Wednesday, February 23, 2011

DARAH MANIS

Siapa yang darah manis tu ye? Sapa yang tengah bahagia & berdebar menunggu saat di ijab kabul tu yek? Dialah buah hati saya. Wah..wah... ramainya buah hati saya. Emm...memang saya ramai buah hati. Tergantung & terlekat di hati saya sentiasa. Hehhe.....mana-mana pergi pun saya akan ingat mereka semua. Sebab mereka yang menghidupkan jiwa saya. Tanpa mereka hidup saya terasa kosong. Merekalah keluarga saya.

Kami sembilan beradik


Tapi buah hati yang mana satu yang saya maksudkan tu yek. Nyamuk pun da tanak gigik die agaknya takut dapat diabetis. Oooo...tidak...ok meh saya tunjukkan gambar si hensem itu.


Panggilan dia di rumah adalah Abang Joe. Dia anak ke 8 dalam adik beradik kami. Dia memang seorang anak yang baik dan tertanggungjawab pada keluarga. Mek & abah bangga melahirkanmu dik. Insya Allah 12 Mac 2011 Abg Joe akan disatukan dengan pilihan hatinya. K.Sah doakan semoga adik K.Sah ni dapat jadi suami yang beriman dan dapat membimbing keluarga mengikut jalan yang Allah telah gariskan. Sekarang ni kami sekeluarga tengah sibuk menyiapkan persediaan untuk menyambut hari bahagia beliau. Masing-masing dah ada bahagian & tugas untuk majlis tu nanti. Alhamdulillah kami semua memang selalu sepakat bila ada adik beradik yang akan berkahwin. Tapi abang-abang Sah jangan la jeles ye. Dulu tak sponsor sebab masa tu masih sekolah. Hehehe....Dan buat Abang Joe, kami semua sayang kamu. Dan kami mendoakan kehabagiaan kamu. Sedikit petikan ayat suci buat adik k.Sah untuk di jadikan ingatan bersama.

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan,oleh kerana Allah SWT telah melebihkan orang lelaki(dengan beberapa keistimewaan) atas orang perempuan,dan juga kerana orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka…” -(Surah An-Nisa’ 4:34)

No comments:

Post a Comment