannye.

Tuesday, August 16, 2011

Ikan Percik Pulak


Bulan Ramadhan mungkin bulan yang memang saya akan memperbanyakan post tentang masakan. Walaupun saya tak pandai masak, tapi saya suka masak. Sebab saya suke makan yang saya masak. Pstt....bulan posa ni nak bina ayat pon macam tak pandai. Hehehe....

Saya dan Mr Abe bertekad nak meminimakan beli juadah di Bazaar Ramadhan. So, saya masak yang simple2 je. macam hari-hari biasa. Juadah kami tak penuh meja macam orang lain. Eh, cemane nak penuh meja sebab kami bukan makan kat meja. Lalalala....Kami bersila di ruang tamu sambil2 tengok cerita Kasih Alia di TV3.

Menu kami sangat biasa-biasa. Cukupla dengan kurma, sejenis lauk, ulam/sayur dan sedikit kueh. Setakat ni kami hanya beli murtabak je kat bazar. kueh lain kami tak beli. Dan untuk dua hari kami beli nasi untuk berbuka kerana saya sangat penat setelah pulang dari kampung.

Weekend lepas saya masak ikan percik pulak. Asal nya nak ajak kawan masa belajar dulu datang rumah iftar sama-sama. tapi depa tak jadi datang pulak. So, licin kami habiskan percik ayam ni. Tak sangka saya pandai buat. Mr Abe puji sampai saya kombang hidong.

Alhamdulillah.....

Friday, August 12, 2011

Ondeh-Ondeh @ Kekoh Cha

Ramadhan dah berlalu 1/3. Tapi kali ni baru saya berkesempatan nak buat kueh untuk hidangan berbuka. Tupun sebab Mr Abe tanya, 'kita makan sayur ngan asam pedas je eh?'. Kesian plak kat laki aku nih. So, dengan masa berbuka yang tinggal setengah jam jer, saya cepat-cepat buah ondeh-ondeh ni. Senang je cara nak buat kan?

Kalau kat kelantan nickname die kueh kekoh cha. Hehehe....tu nama nakal die la. Sebab bila kita gigit, gula melaka tu memercik keluarkan. Sebab tu digelar cam tuh. Rasa cam best giler dapat makan sebab dah lama tak rasa. Saya pulak buat sebanyak yang dalam pinggan tu je. Sebab nak cepat kan. So, memang tak cukup ler. Lepas terawikh Mr Abe terkulat-kulat depan TV. Takde kudapan katanya. Kesian....nanti kit buat lagi ye.

Tuesday, August 9, 2011

Kita Serah Pada Yang Pakar


Kalau bulan Ramadhan ni, antara kesempatan yang tidak ingin kita lepaskan adalah untuk berbuka dengan ibu dan ayah sendiri. Saat berbuka dengan mereka memang kita nantikan. Lagi-lagi kalau dapat makan masakan ibu. Memang syok habis.

Mek saya datang dari kampung untuk sama-sama menghantar anak bongsunya balik ke kem. So, sempatla dia melepaskan rindu kat cucunya selama 3 hari. Dia pun suka datang rumah saya sebab suka tengok saya berkebun. Mek memang pakar bab-bab cucuk tanam ni. Tengok daun je dia dah tahu jenis buah yang bakal keluar.

Bila saya balik kerja je saya tengok kebun saya dah bersih. Anak semaian die dah tanam leklok atas tanah. Macam-macam die komen bila nampak saya tanam anak benih sesuka hati. Yang ni tak boleh tanam gini, kena jarak jauh sket. Pasu ni pulak tak sesuai, kena cari yang beso. macam-macam lagi la. Seronok tengok die membebel bila saya letak anak lada 3 pokok dalam satu lubang. Hehehe....saya main tanam jek. Bila mek ada, kita serah pada yang pakar jela.


Tuesday, August 2, 2011

Akok

Saya bukan nak berkongsi resepi kueh glamour ini ye. Saya hanya tahu makan je kalau kueh ini. Buatnya langsung tak tahu. yang saya tahu kueh ni menggunakan telur yang sangat banyak. Rasanya yang sangat sedap memang buat saya teringat-ingat kueh ni di bulan puasa ni. Kalau kat Kelantan memang glamour la sesangat. Tambah-tambah pulak dibulan puasa ni.

Saya lebih suka cara penyediaan yang tradisional. Yang letak api di bahagian atas dan bawah. Aroma asap dari sabut dan kayu api tu memang membuatkan saya feeling habis kalau makan. Setakat 4 biji tu memang tak cukup la. Hish...syoknya kalau dok kat kampung time ni.

Gambar ni saya ambil masa saya balik kampung hari tu. Ada sesetengah tempat yang menjual kueh ni di sepanjang tahun. Kiranya memang aktiviti perniagaan harian mereka. Memang orang Kelantan tak jemu dengan hidangan ni. Cuma kalau di bulan puasa persaingan akan bertambah. Sama macam murtabak jugak la. Time bulan puasa ramai je yang berniaga murtabak.

Semakin berkedut akok tu, makin sedap la biasanya. Sebab penggunaan telur yang banyak. Tapi kat Kuala Lumpur ni saya belum jumpa akok yang rasanya original macam kat Kelantan. Tetibe je rasa cam nak cuba buat kueh ni. Hehe....yo-yo o jer.....

Monday, August 1, 2011

Bercanda Menyemarak Kasih

Usia perkahwinan yang baru mencecah tiga tahun merupakan tahun-tahun awal kami menyemai benih cinta. Di sini kami mengenal hati budi dan pemikiran masing-masing. Kami berkongsi segala duka dan lara. Entah kenapa saya rasa tetiba perasaan seperti saat bercinta menyelinap dalam jiwa saya. Saya menjadi seorang perindu. Bagaikan anak kecil yang ingin di belai dan di manja. Uhuk....uhuk...uhuk...jiwang kah saya?

Hehehe....tapi tak mengapa kerana sekarang kami dah ada lesen besar. Nak bermanja ke, nak pegang sana sini ke, semua tak de masalah. So, adik-adik yang masih bujang tu, kalau nak manja-manja kena kumpul duit dan kahwin cepat-cepat k. Tapi kene ingat jugak. Jangan ingat perkahwinan ini satu pentas yang hanya memaparkan babak-babak yang romantik dan bahagia sahaja. Kena bersedia untuk menghadapi saat air mata dan tangis. Kerana alam perkahwinan itu cukup indah. Ada asam dan garamnya. Yang akan buat kita semakin matang dalam berfikir dan bertindak.

Bila adanya pasangan hidup, maka akan ada orang yang akan menegur salah kita. Akan ada yang memerhatikan gerak dan tutur kata kita. Bukan semua perkara boleh kita bawa bersembang dan bukan semua perkara boleh kita buat ikut sesedap rasa. Akan ada batasan yang perlu kita jaga. Kerana kita milik seseorang yang sentiasa inginkan kita sempurna untuknya.

Sebenarnya saya dan Mr Abe dah lama tak keluar ber'romantik-matematik'. Tetiba je malam minggu yang lalu kami singgah di taman rekreasi selepas keluar minum air buah. Saja nak lepaskan 'anak dara' kami bermain di taman. Saya tak perlu susah-susah nak kawal dia sebab Cik Dah nya ada. So, kesempatan tu kami ambil untuk bercanda berdua-duaan di bawah sinaran lampu neon. Romantik la kunun.

Seronok ye bila kita kembali menjadi pasangan yang baru kahwin ni. Hehehe....konon2 jela. Nanti kita keluar lagi ye bang ....


Sepatutnya saya berterima kasih kepada Cik Dah kerana melayan puteri saya sewaktu saya 'dating'. Nanti kita belanja Cik Dah keluar makan ye.