Monday, November 21, 2011

Maafkan Saya

Saya tahu saya dah lama membiarkan blog saya ni bersawang. Kalau ianya sebuah rumah mesti dah tak sanggup nak masuk. Tikus, lipas pun mungkin dah bermaharajalela. Maafkan saya kalian.

Hati saya memang ralat. Banyak benda yang ingin saya kongsikan. Kata Mr Abe, semua nak ambil gambar untuk update blog, tapi takde entry baru pon. Angan-angan tinggi sungguh. Tapi saya mohon maaf kalian, kebizian saya di pejabat membuatkan saya tak sempat nak curi masa untuk update blog. Biasanya saya masuk sejam awal dari waktu kerja dan masa itu saya manafaatkan untuk blog. Tapi sekarang ni saya terpaksa gunakan masa tu untuk menyiapkan kerja-kerja yang menimbun di pejabat. Kerja bahagian admin masih banyak yang tertunggak dan perlu diperbetulkan. Dalam masa yang sama saya tak boleh tinggal kerja-kerja purchasing yang saya pangku sementara rakan sekerja saya cuti bersalin. Kalau ada hal-hal personel bos yang perlu saya siapkan maka kebizian saya akan berganda. Huh....semoga Allah permudahkan segala urusan saya.

Balik kerja saya terus flat. Jam 9 atau 10 mata saya macam dah tak leh nak bukak. Sian Princess Najla. Kekadang saya paksa dia tidur awal sebab saya tak larat nak layan die. Kekadang terasa saya tidak berlaku adil dengan die. Sayu sungguh hati ini bila nak hantar die rumah mamanya pagi-pagi die cakap ' kakak tanak g umah mama, kakak nak umah ibu'. Aduhai....terasa macam tak nak tinggal anak ibu nih. Rasa nak peluk die sepanjang hari. Tapi ibu terpaksa nak, untuk kita semua. Ibu janji benda ni takan lama. Sampai hujung tahun ni je nak.

Kebetulan pulak Mr Abe jugak tengah bizi jugak sekarang ni. Kekadang malam baru die sampai rumah. Kekadang hari Sabtu Mr Abe terpaksa masuk pejabat. Dan kalau ada tender yang perlu di hantar, dengan anak ibu sekali ibu angkut masuk pejabat.

Semoga saya lebih bijak merancang masa dan menyusun kerja. Dan saya juga tanak hilang kalian. Doakan saya ye.

Wednesday, October 26, 2011

Selamat Hari Lahir Mr Chenta

Gigih sungguh saya membulatkan mata malam ni semata-mata untuk buat entry khas sempena hari kelahiran chenta hati saya. So, kata ganti nama dalam entry ini bukan Mr Abe ye. Saya tukar jadi Mr Chenta untuk entry ini sahaja. Jangan difikir Mr Abe dan Mr Chenta itu orang yang berbeza ye. Kerana ia adalah kata ganti nama untuk dia yang sentiasa saya chentai.

Ramai yang berkongsi menyambut birthday Mr Chenta saya sebab tahun ni tarikhnya jatuh pada hari Deepavali. Sungguh bercahaya dengan pelita kecil sana sini dan meriah dengan pumpang-pumpang bunyi mercun. Dan terkebetulan jugak la mukanya yang memang ada iras-iras masyarakat hidung mancung ni. So,memang sesuai sangat lah. Nape hidung anak kita tak ikut hidung Mr Chenta ye? Anak ke dua nanti ikut hidung Mr Chenta kot. Hehehehehe.....

Alhamdulillah syukur pada Allah yang menganugerahkan Mr Chenta sebagai pelengkap hidup saya. Yang menampung segala kekurangan saya. Yang setia menegur setiap silap bicara dan laku saya. Yang sanggup bersusah demi menyenangkan saya dan yang membuat hari-hari saya tetap damai bersamanya walau apa jua dugaan yang datang melanda. Syukur padaMu Ya Allah.

Saya doakan semoga Mr Chenta saya dilindungi Allah setiap saat dan minit. Semoga Mr Chenta saya menjadi hamba yang diberkati oleh Si Dia Yang Satu. Semoga Mr Chenta saya sentiasa menjadi anak yang diredhai oleh Mok dan Ayah setiap masa. Semoga Mr Chenta saya menjadi pemimpin yang terbaik dalam mentarbiah saya dan zuriat keturunannya dan semoga perkara-perkara yang baik hadir dalam hidupnya.

Kawan-kawan, dulu saya mengenalinya pada tahun 2007 dengan sainya yang seperi ini :-



Dan sekarang, die dah seperti ini. Makin hensem di hati saya setiap hari.


Selamat Hari Lahir dari Sayang dan Najla. Semoga kami sentiasa menjadi seri yang takkan pudar dalam denyut nadi Mr Chenta ya. Amin......

Tuesday, October 25, 2011

Terbang Tinggi Di Awan

Hari minggu memang hari untuk keluarga. Time ni la nak belek anak dari hujung rambut sampai hujung kaki. Nak tengok gigi mana yang dah nak rosak atau berapa banyak parut yang dah bertambah sebab anak ibu ni nakal. Time ni jugakla nak belek abinye jugak. Nak picit jerawat dia ke, urut sana sini, cuci rambut sume bagai. Nak main kejar-kejar ke, bergurau guling-guling anak beranak ke. Inilah masa yang sungguh kami nantikan dan hari minggu itu memang sangat menyenangkan.

Kami dah agak lama tak bawak si comel ibu ni keluar ke taman. So, sekali sekala tu bagi la dia lepas gian nak main kat play ground. Lari la nak lari selaju manapun. Nak ke hulu, kehilir, jatuh tergolek ke, tertonggeng ke, semua ibu benarkan. Suka betul ibu tengok keriangan anak ibu ni melepaskan gian. Bila jatuh, anak ibu tak nangiskan? sebab anak ibu kuat macam harimau.

Dulu masa kecik-kecik ibu tak pernah main kat playground pun. Ibu main buai yang tempat duduknya guna papan dan gantung kat dahan pokok. Jongkang jongkit ibu hanya bila ibu panjat pokok jambu dan melompat-lompat di hujung dahan pokok. Gelongsor ibu atas tebing tanah dan hanya dapat rasa waktu banjir bila Tok Mek bagi peluang main air banjir. Playground kita tak sama. Tempat ibu bermain tak ada ciri-ciri keselamatan. Kalau ibu salah berpaut, tak ada lantai lembut yang menyambut. Yang ada hanya tanah keras yang buat kepala ibu pusing-pusing seketika dan tentunya kene marah dengan Tok Mek kalau mengadu sakit jatuh pokok. Silap-silap haribulan dahan jongkang jongkit ibu boleh patah.

Walau playground kita tak sama tapi kerianganyang kita rasa tak jauh bezanya. Ia tetap menjadi memori indah di alam kanak-kanak. Hari ni buat pertama kalinya abi ajar anak ibu main layang-layang. Tapi kita sampai kat Taman Metroprima Selayang ni agak lewat. Angin dah tak kuat sangat. Layang-layang anak ibu tak naik tinggi. Penat anak ibu berlari-lari nak tengok layang-layang ni di awangan.


Yang tolong abi naikkan layang-layang ni adik kesayangan ibu. Sapa lagi kalau bukan orang yang setiap hari rindu dengan anak ibu. Mestilah Cik Dahnya. Cik Dah pon dah jadik macam kanak-kanak. Dah sama naik dengan anak ibu. Siap tak puas hati lagi sebab asyik anak ibu je dapat conqure. Hish ......... Cik Dah ni. Berebut tali layang-layang ngan Najla pulak.

Sekarang ni asal nampak playground je mintak nak singgah. Tapi nasib baik la anak ibu ni boleh dipujuk-pujuk. Nanti kita datang lagi ye. Ibu suka betul tengok anak ibu terkedek-kedek berlari sana sini.

Semua Dia Mahu !!!!!


Apakah motif gambar di atas?Macam gumpalan kain pon ada, longgokan toys najla pon ye jugak. Ha...kalau nak tahu ini lah perangai anak dara saya sorang nih. Time tengah jiwa kacau agaknya, semua benad dia nak kalau die minum, susu. Sampai tuan yang minum susu pon dah tak nampak. Yang nampak cuma tangan ngan rambut jek.

Bantal biru tu tak boleh orang kacau. Dia punya jek. Nasib baik dia tak angkut bawak gi rumah pengasuh (Mama Aya) je. Tapi kalau bear die tu, dah berapa kali die angkut ke sana. Mama Aya nye membebel je kalau bawak bear tu. Mana taknye, bile bawak sana die berebut pulak ngan Hasina. Hasina tu jela kawan yang Najla ada. Sama-sama di jaga Mama Aya. Harap jadi kawan baik sampai besar ye. Nanti ibu kenalkan Hasina dan Hadif ye.

Monday, October 17, 2011

Lebih Senang Menuding Jari

(Gambar pinjam Mr Google punye)


Hari Isnin saya penuh dengan semangat. Saya bekerja hingga tidak sedar dah pukul 1 lebih. Wah...sungguh bersemangat saya hari ini. Clear je meja saya . Nampak terang dan seronok mata memandang. Biasanya meja saya memang selalu bersepah-sepah. Kat belah kiri dokumen yang belum ambil tindakan, kat belah kanan file bersusun dan kat belakang dokumen belum bagi kat adik kerani. Haih....hari ini semua dah hampir settle. Seronok betul rasanya.

Tapi saya tak nak ceria tentang kerja saya. Tapi ingin berkongsi tentang adat manusia yang lebih suka melihat kesalahan orang berbanding kelemahan diri. Rasanya sikap seperti ini ada pada semua orang. Kalau ada yang terkecuali pon memang sangat sedikit dan sukar di cari. Dan saya bukan orang yang terkecuali dari sikap ini. Seringkali juga saya menyalahkan orang lain dan terlalu melihat kelemahan orang lain. Walhal kekadang mungkin pokok pangkalnya datang dari diri kita sendiri.

Biasa kita dengar ' satu jari menuding ke arah orang lain, yang lainnya akan menuding ke arah kita.' Memang benar kata-kata ini. Sungguh saya akui. Sebab tu saya sangat suka dengan perkongsian saya di entry ini. Bersangka baik itu memang lebih mulia walaupun pada keadaan yang kita nampak sangat teruk. Apa pun perkara yang berlaku dalam hidup ini, melihat sesuatu dari sudut pandangan yang positif itu lebih baik dan jauh lebih menenangkan. Walau hakikatnya tidak senang untuk kita laksanakan.

Jika kita hanya melihat dari sudut yang negatif, ia lebih menekan jiwa, mengusutkan fikiran dan hanya menambah noda hitam dalam hati kita. Prasangka itu virus yang secara senyap meratah sifat baik yang ada dalam diri kita. Secara zahirnya nampak seolah-olah kita tidak mencederakan fizikal individu lain, tetapi hakikatnya kita telah menyekat dari melihat sifat baik dan kelebihan seseorang. Rugikan......rugi jika kita hanya menyimpan dendam, membungkam resah dan menyulam kata-kata nista.

Bukankah menyembunyikan keaiban seseorang itu lebih baik? Kerana Allah akan menyembunyikan keaiban kita. Bukankah memaafkan insan lain itu menjadikan kita seorang yang hebat? Kerana kita juga melakukan kesilapan dan semoga orang lain juga senang memaafkan. Dan bukankah melihat kelemahan diri itu lebih memandu kita ke arah syurga berbanding menghitung kelemahan dan keburukan orang yang hanya meluaskan jalan ke neraka.

Semoga perkongsian ini memberi manafaat kepada kita semua lebih-lebih lagi diri saya.

Tuesday, October 11, 2011

BEBAS

Sekarang ni asal hujan je sibuk si kecik ni mencarik payung. Mentang-mentang ibu pernah bagi peluang dia main hujan sebelum ni. Kemain lagi die ye. Ingat tiap kali hujan ke anak ibu ni boleh main hujan? Tak la sayang.........kalau takde guruh & kilat baru ibu bagi. Hujan dah turun 1/2 jam baru boleh okeh. And lagi satu kalau ibu or abi ade mood nak tunggu sayang kat luar.Hehehe....

Die jerit,'ibu...amek gambar'. Macam pelakon filem hindustan plak princess ibu ni menari & melompat dalam hujan. Teringat plak ibu cerita Dil To Pagal Hai yang part depa menari dalam hujan tuh. Bum...bum..cak...Haih....suke betul dengan lagu tuh.

Abi temankan anak ibu ni main hujan. Sambil tu pegang cangkul dan clearkan semak-samun depan rumah. Seronok bapak dan anak ni. Orang sebellah pon senyum-senyum tengok dua beranak nih.

Muka budak comel yang puas hati dapat main hujan. Siap ajak ibu sekali main sama. Kebebasan maksima yang ibu bagi dimanafaatkan si kecik ni. Lompat dalam lopak air, kejar2 ayam, cabut rumput. Ibu nak anak ibu ni rasa seronok macam zaman ibu kecik-kecik dulu.

Tuesday, October 4, 2011

Cerita Manis

Entry Oktober dimulakan dengan cerita tentang 'manis'. Sebab bulan ni bulan birthday boy Mr Abe. Birthday boy???huh...

Seharian saya melepak di rumah best fren saya sejak di UTM yang merangkap senior course. Dia lah satu-satunya best fren yang dapat saya jumpa selalu. Kalau tak jumpa sebulan dua dah rasa rindu gitu.

Sambil-sambil melepak dia ajar saya buat cokelat. Rupanya senang sangat buat cokelat yang comel-comel orang dok jual tuh. Just cairkan cokelat bar secara double boil then letak pewarna dan kemudian taruk dalam acuan. Senang je.

Seronok si kecik tu makan cokelat. mentang-mentang jarang ibu bagi dia makan. kemain lagi. Lepas satu, satu hilang cokelat atas meja.

Cokelat putih dijadikan base untuk campuran warna. kami memilih warna pink dan purple. Bahagian atas letak black coklelat. Tangan yang runcing dan halus manis ni bukan tangan saya ye kalian. Orang kata tangan yang runcing ni berseni kalau buat kerja. Terbukti ia benar sebab bila saya buat jadi comot sana sini. hehehe.....

Nak menghabiskan baki cokelat yang warna purple ni mulala tangan saya menggatal. Konon sambil si kecik ni makan dia boleh kenal abjad. Kawan saya senyum jer tengok. ' Lantak ko lah' katanya.

Tada.....nila hasilnya. Kiut je kan. Tapi abjad segala tu tak le nampak sebab di bahagian bawah.

Ok, sekian cerita manis dari saya di entry awal bulan yang manis ini. Tapi jangan makan selalu ye.

Monday, September 26, 2011

Pulau Sibu, Mersing

Rasa nak bercuti merehatkan minda? Pemandangan menarik dan suasana tenang dan damai yang sangat menenangkan? Boleh juga ke Pulau Sibu. Saya ini kekadang terasa jiwang kalau suasana cam ni. Huk...huk....kalau zaman bercinta harus saya berangan menyanyi di gigi pantai sambil guling-guling macam filem hindustan. Tapi sekarang, baru je nak start berangan dah ada tangan kecil yang akan tarik-tarik baju ajak main sama.

Tahun ni syarikat Mr Abe buat family day di sini. Saya tak pernah bercuti ke pulau. So, agak excited la jugak. Kalau dari KL ambil masa lebih kurang 5 jam untuk sampai ke Jeti Tanjung Leman. Perjalanan agak mencabar dengan jalan yang berpusing-pusing dan banyak melalui kawasan felda kelapa sawit. Cukup la untuk buat saya pening kena goyang dengan bus. Atau mungkin jugak sebab saya dah lama tak naik bas.

Dari jeti ke Pulau Sibu hanya memakan masa selama 15 minit dengan menaiki bot. Si kecil Najla sangat suka. Asyik cakap 'best' and thumps up je bila tanya pasal bot. First time ....

Ni baru balik dari snorkeling. Si kecil ni sangat lapar sampai abeh roti 2 keping. Tu la, kalau dah dapat mandi tak ingat nak naik ke darat dah. Pakai sun block pon macam tak pakai je nak oi.


Sangat cantik kan pemandangan dari puncak bukit nih. Kami tinggal di Twin Beach Resort. Namanya Twin beach sebab pantai ada belah belakang dan depan.



Saya tak ikut Mr Abe ber'jungle trekking'. Takot nanti tergolek dok memikul Najla. So, kami tidur saje di bilik dan biarkan Mr Abe dan kawan-kawannya bersuka ria menegangkan urat saraf memanjat bukit. Dia po dah lama tak panjat bukit. Buah tangan yang dia bawak dari bukit tu, pokok tongkat ali. Panjangnya lebih kurang sedepa. Akar ngan batang hampir sama panjang. nak buat apa pun tatau la. Jadi perhiasan lagi tu ha terselit kat dinding rumah.



Ni part paling best. Mr Abe tak pandai berenang. So, die tak joint member-member lain ke tengah tengok ikan semua. hanya menemankan saya dan anak main air. Paling jauh pun paras leher Mr Abe je yang kami bermain. Najla seronok tak hengat. Susah nak di ajak naik. Sama macam raya hari tu jugak.


Cantik sungguh pemandangan di pagi hari ni. Masya Allah......


Bercanda di pesisir pantai dengan Mr Abe. jangan sampai anak hanyut tak sedar dah la yek. Pstt.....nape Mr Abe tak ajak saya ke pulau masa belum ade anak eh? Sebab abang tak pandai berenang ye? Hehehe.....Mr Abe nampak hensem di mata saya time nih


Dikelilingi amoi-amoi seksi sepanjang 3 hari 2 malam nih. Tak sejuk ke dik malam-malam pon pakai short? Mr Abe sila pandang sekali je eh. Jangan pandang berkali-kali. Mereka semua peramah dan mudah mesra. Semua muda-muda belia belaka. Yang melayu hanya 3 keluarga.

Sila lah bercuti ke sini. Hanya RM 250 untuk satu kepala (3 hr 2 mlm). Include snorkeling, jungle trekking & makan-makan. Makanan laut yang best dan frest. Yummy....yummy....